download Jom Explore app
KL Forest Eco Park: Hutan Simpan Tertua Di Tengah Pusat Bandar

KL Forest Eco Park: Hutan Simpan Tertua Di Tengah Pusat Bandar

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 16 Feb 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Setiap hujung minggu kita pasti ingin mencari aktivit untuk mengisi masa lapang untuk hilangkan stress. Mungkin sebab itu orang pergi hiking dan meneroka KL Forest Eco Park bagi menikmati ketenangan tiada bandingan.

Cuba bayangkan dalam bandar pesat seperti KL wujudnya sebuah kawasan hutan simpanan yang kita boleh terokai? Dengar macam pelik tetapi masih ramai orang tidak mengetahui kewujudan tempat ini.

Siapa sangka wujudnya sebuah oasis hijau yang merupakan salah satu hutam simpan kekal tertua di Malaysia. Lokasinya pula cukup strategik kerana terletak di sebelah KL Tower sahaja membuatkan mudah untuk kita pergi melawatnya.

Dikelilingi pembangunan pesat hutan simpan seluas 11,000 meter persegi telah diasaskan sejak tahun 1906 tau. Selain itu ia adalah satu-satunya hutan hujan tropika yang berada di tengah pusat bandar KL.

Haa.. terkejut bila dapat tau ada hutan simpan di tengah tengah bandarPhoto from Hari Dalsey

Kalau begitu mesti korang nak tau aktiviti boleh dilakukan di sini kan?

Melihat Kecantikkan Daripada Trek Kanopi

Cantik kan laluan kanopi ni?Photo from blushblushtomato

Antara aktiviti utama yang boleh dilakukan dalam KL Forest Eco Park sudah semestinya menerokai untuk melihat kecantikkan hutan simpanan ini. Cara terbaik untuk melakukannya adalah untuk menggunakan laluan kanopi yang disediakan.

Laluan ini dapat berikan korang perspektit berbeza daripada ketinggiannya. Ia juga dapat membuatkan korang terasa lebih dekat dengan pokok-pokok sepanjang perjalanan serta melihat KL secara lebih meluas.

Jambatan gantung ini juga memberi peluang untuk korang perhati pelbagai habitat yang wujud di sini. Daripada puncak pokok serta flora fauna sambil melihat bagaiman ia memberikan kontras kepada permandangan bangunan yang berada di latar belakang.

Menikmati Keindahan Hutan Simpanan

Di sini korang boleh nikmati keindahan flora faunaPhoto from Cordelia

Selain daripada berjalan di laluan kanopi dan jambatan gantung. KL Forest Eco Park turut menawarkan beberapa laluan mendaki yang berbeza untuk merentasi sepanjang kawasan hutan simpan ini.

Jangan risau laluan trek ini ada banyak tahap daripada mudah, sederhana sehingga mencabar. Korang tidak perlu risau dan boleh pilih nak lalu trek mana mengikut keupayaan diri tanpa membahayakan diri.

Selain itu setiap laluan pula memberi peluang untuk korang alami alam semula jadi secara mendalam. Dari sini korang dapat melihat kepelbagaian biodiversiti hutan hujan tropika yang ada dalam negara kita.

Jangan risau laluan trek kat sini ada yang mudah jePhoto from joeyling0331

 

Kemudian sepanjang trek pun korang akan terserempak dengan pelbagai haiwan eksotik yang menjadikan hutan ni rumah. Jangan terkejut kalau nampak kelawar atau kucing musang menambah kepada suasana tenang di sini.

Berinteraksi Dengan Pelbagai Jenis Burung

Haa.. ada banyak spesis haiwan untuk korang lihat tauPhoto from Dartford Waffler

Sepanjang korang menikmati laluan trek pastikan ambil masa untuk perhati kepelbagai spesis burung yang ada. Disebabkan itu di hutan simpan ini sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin melihat mereka terbang dengan bebas.

Bawa sepasang teropong untuk melihat segala jenis yang ada di hutan simpan ini. Kemudian dapat juga mempelajari sedikit sebanyak info tentang spesis yang mendiami di sini untuk menambah pengetahuan korang.

Antara burung yang biasa dilihat adalah bulbul, drongos, raja ikan dan pemakan lebah tau. Setiap satu mempunyai keunikkan dan kecantikkan menjadikkan mereka sangat berbaloi untuk korang melihatnya.

Bawa Bekal Untuk Sesi Berkelah

Luangkan masa di sini bersama orang tersayang tak rugi tauPhoto from joeyling0331

Haa.. tak perlu nak pergi tempat jauh-jauh untuk berkelah kerana di sini pun ada jugak tau! Lengkapkan pengalaman aktiviti korang dengan berkelah di beberapa tempat yang telah siap disediakan.

Korang boleh bersantai menikmati makanan kegemaran sambil dikelilingi dengan persekitaran tenang. Siapa sangka di tengah pusat bandar pun boleh menyembuh diri dari segi mental serta fizikal.

Ini adalah cara terbaik untuk berehat dan berinteraksi dengan alam semula jadi.

Mengambil Gambar Permandangan Menakjubkan

Gambar-gambar yang korang boleh ambil di sini memang insta-worthy!Photo from joeyling0331

Kalau dah sampai ke sini mesti wajib ambil gambar permandangan kan? Maklumlah lalaun kanopi itu disediakan banyak tempat tinjaun untuk korang ambil gambar permandangan yang cantik.

Bayangkan dengan pokok hijau subur, laluan kaki serta permandangan langit biru bersama latar belakang bandar KL. Gambar yang diambil sudah semestinya akan jadi cantik kerana permandangan yang diberikan.

Selalunya orang akan pergi awal pagi untuk ambil gambar tetapi tiada masalah pun untuk korang pergi ke waktu lain. Kalau korang seorang jurugambar berpengalaman boleh datang pada waktu malam untuk melakukan sesi bergambar malam.

Lihat sahaja hasil gambar seperti ini!Photo from Malaysia Tourism

Hasilnya tak payah cakap mesti lawa punya!

Luangkan Masa Lapang Di KL Forest Eco Park

Bosan pada hari minggu? Jom habiskan masa di sini!Photo from Malaysia Tourism

Andai kata dah tak tahu nak ke mana pada hujung minggu boleh singgah ke hutan simpan ini. Aktiviti yang ada pun korang boleh lakukan sepanjang hari untuk memanfaatkan hari minggu korang.

Perjalanan ke hutan simpan pun tidak memerlukan kenderaan tau. Korang naik sahaja LRT Kelana Jaya Line dan berhenti di stesen Dang Wangi. Kemudian jalan sahaja ke hutan simpan yang berdekatan sahaja.

Tiket masuk pula hanya RM10 untuk orang dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok