Asyik Sakit Belakang Kat Ofis? Ini Cara Untuk Kurangkan Sakit
Selalu tak korang mengadu sakit belakang selepas seharian bekerja? Perkara seperti ini kerap berlaku kerana gaya hidup kurang aktif menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan akan berlaku kepada diri korang!
Survey yang dilakukan oleh Malaysia National Health and Morbidity pada tahun 2019 menunjukkan bahawa 1 daripada 4 rakyat Malaysia menjalani gaya hidup sedentary. Lebih menakutkan kebanyakkan orang dewasa tidak melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.
Mereka lebih cenderung dan fokus kepada gaya hidup sedentary. Secara definisi, ia adalah gaya hidup yang melibatkan sedikit atau tidak aktiviti fizikal langsung. Masa akan banyak dihabiskan dengan duduk atau baring ketika melakukan sesuatu seperti tengok tv, memandu dan menggunakan komputer.
Disebabkan itu, semakin ramai orang dewasa terutama generasi muda menghadapi banyak masalah kesihatan. Masalah apa yang kerap muncul? Sakit belakang, pinggang yang dapat menyebabkan kepada penyakit lebih kronik jika dibiarkan.
Photo from Pinteresr
World Health Organization juga menyatakan, seorang dewasa sekurang-kurangnya perlu menghabiskan 150 minit setiap minggu untuk lakukan aktiviti fizikal. Jika dilakukan dengan kerap baru masalah yang min kata sebelum ini dapat dielakkan.
Tetapi min faham, secara tak sedar kita sudah terperangkan dalam gaya hidup sedentary. Haa.. sebenarnya boleh untuk kita ubah sebelum terlambat dengan ikut nasihat yang min kongsi untuk manfaat korang!
1. Ambik Masa Untuk Regangkan Badan!
Photo from Pinterest
Kebanyakkan orang selalu mengatakan mereka tiada masa untuk melakukan aktiviti fizikal. Jadual berkerja serta masa diambil untuk ulang alik sudah menyebabkan ramai orang putus asa untuk kekal aktif dalam senario kehiupan seharian.
Sebenarnya, korang boleh sahaja kekal aktif walaupun dah melekat kat meja kerja korang tau. Apa yang korang boleh lakukan adalah lakukan pelbagai senaman bertujuan untuk rengangkan badan selepas lama sangat duduk!
Tak perlu buat yang susah pun. Cari yang paling mudah untuk dilakukan dalam satu tempoh masa tanpa mengangu rakan sekerja. Korang boleh mula dari kepala, berasnsur ke tangan, badan sehingga ke kaki.
Berada dalam satu posisi terlalu lama tidak bagus untuk kesihatan kita. Kalau korang perasan, bahagian leher, belakang dan pinggang akan mula rasa kebas, keras dan mula keluar rasa tak selesa.
Photo from Pinteresr
Oleh itu, jangan kedekut nak ambik masa nak regangkan badan kalau mula timbul rasa sengal sakit.
2. Jalan Pusing Satu Ofis Taknak?
Photo from Pinterest
Untuk kekal gaya hidup aktif, kita dinasihatkan untuk berjalan sebanyak 10 ribu langkah setiap hari. Tetapi, kalau dah terperup siapkan kerja bila je ada masa nak jalan kaki kan? Tambah pula kalau setiap hari kita memandu bila je ada peluang nak jalan kaki.
Sebab itu apa kata pergi kerja menaiki pengangkutan awam pulak? Sambil pergi ke kerja dapat juga korang berjalan dan regangkan badan untuk mulakan hari. Ini sahaja sudah cukup untuk ubah corak gaya hidup.
Selain itu, melakukan apa-apa aktiviti fizikal dapat menghilangkan stress dan tingkatkan tenaga. Selepas ini jangan terkejut kalau korang dapat kekal produktif serta lebih rajin nak berjalan berbanding duduk diam sahaja.
Kemudian, korang pun boleh park kenderaan jauh sedikit dari ofis untuk paksa diri berjalan. Dalam ofis pula, jalan pusing satu ofis sekejap pun takpa! Singgah ke bilik bos, tandas atau ke meja rakan supaya tidak melekat pada satu tempat sahaja.
Photo from Southeast Asia Infrastructure
Waktu malam pula sesuai untuk korang lakukan aktiviti seperti jogging atau berjalan untuk mendapat capai sasaran 10 ribu langkah.
3. Cari Geng Baru Yang Lebih Aktif
Photo from Pinterest
Nak ubah gaya hidup kita bukan senang untuk seorang individu yang sudah terbiasa dengan keadaan tersebut. Ramai individu mengeluh apabila perlu berdepan dengan sesuatu yang baru.
Selain itu, korang memerlukan usaha, kesabaran dan disiplin untuk mengadaptasi kepada gaya hidup baru. Kalau taknak putus asa dengan mudah apa kata korang cari geng yang sama kepala untuk ubah rutin harian korang.
Mulakan dengan pergi ke gim untuk mencari kenalan baru yang dapat membantu mengubah rutin hidup korang. Apabila dah ada geng, lebih rajin dan semangat untuk korang kekal dalam gaya hidup aktif.
Walaupun bila penat balik kerja pada penghujung hari. Korang akan cari ruang untuk luangkan masa sedikit untuk melakukan aktiviti fizikal bersama kawan atau secara individu sebelum menamatkan hari.
Photo from Pinterest
Tak lupa juga, bila berkenalan dengan lebih ramai orang. Dapat jugak korang mencari pengalaman baru dalam karier hidup!
4. Jangan Lupa Nak Ukur Tahap Kesihatan
Photo from Pinterest
Sekarang zaman moden ni serba serbi mudah kerana semuanya di hujung jari sahaja. Nak kekalkan dalam gaya aktif, terlalu banyak aplikasi kesihatan yang kita boleh guna untuk membantu kita aktif.
Contohnya ada aplikasi yang dapat simpan segala maklumat tahap fizikal dengan mudah. Selain itu, apabila korang lakukan aktiviti seperti berlari, ada aplikasi yang dapat ukur jarak, masa dan tenaga dikeluarkan.
Mungkin ada aplikasi yang akan hantar notifikasi untuk korang ambil masa sebentar untuk regangkan badan. Jangan lupa, mengubah kepada sesuatu yang baru memang susah tetapi ia dapat menyelamatkan korang apabila umur sudah lanjut.
Tak salah untuk korang luangkan sedikit masa untuk tingkatkan tahap kesihatan korang beurbah menjadi lebih baik!
Mungkin korang suka: