download Jom Explore app
Too Phat, Rap Duo Membawa Budaya Hip Hop!

Too Phat, Rap Duo Membawa Budaya Hip Hop!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 12 Jan 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Buka je radio pasti hanya ada satu genre sahaja yang tengah hangat mendominasi setiap carta merentasi pelbagai stesen. Genre tersebut dikenali sebagai rap dan kini industri rap sedang menikmati fasa baru apabila muncul generasi artis baru. Namun, semuanya tidak dapat mengalahkan yang paling di atas iaitu Too Phat.

Ada kemungkinan generasi kini mungkin tidak mengenali kumpulan duo ini sebaliknya lebih mesra mengikuti karier individu mereka. Ketika landskap muzik negara dipenuhi dengan lagu balada, cinta, irama dan rock.

Too Phat hadir mengubah suasana sendu membawa irama muzik yang segar dan berbeza. Menggunakan kepakaran menulis irama dengan menyusun alunan kata-kata dan kosa kata berjaya menarik perhatian ramai.

Menggabungkan bahasa melayu dan inggeris serta genre rhytm & blues (RNB) telah melahirkan budaya hip-hop dalam negara. Jika tidak wujudnya duo ini, nescaya budaya ini boleh bertahan dan mekar sehingga melahirkan generasi rap baru.

Walaubagaimanapun, sesiapa yang setia mendengar dan meminati duo ini tahu bahawa sudah terlalu lama kita tidak dapat melihat Too Phat kembali beraksi di pentas. Terlalu banyak spekulasi dan teori mengapa mereka berpisah dan membawa haluan masing-masing.

Ini kisah tentang Too Phat, rap lagenda tempatanPhoto from Playaz

Ini kisah tentang Too Phat.

It's Too Phat Baby

Malique (kiri) Joe Flizzow (kanan) mengubah muzik negara dengan rap!Photo from FB | Joe Flizzow

Sebelum mereka dikenali ramai dengan hits seperti Alhamdulilah, Anak Ayam (Freak To The Beat), Too Phat Baby, Just A Friend yang telah dimainkan di radio ketika zaman kegemilangannya. Mereka adalah Malique (Cairel Adrin Ibrahim) dan Joe Flizzow (Johan Ishak).

Perjalanan mereka untuk mencapai status lagenda dalam industri muzik bermula dengan minat Malique dalam budaya hip hop. Diberikan album LL Cool J sebagai hadiah daripada keluarganya memberi inspirasi kepada dirinya.

Sejak kecil lagi, Malique sudah menunjukkan bakatnya dalam menulis dan mengambil keputusan untuk pindah ke KL untuk menyambung pelajaran di Maktab Sains MARA, Cheras. Di sini, dia berjumpa Joe Flizzow dan duo ini berpindah ke Subang Jaya.

Duo ini mula melakukan persembahan sebelum negara menyedari potensi Too Phat. Nama kumpulan ini pula menurut Joe, diambil daripada terma 'Phat' yang sering diungkap oleh kumpulan papan luncur di Subang Jaya ketika ditemu bual bersama Kool 101.

Album pertama mereka membawa muzik baru menyegarkanPhoto from Apple Music

Seterusnya pada tahun 1990, Syarikat rakaman Positive Tone merupakan yang pertama duo ini sertai untuk menghasilkan album Whuttadaily. Lagu Too Phat Baby diterima dengan baik melonjakkan nama mereka dalam industri negara.

Album kedua, Plan B berjaya mencapai hasil jualan yang luar biasa melebihi 45,000 keping. Hits seperti Anak Ayam dan Ala Canggung menjadi kegemaran ramai dan kesannya pula ramai artist hip-hop mula bergabung dan membentuk Phat Family.

Album Plan B yang mempunyai banyak hits diminati ramaiPhoto from Genius

Fasa seterusnya mereka menghasilkan album inggeris berjudul 360° menampilkan kerjasama beberapa artis antarabangsa. Album ini berjaya terjual sebanyak 100,000 salinan dan disusuli edisi Platinum yang mengandungi lagu dalam album tersebut bersama tambahan beberapa lagu.

Walaupun nampak seperti mereka berada di laluan betul persoalan mengenai masa depan Too Phat mula dipersoalkan. Terdapat khabar angin mereka ingin berpisah untuk berehat daripada kerjaya.

Bukan dalam negara sahaja, mereka turut mendapat perhatian dari Amerika SyarikatPhoto from beautifulnara

Album terakhir yang dikeluarkan adalah Rebirth Into Reality dihasilkan bawah syarikat rakaman sendiri, Kartel. Album ini menampilkan banyak artis dari seluruh kawasan Asia-Pasifik serta penampilan Datuk Siti Nurhaliza.

Aku Tanya Apa Khabar Malique

Malique menunjukkan penampilannya buat kali terakhir pada tahun 2007Photo from Spotify

Penampilan Malique yang terakhir adalah pada tahun 2007 apabila Too Phat melakukan persembahan untuk membuka tirai kepada Kanye West. Peminat langsung tidak menjangkakan itu buat kali terakhir mereka melihatnya.

Apa yang sudah berlaku pada dirinya sering dipenuhi dengan spekulasi dan teori. Ramai menganggap Malique menghidap penyakit seperti skizofrenia, bipolar mempunyai dua personaliti, OCD dan lebih teruk disantau.

Selain itu, ada juga teori mengatakan Malique seorang yang perfectionist dan inginkan semuanya sempurna. Untuk berkerja bersamanya mengambil masa kerana jika tidak kena di matanya, nescaya benda itu akan menjadi.

Majlis perkahwinan Malique yang ditemani oleh JoePhoto from liyana aznil

Selepas mengambil masa untuk berehat pada tahun 2008, Malique kembali dengan album OK memulakan karier solonya. Album ini diusahakan oleh dirinya sendiri dan mengalami beberapa masalah kewangan namun sebuah single berjudul Mantera Beradu bersama Datuk M. Nasir telah meletupkan industri muzik negara.

Kemudian, rakan lamanya DJ Fuzz berkerjasama bersama Malique untuk menghasilkan mixtape berjudul K.O The Mixtape. Dua album ini berjaya terjual dengan sangat laris dan pada tahun 2010, Malique berkerja untuk menghasilkan album terakhirnya berjudul TKO.

Budak Subang Jaya, Joe Flizzow

Lagu Havoc yang membuatkan bandar Subang Jaya cukup popularPhoto from Coconuts

Kalau Malique lebih selesa untuk menghasilkan karyanya di belakang takbir dan tidak menampilkan dirinya. Rakannya Joe lebih selesa menampilkan dirinya menghasilkan lagu untuk peminat rap tempatan.

Anak kelahiran Johor Bahru telah membuatkan nama bandar ini cukup popular dengan lagu Havoc. Selain itu, Joe turut mengeluarkan 2 album di bawah namanya iaitu President dan Havoc.

Dua-duannya diterima baik daripada peminat yang sentiasa mendahagakan projek baru daripadanya. Sehingga kini, Joe masih meneruskan kariernya dengan mengeluarkan banyak single yang menjadi kegemaran ramai.

Kariernya yang berlangsung sehingga kiniPhoto from FB | Joe Flizzow

Lihat sahaja lagu Satu Malam Di Temasek bersama SonaOne menunjukkan dirinya masih berbisa. Tambahan pula, bersama syarikat rakamannya Kartel dia telah menghidupakan beberapa artist seperti SonaOne.

Kini memegang jawatan managing director di Def Jam Southeast Asia, Joe adalah simbol kepada industri rap dalam negara. Gelarannya The Godfather memang amat cucuk sekali kerana usaha dan bakatnya.

Kini menjadi managing director di Def Jam SEAPhoto from Gempak

Tak lupa juga selain daripada industri muzik, Joe turut menghasilkan beberapa perniagaan seperti Joe Barbershop yang cukup popular. Disebabkan Joe membawa budaya gunting rambut dari Amerika Syarikat baru kita dapat lihat budaya tersebut meletup dalam negara.

Selamanya Too Phat

Selamanya Too Phat babyPhoto from iluminasi

Kita patut bersyukur negara kita dapat melahirkan banyak artis baru sejak beberapa tahun yang lalu. Dalam landskap rap pula, ia sudah berkembang dengan munculnya banyak artis baru yang mendapat perhatian.

Artis seperti SonaOne, K-Clique, forceparkbois dan banyak lagi telah menghidupkan budaya hip hop dalam negara. Walaubagaimanapun, The General dan The Godfather masih kekal sebagai ikon lagenda.

Tanpa Too Phat nescaya wujudnya rap dalam negara kita.

Mungkin korang suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok