Asam Pedas Paling Sedap Tersorok di Parit Jawa, Muar?
Masakan asam pedas merupakan hidangan popular di kawasan selatan negara dan menjadi kewajipan untuk mencubanya setelah sampai ke sini. Ramai orang kata yang paling sedap datang dari negeri Johor terletak di Muar tau. Nama restoran itu dikenali sebagai Asam Pedas Pak Cik Daud yang digemari ramai orang.
Terdapat sebuah perasaan yang sukar digambarkan apabila kuah asam pedas bercampur dengan sepinggan nasi putih. Sebab itu tak terkejut kenapa ramai orang akan menyinggah ke beberapa kedai popular di bahagian selatan negara untuk mencubanya.
Ia merupakan hidangan yang cukup popular di negeri Melaka dan Johor. Mungkin kerana resipinya yang tidak terlalu rumit serta proses memasaknya mudah tidak memerlukan banyak langkah kompleks membuatkan lebih sedap.
Bak kata orang putih, "less is more" mungkin sesuai untuk memberi gambaran kepada hidangan unik ini. Cuma, ada orang dia suka versi Melaka dan ada orang suka versi Johor! Tetapi untuk orang biasa macam kita ini mungkin nampak dua versi ini sama sahaja.
Photo from Zoul Dahan
Haa.. sebenarnya salah tau! Kedua-dua versi ini mempunyai perbezaan antara satu sama lain dari segi bahan yang digunakan. Kemudian, dekat Muar pula, restoran Asam Pedas Pak Cik Daud ni pula menjadi kegilaan ramai kerana dikatakan antara yang paling sedap di bandar Muar!
Perbezaan Antara Versi Melaka & Johor
Photo from foodpanda
Sebelum min ceritakan dekat korang tentang kedai tersebut. Apa yang korang perlu tahu adalah versi melaka dan johor ada bezanya yang membuatkan rasa antara satu sama lain sukar untuk dibandingkan.
Ini kerana bahan yang digunakan pun sangat berbeza cuma mempunyai beberapa bahan asas yang sama. Versi Melaka selalunya menggunakan bawang merah, putih, kunyit hidup, belacan, halba, cili kering kasar dan air asam jawa.
Untuk versi Johor pula mereka akan tambah bahan seperti halia, serai dan udang kering bersama bawang merah, putih, kunyit hidup, belacan, halba, cili kering kasar dan air asam jawa.
Kemudian, versi Johor pula ada sawi jeruk berbanding Melaka yang selalunya kosong atau ditambah sayur bendi, terung. Ikan yang digunakan pula lebih kurang sama sahaja kerana itu bergantung kepada pilihan individu.
Selain itu, warna dan tekstur kuah pun ada beza tau! Versi johor mempunyai warna merah menyala dengan tekstur pekat likat. Manakala, versi Melaka warnanya lebih kepada perang dengan tekstur kuah cair.
Photo from TheCheKMad
Dah boleh nampak perbezaan antara dua versi ini? Rasanya juga pun ada beza mengikut peminat asam pedas.
Menjadi Permata di Bandar Muar
Photo from Asam Pedas Pak Cik Daud
Ramai tak sangka restoran asam pedas Pak Cik Daud mendapat perhatian ramai terutama pelancong yang datang ke Muar semata-mata untuk mencubanya. Ia juga amat popular terutama di platform media sosial.
Selain itu, kepakaran mereka dalam menghidangkan asam pedas sempurna dapat terlihat dengan kuahnya sahaja. Ia mempunyai tekstur kuah yang cukup pekat penuh berperisa pulak tu. Boleh meletup mulut kita dengan gabungan rasa masam pedas.
Pilihan ikan yang digemari ramai adalah ikan jenahak, ikan pari serta ikan mayong. Kalau korang risau berkenaan kesegaran ikan itu tak perlu khuatir kerana kedai ini terletak berdekatan dengan sungai.
Tak lupa juga harga makanan pula tidak terlalu mahal dan masih berbaloi untuk korang menikmati bersama keluarga atau rakan. Cuma korang kena datang pada waktu tepat kerana selalunya dibanjiri oleh pelancong luar yang ingin turut mencubanya.
Photo from jomXplore
Bukan itu je, sambil menunggu makan boleh jugak menikmati suasana permandangan menenangkan untuk hilangkan stress dunia sekejap.
Menikmati Kepelbagaian Makanan Laut
Photo from Rokiko Koko
Selain daripada hidangan asam pedas jangan lupa juga untuk pesan lauk makanan laut yang ada. Sama seperti restoran yang fokus kepada hidangan makanan laut cakap sahaja nak apa mesti ada dijual di restoran ini.
Dahla semuanya segar pulak tu! Menurut pelanggan Emma Azra, kuah asam pedas cukup sempurna. Tidak terlalu pekat dan cair serta rasa masamnya pula tidak terlalu kuat sehingga menyebabkan hidangan jadi tak seimbang.
Tempat ini sesuai untuk menenangkan diri kerana suasannya. Kalau korang nak tahu, kedai ini juga dibuka untuk sarapan pagi jugak tau! Di sebelah pagi mereka akan hidangkan makanan seperti lontong, nasi lemak, nasi goreng dan mee goreng.
Photo from Emma Azra
Kalau nak menikmati rasa yang sedap sebelum sampai ke bandar Johor Bahru tu. Singgah sekejap ke Parit Jawa, Muar dan nikmati kesedapan yang tiada bandingan!
📍 NO KNB 1/2/1 Kampung Nelayan Benteng, 84150 Parit Jawa, Johor
⏰ Setiap hari kecuali Isnin (8:00 am - 5:30 pm)