download Jom Explore app
3 Sebab Kenapa Anda Kena Pergi Ke Kafe 7-Eleven Di Puchong!

3 Sebab Kenapa Anda Kena Pergi Ke Kafe 7-Eleven Di Puchong!

Jom! Makan
By Nurul Khaleeda on 27 Dec 2022
Digital Editor

Kedai serbaneka 7-Eleven bukanlah satu nama yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan semua peringkat umur sangat mengenali malah sering mengunjungi kedai ini.


View this post on Instagram

A post shared by Zhi Yi (@zhi.yiii_)

Untuk pengetahuan anda, 7-Eleven mempunyai lebih 2,400 cawangan di seluruh negara dan anggaran pelanggan mereka setiap hari mencecah sehingga 900,000 ribu orang. Wow, banyak tu!

Antara menu popular 7-Eleven tentunya Slurpee yang menjadi feveret ramai, tak kiralah apa sahaja peringkat umur. Kini, kedai serbaneka popular ini muncul pula dengan revolusi baru apabila mereka memperkenalkan kedai konsep kepada rakyat Malaysia.

Kedai konsep 7-Eleven yang pertama dilancarkan pada April 2021 dengan kerjasama jenama minuman terkemuka iaitu Pepsi. Dengan kejayaan ini, mereka membuka pula kedai konsep kedua yang terletak di Bandar Puteri, Puchong.

Sekiranya anda merupakan peminat tegar 7-Eleven ataupun seorang ‘cafeholic’, ini adalah 3 sebab kenapa anda harus kunjungi kedai konsep 7-Eleven ini.

7-Eleven Terbesar Di Malaysia

Betul! Kedai serbaneka ini adalah yang terbesar di Malaysia. Mempunyai 2 tingkat, anda memang boleh lepak, makan dan buat macam-macam di kedai ini. Malah baca buku pun boleh!

Selain slurpee, anda juga boleh menikmati makanan lain seperti hotdog, popcorn ayam, croffle dan juga pastri di 7-Eleven tau.


View this post on Instagram

A post shared by Nana Anne (@_nana_anne)


Kedai Buku BookXcess

Ya, 7-Eleven bekerjasama dengan BookXcess di mana mereka yang ulat buku boleh menghabiskan masa di tingkat atas untuk membaca atau memilih buku.


View this post on Instagram

A post shared by A t i k a h (@atykh.arzl)

Ada banyak jenis buku yang boleh dipilih terdiri daripada buku kanak-kanak, remaja hinggalah dewasa. Lagipun, BookXcess sangat popular dengan kedai buku mereka yang sangat instagrammable, jadi sambil membaca tu, bolehlah update laman media sosial masing-masing kan?

Kafe Niko Neko Matcha

Selain BookXcess, 7-Eleven juga bekerjasama dengan cafe Niko Neko Matcha tau. Jadi, memang lengkap semuanya di satu tempat, cafe ada, kedai serbaneka ada, malah kedai buku pun ada.

Walaupun kafe ini agak terhad dari segi pencuci mulut, namun pelanggan masih boleh menikmati minuman femes mereka iaitu matcha, hojicha, genmaicha dan juga genmai.

?No. 2. Jalan Puteri 1/1, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor

6am - 12pm

?Sumber Foto: Instagram

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok