[Ramadan 2024] Tabiat Pemakanan Dapat Mengurangkan Masalah Berpuasa
Walaupun berpuasa dapat memberikan banyak manfaat untuk kesihatan masih ramai orang mengalami masalah pemakanan yang tidak sihat. Tabiat pemakanan dan perubahan terlalu drastik menjadi penyumbang kepada masalah yang sering diambil ringan oleh orang kita.
Kita sedia maklum bahawa waktu kita agak singkat untuk mendapatkan semula tenaga dan khasiat yang sudah digunakan sepanjang hari. Masalah sering dilanda oleh orang berpuasa adalah kekurangan air (penyahidratan).
Risiko untuk berlaku pula agak tinggi kerana cuaca negara yang panas dan lembap sepanjang hari. Cukup bertuah kalau waktu kita berpuasa itu hujan sepanjang hari dapat beri suasana nyaman sedikit.
Bila dah berlakunya penyahidratan ramai orang akan mula sakit kepala dan menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian. Campur pula dengan perbezaan tabiat pemakanan mendadak termasuk rutin harian dapat membuka pintu untuk banyak sakit menyerang kita.
Photo from Pinterest
Masalah penghadaman, sembelit dan sakit gastrik berkait rapat pada waktu ini. Bagaimana nak mengatasinya adalah dengan mengamalkan amalan pemakanan lebih sihat berbanding sebelum ini yang sebenarnya mudah je tau.
Elak Penyahidratan Dengan Makanan Kandungan Air Yang Tinggi
Photo from Pinterest
Selain daripada minum air untuk melawan penyahidratan ada banyak juga alternatif yang lain. Antaranya adalah untuk mengambil makanan mempunyai kandungan air tinggi seperti tembikai merah.
Selain itu amalkan buah tomato, timun, lobak merah ketika bersahur nanti. Ini kerana apa min sarankan mempunyai kandungan air lebih daripada 90% dan berupaya untuk membantu kita melawan masalah ini sepanjang hari.
Photo from Pinterest
Tambahan pula, elakkan makanan atau minuman yang dapat buat kita cepat haus ketika sahur serta berpuasa.
Jangan Sesekali Lupa Untuk Tambahkan Protein
Photo from Resepi Che Nom
Ramai selalu terlepas pandang bahawa makanan berasaskan protein boleh membantu kita kurang penat tau. Kemudian ia juga akan mengambil masa lebih lama untuk dihadam oleh perut kita.
Tambahan pula takdalah kita akan mula rasa lapar bila masuk waktu tengah hari. Makanan seperti telur, keju, ikan, kacang dan lentil antara pilihan yang baik untuk kita amalkan dalam diet seharian.
Selain itu sesiapa yang tak boleh ambil makanan bersusu gantikkan dengan susu soya serta badam. Tak lupa juga ayam dan daging pun sentiasa menjadi pilihan utama untuk mengambil makanan protein.
Lebihkan Buah & Sayuran Dalam Diet Kita
Photo from Pinterest
Untuk sesiapa yang sering ada masalah sembelit tu bermaksud korang ada masalah penghadaman. Ini dapat diselesaikan dengan mengurangkan makanan berlemak, bergoreng serta pedas waktu sahur nanti.
Sebaliknya gantikkan dengan buah dan sayuran kerana ia sangat berkhasiat untuk kita. Walaupun korang sudah tahu tentang itu khasiatnya yang kaya dengan serat dapat elakkan berlaku sembelit.
Photo from Pinterest
Vitamin dan mineral juga amat diperlukan untuk mengekalkan pengambilan nutrisi seimbang semasa Ramadan.
Makanan Berkanji Tinggi Tu Penting Sebenarnya
Photo from Pinterest
Haa.. ramai orang selalu kata makanan kanji tak bagus kerana boleh mengemukkan kita. Sebaliknya makanan berkanji dan berserat tinggi dapat membantu mengawal ketidakhadaman serta masalah pedih ulu hati.
Makanan seperti oat, bijirin tinggi serat dan roti gandum penuh dalam pemakanan terutama ketika sahur nanti. Korang sendiri akan perasan ia dapat membantu untuk memanjangkan tempoh kenyang dengan lebih panjang.
Photo from Pinterest
Selain itu, karbohidrat kompleks macam nasi perang dan kentang adalah pilihan bagus untuk bekalkan kita tenaga secukupnya. Dapat juga ia tingkatkan tumpuan dan mengawal mood kita jadi lebih baik.
Makanan Yang Bagus Untuk Amalkan Supaya Lebih Sihat
Photo from Pinterest
Macam min kata sebelum ini masalah penyahidratan memberi risiko tinggi kepada kita. Untuk kembalikan semula air yang sudah hilang ke tahap normal minum jus buah kegemaran korang dan bukan air kordial tau (itu penuh gula).
Antara air buah yang bagus adalah air kelapa segar kerana mampu menghidrat kita. Ia juga dapat kembalikan semula elektrolit yang sudah hilang ketika di siang hari. Kemudian untuk makanan pula boleh cuba makanan berasaskan sup.
Perut kita akan gembira kerana mudah untuk dihadam. Sup sayuran, daging dan macam-macam lagi dapat menambah cecair tambahan bersama minuman jus yang min sebut tadi tu. Bubur pun sangat direkomenkan juga!
Photo from Modirosa
Seterusnya, elakkan mengambil snek yang tinggi kandungna manis serta masin. Biasanya kita akan jadikannya sebagai pencuci mulut selepas berbuka tetapi min sarankan ambil dalam kuantiti sedikit sahaja kalau tak tahan.
Lebih baik korang gantikkan dengan buah-buahan, yoghurt untuk beri nutrisi bermanfaat. Tak lupa juga dapat buat korang kenyang lebih lama dan mengurangkan risiko masalah penghadaman dan penambahan berat badan.
Walau bagaimanapun tujuan utama kita berpuasa adalah untuk merasa kesusahan. Tak salah untuk amalkan tabiat pemakanan lebih sihat tetapi kena beringat untuk elakkan pembaziran dan tidak terpesong dari tujuan utama.
Mungkin korang suka: