Silverlake Village Outlet di Batu Gajah, Perak Baru Dibuka?
Untung betul untuk orang Perak sekarang ni kan? Sejak Silverlake Village Outlet (SVO) dibuka semakin ramai ambil peluang untuk melihat tempat baru ini bagi meluangkan masa pada hujung minggu. Dengar cerita ada pelbagai tarikan yang sangat menarik dekat village outlet ni?
Kalau sebut tentang negeri Perak sudah tentu orang akan sebut bandar Ipoh sebagai pilihan nombor satu. Ia akan diikuti dengan bandar Taiping dan beberapa bandar kecil terdapat di negeri ini.
Maklumlah Ipoh memang cukup terkenal dengan kepelbagaian tarikan serta turut menawarkan makanan yang sedap! Haa.. selain dari negeri Penang, Perak pun terkenal dengan pelbagai makanan menyelerakan.
Namun jarang kita dengar tentang bandar kecil seperti Batu Gajah betul tak? Sejak SVO mula beroperasi semakin ramai mula membanjiri bandar ini terutama waktu sambutan tahun baru pada awal bulan.
Photo from Silverlakes Village Outlet
Kalau begitu baca sampai habis untuk ketahui apa yang menarik untuk korang bawa keluarga ke SVO pada hujung minggu ini!
Lebih Daripada 100 Buah Kedai Akan Dibuka!
Photo from surgaroute
Menurut Pengarah Urusan Silverland, Shaik Rizal Sulaiman berkata, pelan untuk membuka sepenuhnya pusat perniagaan komersial ini akan selaras dengan Tahun Melawat Perak 2024,
SVO akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu West Village dan North Village. Pelancaran West Village telah pun diadakah pada bulan September lepas manakala bahagian pusat membeli belah utama dibuka secara berperingkat sejak bulan Disember lalu.
Sebanyak 60% peniaga telah bersetuju untuk membuka outlet di SVO." Terlampau banyak jenama pakaian akan menapak di sini untuk memberikan peluang kepada penduduk di sekitar kawasan membeli belah dengan lebih senang.
Antara jenama yang ada seperti Al-Ikhsan, Coach, Kate Spade, Sembonia, Carlo Rino dan Puma. Namun ramai orang tempatan tidak sabar untuk menunggu pembukaan rasmi kedai daripada pereka fesyen tempatan, Rizman Ruzaini.
Photo from Silverlakes Village Outlet
"Kami mengikut jenama yang diminati ramai, sekurang-kurangnya lebih 100 jenama terkenal akan bertapak di sini,"
Taman Tema Dinosaur Sesuai Untuk Kanak-Kanak
Photo from Klook
Selain daripada membeli belah, SVO juga menyediakan sebuah taman tema untuk keluarga bawa kanak-kanak supaya dapat mempelajari serta main tau! Haa.. taman tema tersebut dikenali sebagai Taman Tema Dinosaur.
Pelancaran taman tema yang baru diadakan ini akan menjadi tarikan utama di Silveralakes Outlet Village. Ini dapat menarik perhatian ramai pengunjung terutama mereka yang mempunyai anak kecil.
Anak-anak cilik ini pasti akan terpukau melihat kemegahan serta kehebatan dinosaur yang ada. Seterusnya langkah ini akan menyumbang kepada kemajuan ekonomi pelancongan negeri Perak.
Selain itu, ia juga mengikut sebuah konsep iaitu sains pra-sejarah untuk memberikan gambaran kepada pengunjung bagaimana habitat sebenar haiwan ini sewaktu mereka menguasai bumi. Bukan itu sahaja, taman teman ini merupakan taman didik-hibur yang pertama di Perak!
Maksudnya anak-anak kecil kita berpeluang untuk mempelajari pelbagai fakta menarik tentang spesis dinosaur yang ada. Ini dapat dilakukan serta menghidupkan haiwan ini melalui teknologi terkini iaitu Augmented Reality dan Virtual Reality.
Photo from IG | dinosaur_encounter
Kalau korang asyik lihat anak bermain dengan permainan dinosaur sangat wajar bawa mereka ke taman tema ini.
Penat Nak Memandu? Naik ETS Sahaja!
Photo from Train36
Apa yang membuatkan lokasi Silverlake Village Outlet sangat menarik adalah lokasinya tau. Ini kerana ia terletak berhadapan dengan stesen keretapi Batu Gajah memberikan lebih banyak cara untuk melawatnya.
Tak perlu lagi korang memenatkan diri untuk memandu selama 2 jam setengah kalau tinggal di sekitar Lembah Klang. Sebaliknya, lebih baik korang beli tiket Electric Train Service (ETS) dan berhenti di stesen destinasi sahaja.
Masa dan tenaga pun dapat jimat banyak pulak tu. Kurang sedikit penat lelah apabila sudah sampai membolehkan korang fokus kepada membeli belah dan bawa anak main sahaja. Tak lupa juga akan ada banyak kedai makanan akan dibuka di outlet ini juga.
Jadi hujung minggu ini pelan bersama keluarga atau rakan-rakan untuk pergi menyinggah ke SIlverlake Village Outlet untuk menikmati pelbagai tarikan menarik serta pengalaman membeli yang baru.
📍 1, Persiaran Silverlakes, Kampung Belangkor, 31000 Batu Gajah, Perak
⏰ Setiap hari (10 am - 11pm) Sabtu (10 am - 12 am)
Mungkin korang suka