download Jom Explore app
Kedai Ni Jual Bubur Lambuk Paling Sedap Di Malaysia!

Kedai Ni Jual Bubur Lambuk Paling Sedap Di Malaysia!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 12 Apr 2023
Digital Editor

Antara makanan di negara yang sangat sinonim lagi-lagi waktu bulan mulia ni kan sudah semestinya Bubur Lambuk! Haa.. korang mesti pernah makan kan? Tak lengkaplah bulan Ramadan kalau tak merasa bubur lambuk ni kan.

Bubur lambuk ni merupakan antara hidangan tradisional negara kita yang popular terutamanya semasa bulan mulia ni. Ia merupakan bubur yang 'savoury' diperbuat daripada gabungan nasi, daging seperti ayam atau lembu serta gabungan pelbagai rempah dan herba.

Bubur Lambuk Yang Sedap Dihidang Panas!Photo from Sumber Gambar: Maggi Malaysia

Haa.. ramai orang Malaysia gemar bubur lambuk kerana ia memberikan nikmat kepuasan dan keselesaan dinikmati bersama-sama semasa bulan Ramadan. Selalunya diedarkan secara percuma kepada mereka yang memerlukan ataupun korang boleh beli di bazaar yang berdekatan dengan korang. Bubur lambuk biasanya dihidangkan panas serta disajikan dengan kerepek ataupun roti yang rangup.

Tapi, kalau korang ingin mencari bubur lambuk paling sedap di Malaysia. Korang kena cari gerai Bubur Lambuk Pak Hassan di Kampung Baru, Kuala Lumpur tau untuk menikmati bubur lambuk resipi khas dari Pak Hassan.

Resipi Yang Disempurnakan Sejak Tahun 1983

Besar Tau Periuk Yang Digunakan!Photo from Sumber Gambar; FB | Bubur Lambok & Gerai Pak Hassan

Abu Bakar Mohamad ataupun dikenali sebagai 'Pak Hassan' turun ke ibu kota untuk mencari pengalaman dalam bidang perniagaan dari Sungai Petani, Kedah. Beliau tercetus idea untuk menghasilkan perniagaan bubur lambuk sendiri pada tahun 1983 setelah pelajari cara-cara untuk masak bubur lambuk dari Masjid Jamek Kampung Baru.

Kini, Pak Hassan menggunakan sebanyak 25 periuk untuk masak bubur lambuk yang dijual di gerainya kepada pelanggan tetapnya. Haa.. kalau korang nak tahu bukan senang tau nak buat bubur lambuk ni!

Selain Bulan Ramadan Pak Hassan Turut Mengusahakan GerainyaPhoto from Sumber Gambar: FB | Bubur Lambuk & Gerai Pak Hassan

Menurut Pak Hassan, beliau mula masak selepas sahaja subuh dan memerlukan masa yang lama untuk memastikan setiap bahan dimasak dengan sempurna sebelum mula menjual. Selama dua jam diambil untuk masak bubur lambuk ni tau.

Tidak Lengkap Bulan Ramadan Tanpa Bubur Lambuk Pak Hassan Ni!

Bukan Senang Tau Nak Tumis Bubur Lambuk NiPhoto from Sumber Gambar: FB | Bubur Lambuk & Gerai Pak Hassan

Antara rempah ratus yang ditumis oleh Pak Hassan adalah seperti buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, halba dan jintan manis sehingga naik bau dan sebati. Kemudian, beras yang dimasak akan ditambah masuk bersama santan, garam, daun sup dan bawang goreng.

Korang bayangkan gabungan rasa daripada pelbagai bahan itu akan menghasilkan rasa yang bukan sahaja sedap tapi kelazatan yang tidak dapat dibandingkan oleh peniaga lain tau! Tapi, korang kena beratur awal kerana Pak Hassan mempunyai ramai pelanggan tetap di sekitar kawasan Kampung Baru ini.

Pekerja-pekerja Gigih Untuk Memberikan Nikmat Kepada PelangganPhoto from Sumber Gambar: FB | Bubur Lambuk & Gerai Pak Hassan

Selain itu, satu periuk besar yang digunakan mampu menghasilkan bubur lambuk sebanyak 250 - 260 sebungkus tau! Haa.. korang bayangkanlah permintaan yang diterima oleh Pak Hassan menyebabkan dia menggunakkan sebanyak 25 periuk besar.

Pernah Laris Jualan Sebanyak 7,500 Bungkus Satu Hari!

Memang Laris Terjual Bubur Lambuk Pak Hassan Ni Tau!Photo from Sumber Gambar: FB | Bubur Lambuk & Gerai Pak Hassan

Menurut Pak Hassan, permintaan bubur lambuk meningkat ketika bulan Ramadan terutama pada kawasan Kampung Baru dimana beliau lihat mempunyai pelanggan tetap di kawasan itu. Beliau juga memastikan bubur lambuk dijual dengan harga berpatutan iaitu hanya RM2 sebungkus je tau.

Haa.. bukan harga je berpatutan tau rasa dia pun memang sedap! Min rekomen korang untuk mencuba sekali terutamanya pada tahun ini kerana Pak Hassan menjual sepanjang hari bekerja ketika bulan Ramadan ini.

Kerana popularitinya, beliau pernah laris menjual sebanyak 7,500 bungkus satu hari kerana beliau percaya walaupun terdapat pelbagai persaingan yang ketat. Beliau sentiasa menjaga kualiti bubur lambuknya dengan memastikan setiap periuk disukat dengan bahan yang betul serta jumlah yang betul.

Korang Cari Gerai Pak Hassan Untuk Dapatkan Bubur LambukPhoto from Sumber Gambar: FB | Bubur Lambuk & Gerai Pak Hassan

Beliau turut memastikan setiap periuk dimasak dengan penuh teliti supaya tiada kualiti bubur lambuk beliau tidak terjejas. Haa.. korang tak terliru ke tu baca kisah Pak Hassan ni? Apa kata korang cepat-cepat pergi ke Kampung Baru dan beratur di gerai Pak Hassan sekarang untuk dapatkan bubur lambuk!

? 45A, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰ Buka setiap hari dari pukul 10:30 pagi ke 5 petang (Bulan Ramadan)

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok