Elak Rumah Tangga Musnah Sebab Skandal Ofis!
Memasang skandal di tempat kerja semakin kerap berlaku apabila ramai orang berkongsi pengalaman mereka di platform media sosial. Baik lelaki mahupun perempuan kedua-dua perlu bertepuk tangan untuk menjayakan perkara seperti ini berlaku. Apa yang boleh dilakukan untuk elak perkara yang meruntuhkan rumah tangga kita?
Hubungan perkahwinan amat menitikberatkan sifat kesetiaan, keharmonian dan juga kebahagiaan pasangan. Ia juga bukan seperti hubungan percintaan monyet yang sering kita lalui pada zaman sekolah atau muda dahulu.
Suami dan isteri perlu memainkan peranan masing-masing untuk menjaga satu sama lain. Ini juga dapat memastikan hubungan kekal dalam keadaan sihat dan elak daripada berlakunya kes penceraian.
Kadar peningkatan kes penceraian berlaku dalam negara kita pun amat menyeramkan tau. Ini kerana telah meningkat secara mendadak dengan rekod sebanyak 62,890 kes pada tahun yang lalu.
Photo from Kosmo Digital
Jadi apa yang boleh dilakukan untuk kita elak daripada perkara seperti ini berlaku dalam hidup kita? Ini tips mudah boleh diguna pakai untuk lelaki dan perempuan.
Elak Bergurau Secara Keterlaluan
Photo from beautifulnara
Min faham kita sudah meningkat bangku dewasa. Pengalaman kita pun sudah berbeza berbanding waktu remaja dulu yang baru ingin mengenal erti dunia. Kalau korang faham apa yang min maksudkan elakkan bergurau secara keterlaluan.
Bermula dari sini ia boleh melarut menjadi sesuatu kita ingin elakkan. Mula-mula gurau aja, kemudian berkata-kata, semakin lama mula menarik perhatian dengan aksi menggoda yang sudah semestinya salah.
Kena ingat gurau keterlaluan ini salah di mana-mana persekitaran dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual!
Makan Setiap Hari Berdua-duan
Photo from Pinterest
Haa.. perkara ini selalu dipandang remeh oleh ramai orang. Mereka akan anggap kolot, tidak moden atau bersikap negatif tetapi kena ingat korang ini dalam hubungan perkahwinan tau.
Bila kita makan berdua-duan orang luar akan menggangap kita sebagai satu pasangan tau. Kalau dah ada pasangan sendiri tolak sahaja pelawa perempuan cantik yang sering ajak korang lunch bersama.
Ini perkara paling mudah nak buat tau dan kalau boleh bawak bekal makanan yang dimasak oleh pasangan kita.
Berbual Perkara Mustahak Atau Penting Sahaja
Photo from Pinterest
Kalau nak berbual sekalipun letakkan satu benteng supaya mana-mana orang di tempat kerja kita tak dapat tembus. Hadkan perbualan kepada perkara penting, mustahak atau tentang kerja sahaja.
Jika di luar waktu pejabat elakkan menelefon, bermesej atau berjumpa. Ini kerana kita sudah berada dalam kawasan rumah kita iaitu kawasan paling peribadi dan perlu fokus kepada pasangan kita sahaja.
Kalau ada yang mengedik dengan korang tu berbual secara acuh tak acuh untuk berikan mereka satu mesej.
Dalam Waktu Berkerja, Jadi Profesional
Photo from Pinterest
Bila kita berada dalam waktu berkerja ubah sedikit personaliti kita. Kukuhkan diri dengan sikap profesional dan tolak tepi sementara segala masalah peribadi yang ada dalam hati supaya tidak terganggu prestasi kerja.
Walaupun susah kita kena ingat kerja adalah tempat untuk mencari rezeki. Bukan tempat untuk menjejaskan hubungna peribadi yang kita dah penat-penat tubuhkan bersama pilihan pasangan hati.
Membina Kepercayaan Dan Kesetiaan
Photo from Adobe stock
Dalam mana-mana pakar hubungan akan sentiasa memetingkan dua perkara ini iaitu kepercayaan dan kesetiaan. Bagaimana nak pupuk dua perkara ini kalau kita sering cenderung diri untuk melakukan perkara yang memusnahkan ini?
Komitmen kita dalam rumah tangga cukup penting sekali kerana kita sudah berjanji untuk bersama sehingga ke hari terakhir. Jika berlakunya sebarang masalah cuba bersembang bersama pasangan sendiri.
Susah macam mana pun hanya diri kita sahaja tahu hubungan kita macam mana. Orang lain takkan faham situasi kita.
Hanya Tumpang Mendengar Masalah Sahaja
Photo from Pinterest
Macam min kata mula-mula bergurau kemudian mula sesi meluahkan masalah peribadi. Lama-lama hubungan pun hancur, tempat kerja pun hancur, hidup pun entah ke mana dan benda ni boleh dielak dengan mudah.
Apa-apa masalah peribadi tak perlu dikongsikan kepada orang luar terutama mereka yang asyik nak dengan kita je. Selain itu, kita pun tidak perlu jadi terlalu baik sehingga mendengar segala satu masalah orang lain.
Kita fokus pada masalah kita sendiri sahaja sudah cukup.
Sentiasa Menyebut Nama Pasangan Sendiri
Photo from Wikipedia
Kalau tengah seronok berbual dengan rakan sekerja tentang kehidupan seharian kita. Jangan sentiasa lupa untuk menyelit nama pasangan, pasangan kita buat apa dan sebagainya supaya orang sekeliling tahu kita sudah berpunya.
Ramai juga lelaki pura-pura terlupa untuk menyebut tentang pasangan mereka sendiri dengan alasan biarlah rahsia. Haa.. ini memberikan mesej untuk orang luar untuk mencuba nasibnya untuk memiliki kita.
Jauhkan perkara ini hanya menyebut sedikit sebanyak tentang kebaikkan pasangan kita. Sebut tentang kecantikkan mereka pun sudah memadai. Rumah tangga kita bukan senang untuk dibina dan diusahakan.
Sebelum berlakunya skandal letak diri kita kembali sewaktu bersusah payah untuk bersama dengan pilihan kita.
Mungkin korang suka: