5 Anime Yang Menunjukkan Elemen Budaya Malaysia!
Populariti anime dalam negara semakin meningkat setelah banyak siri animasi mula menyebut tentang budaya negara kita. Memandangakan kebanyakkan orang kita suka menonton animasi tidak terkejut kenapa elemen-elemen budaya negara Malaysia semakin popular di Jepun.
Animasi atau anime telah wujud selama beberapa dekad dah pun cuma popularitinya semakin meningkat setelah ia memecah arus perdana. Ia merupakan salah satu bentuk animasi yang berasal dari Jepun yang cukup terkenal.
Gaya lukisan unik, penggunaan pelbagai warna serta penulisan cerita kreatif telah berjaya memenangi hati ramai peminat di serata dunia. Malaysia pula mendapat tangga ke-8 sebagai negara paling kerap menonton siri animasi.
Seramai 42.7% orang kita gemar menjadikkannya sebagai salah satu bentuk hiburan. Haa.. tak lupa juga dengan beberapa siri animasi yang dikeluarkan dari negara kita seperti Upin-Ipin, Boboiboy dan Mechamoto turut mendapat sokongan dari peminat.
Peminat pula bukan dalam negara sahaja malah luar negara pun ada. Namun siapa sangka anime berjudul "Jujutsu Kaisen" menyebut salah satu bandar dalam negara berjaya menarik perhatian ramai orang untuk menontonya.
Photo from BeeBom
Hanya dengan menyebut bandar Kuantan sahaja, anime ini menjadi cukup popular dalam negara kita. Persoalannya banyak lagi ke siri animasi yang menyebut atau mempersembahkan elemen-elemen budaya negara kita?
1. Delight, Johor Bahru! (Nana Maru San Batsu)
Photo from The Honeycombers
Johor Bahru merupakan salah satu bandar terkenal dalam negara kita. Lokasinya yang cukup strategik berjaya menghidupkan beberapa industri memberikan rakyat peluang perkerjaan bagi menaik taraf status hidup.
Selain itu ia juga berkongsi sempadan dengan jiran baik kita iaitu Singapura menyebabkan negeri ini cukup popular. Tidak terhenti di situ sahaja kerana terdapat banyak makanan Johor turut digemari ramai.
Antaranya adalah asam pedas muar, laksa johor dan pisang goreng sambal kicap. Kemudian tak sah kalau dah sebut tentang negeri ini tidak menyebut tentang Johor Darul Ta'zim (JDT) F.C yang semakin popular dalam dunia bola sepak.
Alangkah terkejutnya apabila peminat animasi bersiri, Nana Maru San Batsu melihat seorang pelajar sekolah menjawab kuiz dengan jawapannya, "Delight, Johor Bahru". Haa.. mungkin pelukis asal berminat dan pernah bercuti di negeri tersebut.
Photo from world of buzz
Ataupun menyimpan hasrat untuk menyinggah ke negeri itu bagi menikmati makanan serta budaya tempatan. Walau bagaimanapun, selingan pendek itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan ramai penonton tempatan gembira.
2. Laksa Berwarna Hitam?? (Shokugeki No Souma)
Photo from RecipeGuru
Antara perkara yang membuatkan negara kita menarik di mata pelancong adalah peluang untuk menikmati pelbagai makanan yang sangat menyelerakkan. Pelancong berpeluang untuk menikmati makanan daripada pelbagai etnik bangsa yang mempunyai falsafah dalam penghasilan makanan tersendiri.
Mungkin sebab itu kita sebagai orang tempatan sangat gembira apabila melihat pelancong luar menyukai makanan tempatan. Kemudian bersedia untuk berjuang bermati-matian jika terdengar sebarang kritikan tentang makanan kita.
Shokugeki No Souma adalah siri yang mengishkan tentang dunia masakan di mana watak utama, Souma bersaing untuk menjadi cef paling hebat. Dalam siri ini, terdapat satu watak yang menghasilkan makanan berinspirasi daripada negara kita tau.
Makanan tersebut adalah laksa cuma watak itu memberi sedikit perubahan mengikut rasanya. Namun melihat makanan tempatan dalam satu animasi yang ditonton satu dunia cukup untuk membuat kita gembira betul tak?
Photo from FB Food Wars
Patutlah semakin ramai orang pergi melancong ke Pulau Pinang!
3. Penggunaan Bahasa Malaysia (Nichijou)
Photo from Reddit
Siri animasi Nichijou merupakan antara paling popular kerana mengisahkan tentang kehidupan seharian remaja Jepun. Apa yang membuatkan siri ini menarik adalah ia banyak memaparkan elemen budaya negara kita.
Untuk peminat siri ini pasti sudah tahu tentang watak utamanya banyak menggunakan bahasa Malaysia dalam perbualan mereka. Perkataan seperti 'selamat pagi', 'selamat malam' disebut oleh watak utama ketika berjumpa dengan rakannya.
Selain itu, sukan tempatan sepak takraw turut disebut dan ditunjukkan apabila salah seorang watak meninggalkan pesanaan kepada anaknya. Dalam surat tersebut terdapat tulisan memberitahu bahawa dia keluar bermain sepak takraw.
Photo from Nichijou Wiki
Mungkin minat dalam sepak takraw sedang mula membina dalam sekolah menengah di Jepun?
4. Poskad & Stem Malaysia (Hyouka)
Photo from World of buzz
Dalam episod 4 dalam siri animasi misteri ini turut memaparkan elemen negara kita tetapi dengan cara halus. Ketika meneroka satu rumah kampung, salah satu watak dalam animasi ini telah terjumpa beberapa keping poskad.
Menariknya adalah poskad tersebut menunjukkan beberapa lukisan habitat flora & fauna dari negara kita. Imej yang ada seperti Burung Enggang Badak, Harimau Malaya serta Orang Utan.
Ini antara haiwan yang sangat popular yang sering menjadi imej untuk menarik pelancong luar untuk menikmati keindahan alam semulajadi negara kita. Selain itu, terdapat stem Malaysia mempunyai imej buah rambutan.
Photo from Malayan Tiger
Mungkin pemilik rumah tersebut mempunyai saudara yang menetap di negara kita dan merupakan seorang peminat habitat flora & fauna negara kita.
5. Pulau Pinang Di-animasi-kan? (Project Dreamcatcher)
Photo from GamerBraves
Akhir sekali sudah semestinya tentang Project Dreamcatcher! Haa.. siapa sangka studio animasi tempatan pun berjaya menghasilkan anime mereka sendiri siap ambil pelakon suara dari Jepun pulak tu.
Ia mengishahkan tentang 3 wanita dari Penang Strait High School berusaha untuk menyelamatkan kampung mereka! 3 wanita ini menggunakan kempen untuk tingkatkan kesedaran tentang kecantikkan kampung mereka dan lebih menarik lagi apabila bercerita tentang latar belakang animasi ini.
Menggunakan Pulau Pinang sebagai latar belakang, kita sendiri dapat lihat kecantikkan negara kita apabila dilukis dalam gaya anime. Yore Production merupakan studio animasi tempatan yang merupakan dalang dalam menghasilkan projek ini.
Animasi ini masih lagi dalam produksi dan tiada lagi pengumuman tentang tarikh pengeluaran. Walau bagaimanapun, kita patut bersyukur dan menyokong animasi siri tempatan supaya lebih banyak anime akan memamaparkan elemen budaya negara kita.
Siapa Yang Kaki Anime Jom Pergi Ke SACRA MUSIC Fes. 2024!
Photo from GamerBraves
Haa.. siapa kaki anime kat sini pasti mengetahui setiap siri animasi mempunyai banyak pilihan lagu yang menyeronokkan! Siapa masih ingat lagu-lagu dari siri animasi Naruto yang sangat popular masa kita kecil dulu?
SACRA Music Fes. 2024 adalah konsert terhebat menampilkan artist dari Jepun seperti FLOW, ASCA, spira spica, Who-ya Extended dan Akase Akari menyanyikan lagu-lagu hits mereka kepada peminat anime tempatan.
Selain itu, ada hadiah istimewa kepada individu yang hadir dalam pakaian cosplay yang amat sinonim dalam kalangan peminat anime. Tunggu apa lagi, rebut tiket korang sebelum terlambat dan tekan link ini untuk dapatkan maklumat tambahan!
Mungkin korang suka: