Peminat Animasi Mechamato Dari Jepun Terbang Ke Malaysia,Semata Ingin Menonton Filem Menchamato Di Malaysia
Mechamoto Movie merupakan prekuel siri animasi, mula ditayangkan di Malaysia dan Brunei pada 8 Disember 2022 lalu. Movie itu telah menarik perhatian ramai dan sedang menerima sambutan hangat di pawagam dan sudah mendapat kutipan sebanyak 27 juta.
Yang paling menarik apabila peminat dari Negara Jepun sanggup terbang ke Malaysia untuk menonton Mechamato Movie. Satu perkara yang menakjubkan kerana animasi di Malaysia diterima oleh warga Jepun.
Menurut Twitter dan Facebook Nizam Abdul Razak iaitu pengarah filem tersebut, beliau dilihat terharu dengan sambutan dari peminat Jepun yang sanggup ke Malaysia semata-mata untuk menonton Mechamato Movie yang kini ditayangkan di seluruh Malaysia.
Difahamkan ada peminat dari negara lain seperti dari Singapura, Indonesia dan Filipina datang Malaysia untuk menonton dan memberi sokongan kepada filem tersebut.
Menurut Twitter peminat setia tersebut (boboibo_y), dia dilihat teruja melawat Melaka iaitu bandar sebenar yang disebut dalam Mechamato Movie.
念願の地、ムレカ❗️(Melaka)
日本だとマラッカとも言いますね
ここはアマト達の住む町であるコタ・ヒリールのモデルになったメカアマト聖地です‼️少しあたりを歩いただけであ、ここメカアマトで見たぞ?という発見ばかり?一緒に見ていきましょう?????#メカアマトを探す旅https://t.co/lmECU2WKEJ pic.twitter.com/AteRVgKiCD— ボボイボーイ&メカアマト (@boboibo_y) December 26, 2022
Dalam perkongsian lain di Twitter, peminat Jepun tersebut juga telah melawat Melaka, bandar sebenar yang ada dalam Mechamato Movie. Beliau memang peminat setia Mechamato kerana bukan sahaja pergi menonton filem, tetapi melawat juga bandar Melaka untuk merasai seperti di dalam filem.
ムレカをお散歩☀️
見つけた時に嬉しくて思わず叫びそうになりました。これは完全にキング・ボクセルの城のモデルですよね❗️ムレカを歩いているとまるでコタ・ヒリールにいるみたいです??メカボットどこだ❓? #メカアマトを探す旅 #メカアマト #Mechamato #MechamatoMovie pic.twitter.com/Fx017thfwR— ボボイボーイ&メカアマト (@boboibo_y) December 26, 2022
Mereka juga akan memberi fokus dengan tayangan di luar negara bermula tahun hadapan. Semoga animasi di Malaysis mendapat sambutan yang lebih hangat selepas ini.