Disneyland Malaysia Yang Dahulu Viral, Kini Sunyi
Percaya tak bila min kata Malaysia pun ada 'disneyland' yang dibina di Kampar, Perak pernah menjadi tumpuan pelancong untuk mengambil gambar cantik. Kini, Bandar Agacia kelihatan sangat usang serta terbiar sejak tiada lagi orang ingin melawat dan mengambil gambar. Apa yang telah berlaku sebenarnya?
Kampar merupakan salah satu bandar lama yang dibuka untuk melombong bijih timah sejak tahun 1887. Oleh kerana Ipoh menjadi tumpuan ramai pelancong untuk bercuti dan bersiar-siar setiap kali melawat Perak, Agacia Land Sdn Bhd mengambil peluang untuk mengubah landskap Kampar.
Berbekal tanah seluas 100 ekar dan bajet sebanyak RM1.8 billion, Agacia Land sedia untuk menjadikan bandar ini sebagai pusat perlancongan dan pusat pendidikan dikenali sebagai Bandar Agacia.
Pada fasa ketiga bandar ini, mereka telah membina sebuah bangunan yang mempunyai 24 tingkat diberi nama Champs-Elysees. Namanya mengambil inspirasi daripada Avenue des Champs-Elysees di Paris, Perancis yang terkenal dengan seni bina Gothic.
Sebahagian bangunan tersebut diberikan untuk membina sebuah hotel untuk pelancong yang melawat kawasan ini. Ini kerana Bandar Agacia dibina untuk menarik tumpuan pelancong daripada menumpukan sepenuhnya di Ipoh.
Photo from IG | steinygirl_mom
Keunikkan mereka adalah mengambil konsep seni bina bandar Eropah dan membinanya di negara kita. Sayangnya semuanya nampak berjaya pada mula akhir sekali, kawasan ini menjadi sunyi macam tiada penghuni.
DisneyLand Malaysia Yang Ada Di Perak
Photo from TheSmartLocalMalaysia
Kalau kita bercakap tentang kawasan terbiar kita akan membayangi bangunan yang tidak terurus, kotor dan dipenuhi dengan sampah kan. Walau bagaimanapun, bandar Agacia tidak terlalu teruk walaupun nampak usang.
Rangka asal bangunan masih kukuh berdiri cuma suasanan sunyi itu dapat dirasakan apabila korang melihat gambarnya sahaja. Tidak kelihatan langsung kemeriahan dan kegembiraan seperti waktu baru dibuka dulu.
Sebanyak 57 bangunan dibina menggunakan bahan batu-bata diwarnakan menggunakan warna pastel untuk memberi rupa yang unik. Gaya tingkap dan pintu Eropah pula digunakan untuk mengekalkan konsepnya.
Lebih menarik apabila setiap satu muka hadapan bangunan adalah unik. Kecantikkannya pada awal membuatkan ia dibandingkan dengan Main Street U.S.A, sebuah tarikan di taman tema Disney yang dipenuhi dengan gaya bangunan yang sama.
Photo from IG | _.kqsjangggg
Ia dikatakan mengambil inspirasi daripada kampung halaman Walt Disney sendiri. Tapi siapa sangka setiap bangunan itu sekarang semuanya tiada penghuni langsung walaupun sudah dibina dengan gaya penuh cantik.
Kecantikkan Yang Tidak Berkekalan
Photo from Nazirul Syafiq
Walaupun tempat ini pernah viral satu ketika dulu mungkin ada yang tidak berpeluang untuk melihatnya ketika waktu puncaknya. Jangan risau, min akan berikan gambaran bagaimana suasananya yang dipenuhi dengan orang mengambil gambar untuk feeling-feeling european.
Disebabkan keseluruhan bangunan mempunyai tema Disney, hampir semua kedai makan yang dibuka pada waktu itu bermain dengan tema tersebut. Antara yang terkenal seperti Nasi Lemak Disney, Maleficent Fruits & Dessert.
Selain itu, Cafe Alice juga berjaya menarik ramai pelancong untuk menikmati menu dihidangkan. Sayang sekali nama yang min sebut semuanya sudah tutup dan menghentikan operasi sepenuhnya.
Apa yang korang dapat lihat adalah papan tanda sahaja. Dahulu dipenuhi dengan kemeriahan kini tinggal beberapa segelintir penyewa sahaja kekal beroperasi seperti kedai bundle dan kafe bernama Cafe Awesome of Art.
Photo from SL T
Seterusnya, kalau nak ambil gambar pun hanya beberapa bangunan sahaja yang masih 'berwarna' dan tidak terlalu teruk keadaannya. Ada juga beberapa prop seperti pondok telefon London yang berwarna merah popular dikalangan pasangan mengambil gambar kahwin.
Menurut The Edge Markets, Agacia Land Sdn Bhd mempunyai sebuha pelan untuk membina Istana Agacia. Sebuah Istana Eropah untuk dijadikan tempat ikonik di bandar tersebut menampilkan menara tinggi, bumbung biru sama seperti kita lihat dalam animasi Disney.
Tidak dinafikan, meniru dan mengambil inspirasi gaya seni bina barat dapat menghasilkan kesan yang cukup menawan. Sebba itu pada awalnya ia menjadi viral kerana memberi suasana seperti di luar negara dalam negara sahaja.
Photo from IG | joeyuenphotography
Sayang sungguh apa yang telah berlaku pada bandar ini sehingga dilupakan, dipinggirkan dan dibiarkan usang macam tu sahaja.
Apa Yang Telah Berlaku Sebenarnya?
Photo from IG | steinygirl_mom
Persoalan pertama bermain dalam fikiran adalah mengapa ia dibiarkan begitu sahaja. Kenapa pada satu masa iannya sebuah tempat dapat menarik ramai pelancong dan kini nak nampak orang pun bukan main susah.
Banyak teori pernah dibincangkan oleh netizen tentang bandar ini. Antara faktor yang disebut adalah sewanya terlalu mahal, pengurusan yang tidak efisien, lokasi yang kurang strategik disebut oleh netizen.
Ada juga mengatakan bandar ini lebih indah khabar dari rupa kerana dari luaran sahaja cantik. Bahagian dalamannya pula dipenuhi dengan sampah yang tidak dibuang menyebabkan bau dan kotor.
Selain itu, sebahagian kawasan bandar telah dijadikan tapak pasar malam membuatkan nilai kecantikkan bandar ini menurun dengan mendadak. Ini kerana kebanyakkan sampah dan kekotoran tidak dijaga dengan baik.
Kerajaan Negeri Perak pernah menyatakan hasrat untuk menghidupkan kembali disneyland Malaysia pada tahun 2022. Namun sehingga kini tiada lagi sebarang perubahan besar dapat dilihat.
Photo from IG | steinygirl_mom
Alangkah sedihnya apabila sebuah projek menggunakan konsep menarik menjadi gagal seperti ini. Mungkin terdapat faktor menyebabkannya tak bersesuaian dengan suasana negara kita, tetapi jika ia diperbaiki semula boleh sahaja tarik semula pelancong luar.
Korang sempat tak ambil gambar kat sini waktu tengah viral dulu?
Mungkin korang suka: