download Jom Explore app
5 Kafe Spesial Untuk Berdating Hujung Minggu Ini

5 Kafe Spesial Untuk Berdating Hujung Minggu Ini

Jom! Makan
By Nurul Khaleeda on 15 Dec 2022
Digital Editor

Sekarang ini, ‘cafe-hunting’ sudah menjadi trend terutamanya dalam kalangan generasi Z. Saban minggu, ada sahaja cafe yang menjadi tumpuan mereka untuk dimuat naik di laman media sosial masing-masing.

Menariknya apabila, banyak cafe turut mengambil inisiatif untuk menghias cafe mereka supaya ia menjadi tempat yang instagramable dalam usaha menarik orang ramai ke kafe mereka.

Selain pergi bersama rakan-rakan, cafe-date juga menjadi satu trend masa kini. Oleh itu, mari kita menerokai cafe-cafe menarik di sekitar Kuala Lumpur yang sesuai untuk port dating pada hujung minggu ini.

?Lissete’s Cafe & Restaurant

Restoran dan Cafe ini memang sangat sesuai untuk anda berdating pada hujung minggu ini. Bukan sahaja interiornya sangat cantik malah makanannya juga sangat sedap dengan harga yang berpatutan.

Mereka juga menggunakan bahan-bahan dari sumber semulajadi dan organik namun mengekalkan rasa yang sama.

Setakat ini, Lissete’s mempunyai 3 cawangan iaitu di Bangsar, Subang dan juga 163 Retail park. 

?163 Retail Park, GF-18, Ground Floor 163 Retail Park, 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.

?03 - 2201 7772

⏰8am - 10pm

?A Little Bud Florist Cafe

Seronoknya apabila sambil dating, anda juga disajikan dengan bunga-bunga yang sangat harum dan indah untuk dipandang. Itulah yang menanti anda di A Little Bud Florist Cafe.

Terletak di Taman Tun Dr Ismail, cafe ini sangat selesa untuk menghabiskan masa dengan yang tersayang. Di samping itu, ramai pelanggan memuji keenakan pastri di cafe ini.

Anda juga tidak perlu risau kerana cafe ini adalah ‘muslim-friendly’. 

?Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

?012-322 2703

⏰10am - 6pm (TUTUP ISNIN)

?One Half Coffee

Mengamalkan konsep kopi bertemu shopping, percaya tak yang anda boleh membeli-belah sambil menikmati kopi di cafe ini? 

Kafe ini memberikan rasa tenang dan selesa, rasa dan aroma kopi yang nikmat dapat menenangkan hati serta meningkatkan daya tahan. Berbaring di sofa yang nyaman, menikmati cangkir kopi hangat dan menikmati suasana, membuat anda merasa bahagia dan damai.

Untuk pengetahuan, harga di cafe ini sedikit mahal namun begitu, ramai yang memuji keenakan pastrinya. Jangan risau, cafe ini juga adalah ‘ pork-free’. 

?17, Jalan 20/13, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya, Selangor

?010-261 0588

⏰8am- 10pm

?Little People Co

Tercari-cari cafe yang mempunyai pastri dan kopi yang umpphh? Haa, sinilah tempatnya. Anda semua kena cuba hidangan berunsurkan matcha mereka. Memang terbaik!

Mereka sentiasa mengikuti tren terkini untuk menyediakan hidangan menggunakan matcha yang cukup menarik.

? 3, Jalan SS 13/4, Subang Jaya Industrial Estate, 47500 Subang Jaya, Selangor

?012-7797947

⏰8:30am- 5pm (TUTUP SELASA)

?Hani Eatery

Cafe ini pernah viral di TikTok sebab ada lubang di dindingnya. Bunyi macam pelik tapi ini betul-betul, bukan tipu tau! Palet warna yang digunakan di dalam ruangan minimalism biasanya berupa warna yang natural dan netral.

Cafe ini juga unik kerana ia menyajikan hidangan berinspirasikan Jepun seperti Mi Yuzu, Kaarage Don dan banyak lagi!


View this post on Instagram

A post shared by Hani (@hani_eatery)


View this post on Instagram

A post shared by Hani (@hani_eatery)

 

? 20A, Lrg Ara Kiri 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

⏰10am- 9pm (TUTUP RABU)

?Sumber Foto: Instagram

 

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok