download Jom Explore app
Vietnam: Destinasi Percutian Yang Korang Tak Dapat Lupakan

Vietnam: Destinasi Percutian Yang Korang Tak Dapat Lupakan

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 17 Jan 2024
Digital Editor

Haa.. tengah buat planning nak pergi bercuti ke mana untuk tahun ni ke tu? Apa kata korang jadikan Vietnam sebagai destinasi percutian untuk tahun ini kerana mempunyai pelbagai destinasi serta budaya yang cukup menarik! Senang je untuk kasi min buka mata korang seluasnya untuk melihat kecantikkan negara ini.

Memandangkan Thailand sering menjadi destinasi utama untuk ramai orang Malaysia pergi bercuti ke luar negara. Pilihan kedua pula sudah semestinya Indonesia kerana beberapa tempat yang terkenal seperti Bali.

Lihat sahaja rekod yang mengatakan lebih 80,000 orang Malaysia masuk ke dalam Thailand ketika cuti sekolah baru-baru ini. Selain daripada negara ini, kalau korang ingin kelainan apa kata menyinggah ke jiran kita satu lagi iaitu Vietnam.

Negara ini terletak di penisular Indochina di kawasan Asia Tenggara. Mereka berkongsi sempadan dengan beberapa buah negara seperti China di bahagian utara dan di belah barat pula adalah Laos serta Cambodia.

Mereka mempunyai campurna budaya yang cukup menarik kerana mengambil sedikit tradisi daripada elemen Cina dan Perancis. Lihat sahaja pembangunan negara, makanan, lagu, seni apabila korang menjejak kaki ke negara ini.

Asyik pergi Thailand je apa kata kalini ke VietnamPhoto from Pinterest

Turut mempunyai beberapa UNESCO World Heritage Site untuk memberi permandangan yang menakjubkan. Eh banyak sebab kenapa korang patut jadikan negara ini destinasi percutian tau, baca sampai habis untuk ketahui semua.

1. Makanan Yang Sangat Menyelerakan

Kalau Malaysia Nasi Lemak, Vietnam ada Pho!Photo from Vietnam

Menurut Rough Guides, sebuah laman web perlancongan yang cukup terkenal telah mengumumkan senarai negara yang mempunyai makanan cantik serta menyelerakan dalam dunia.

Vietnam dengan bangganya mendapat tempat ke-5 menerima gelaran 'culinary paradise of the century'. Haa.. kita selalu menikmati makanan Thai tetapi jarang betul untuk kita menikmati makana daripada negara ini.

Namun sudah semakin banyak kedai yang menjual makanan daripada negara ini. Memandangkan mereka turut menikmati nasi seperti kita makanan Vietnam mempunyai perwatakan, keunikkan dan profil rasa tersendiri sangat berbeza daripada negara Asia Tenggara lain.

Daripada pilihan pastri sepeti kek, bihun pho, nasi, kertas nasi, popiah yang mempunyai pelbagai jenis inti sayuran cukup melazatkan. Tak kisah korang nak cari makanan ringan atau berat negara ni akan pastikan korang jatuh cinta dengan masakan mereka.

Rice roll yang mempunyai banyak jenis inti yang menyelerakanPhoto from Vietnam

Selain itu, budaya makan mereka mengikut satu prinsip. Setiap masakan yang dihidang perlu mencapai kesimbangan untuk mendapat keharmonian tau. Contohnya, ada makanan yang sesuai untuk makan pada musim panas, masakan panas untuk musim sejuk.

Ini menyebabkan makanan mereka adalah antara yang sihat serta penggunaan banyak jenis sayuran dapat menghasilkan rasa lebih unik berbanding masakan kita pernah rasa.

2. Budaya Kopi Yang Cukup Hebat

Kalau di Vietnam wajib cuba drip coffee camniPhoto from Pinterest

Tak ramai orang kita tahu bahawa negara ini merupakan yang kedua dalam dunia menghasilkan biji kopi dalam dunia. Kopi adalah sesuatu tradisi yang dijadikan sebuah budaya dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

Apabila korang bersiar-siar di sekitar bandar jangan terkejut untuk melihat deretan kafe yang ada. Semuanya menjual kopi terhasil daripada pilihan biji serta resipi yang dihasilkan untuk korang nikmati.

Contoh kafe untuk korang dapat kopi di siniPhoto from Pinterest

Rasanya cukup pekat, aroma, kaya dan kuat membuatkan kopi mereka cukup terkenal. Siapa yang kaki kopi wajib minum setiap hari boleh cuba puaskan tekak dengan menyinggah ke mana-mana aja kafe berdekatan.

3. Sesuai Sangat Untuk Kaki Healing

Vietnam pun sesuai untuk kaki healingPhoto from Vietnam Discovery Travel

Korang tahu tak negara ini bukan dapat puaskan jenis kaki makan sahaja tau. Sesiapa yang kaki healing suka menikmati permandangan tenang akan berpuas hati apabila dapat tahu tiga suku kawasan dikelilingli gunung serta dataran tinggi.

Antara lokasi yang wajib korang singgah adalah taman terkenal seperti Dong Van, Non Nuoc. Selain itu, landskap memukau terhasil daripada kombinasi gunung, sungai, tasik serta laut di Halong Bay, Ba Be, Ha Giang.

Landskap dan permandangan yang cantik ini memang sesuai sangat kalau nak lari daripada bandar menghilangkan segala stress tersimpan. Bukan itu sahaja, negara ini turut mempunyai beberapa pantai cantik untuk korang lepak menghabiskan masa.

Banyak betul permandangan menghijauPhoto from Klook

Antara tapak yang diiktiraf daripada UNESCO korang boleh singgah adalah Halong Bay, Phong Nha National Park (Ke Bang), Dong Van Stone Plateau Geopark dan Trang An Complex.

4. Mempunyai Budaya & Tradisi Sungguh Cantik

Budaya di Vietnam pun kaya seperti negara kitaPhoto from Holidify

Memang tak dapat dinafikan negara Asia Tenggara macam kita memang diberikan budaya dan tradisi yang cukup menarik. Bahkan sangat cantik pulak tu bagaimana kehidupan seharian orang yang tinggal di kawasan ini.

Sebab itu selain daripada kecantikkan landskap negara, korang boleh menikmati kecantikkan negara ini melalui budaya serta sejarah mereka. Kalau nak tahu sejarah Vietnam sudah mencecah lebih daripada 4,000 tahun yang melihat kebangkitan serta kejatuhan negara ini.

Daripada penguasaan daripada Cina, penjajahan dari Perancis, campuran daripada budaya India, Thailand, Khmer dan kemegahan empayar Champa. Perubahan ini membuatkan negara ini dapat menghasilkan sebuah budaya yang cukup unik untuk kita lihat.

Kesannya juga membuatkan kita dapat kait dengan budaya tempatan negara kerana campuran daripada pelbagai bangsa. Antara lokasi korang boleh singgah untuk menikmati kecantikkan budaya negara ini adalah Complex of Hue Monuments, Hoi An Ancient Town, Imperial Citadel of Thang Long,

Korang berpeluang untuk lihat sebuah budaya yang masih kekal walaupun beribu tahun lamanyaPhoto from Danang Private Car

Citadel of the Ho Dynasty, Hue's Royal Court Music dan Worship of Hung Kings sangat berbaloi untuk meyinggah. Tambahan pula, jangan lupa nak lihat kesan Perang Vietnam dapat memberikan korang gambaran perang lebih tepat.

5. Percutian Memuaskan Dengan Harga Berbaloi

Percutian di Vietnam sangat berbaloi dan puas hati betulPhoto from Pinterest

Tidak semestinya percutian yang mahal sahaja dapat memberikan pengalaman yang sukar dilupakan. Kadang kala pergi bercuti berdekatan pun sudah dapat membuka mata kita dan jatuh cinta terhadap kecantikkan budaya tempat tersebut.

Percutian di Vietnam memerlukan bajet yang lebih kurang sama macam bercuti di Thailand. Makanan dan minuman yang dihidangkan boleh dinikmati dengan harga yang masih mampu milik.

Selain itu, kalau nak jadikan negara ini destinasi honeymoon pun sangat berbaloi kerana mempunyai banyak lokasi romantik untuk pasangan! Haa.. senang kata sesiapa sahaja memang patut pergi melihat kecantikkan negara ini.

Mana nak jumpa sebuah negara selain daripada Malaysia yang dapat memuaskan setiap golongan tidak mengenal usia sekalipun. Pengalaman yang menakjubkan dan sukar dilupakan menunggu korang di Vietnam.

Min berjaya tak buka mata korang melihat kecantikkan negara ini?Photo from Pinterest

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok