El Dorado: Misteri Sebuah Kota Raya Dibina Dengan Emas
Korang percaya tak dahulu terdapat sebuah bandar yang diperbuat daripada emas dan rakyatnya mempunyai simpanan emas yang tidak terkira. Tetapi sampai sekarang tak dapat jumpa bandar yang dikenali sebagai El Dorado. Adakahnya sebuah mitos semata-mata ataupun disembunyikkan oleh orang?
Cerita tentang mitos dalam sejarah memang tidak akan terpisah. Hampir semua peradaban mempunyai lagenda sendiri yang diceritakan kepada satu generasi ke generasi lain supaya tidak akan pupus kisah mereka.
El Dorado pula salah satu daripada kisah lagenda yang dipercayai ramai bahawa bandar tersebut memang benar wujud. Sama seperti bandar Atlantis yang dipercayai wujud dalam lautan kekal menjadi satu misteri adakah benar bandar seperti ini pernah wujud.
Namun, walaupun perkara seperti mungkin kedengaran sebagai sebuah fantasi sahaja. Tak dinafikan cerita sebegini amat seronok untuk membaca dan berkongsi pendapat terutama tengah berborak dengan rakan.
Photo from Medium
Berbalik pada soalan asal, betul wujud ke bandar yang diperbuat daripada emas diberi nama El Dorado ni?
Bermula Kisah Yang Disebut El Dorado
Photo from The Collector
Sehingga hari ni, emas adalah sebuah aset yang sangat berharga terutama pada zaman purba. Memiliki emas adalah simbol kekayaan dan status menyebabkan nafsu ingin memiliki semuanya telah menyebabkan apa yang berlaku dalam sejarah dunia.
Bermula pada kurun 16 and 17. Orang Eropah percaya Dunia Baru merupakan tempat yang memiliki sumber kekayaan yang besar dengan jumlah yang tidak akan habis. Dunia Baru dikenali sebagai benua Amerika dan Amerika Selatan.
Oleh itu, kebanyakkan empayar Eropah pada waktu itu belayar ke dunia baru untuk menguasai serta memiliki harta kekayaan ini. Empayar Sepanyol antara yang terawal untuk melakukan ekspedisi pelayaran ke benua tersebut.
Disebabkan nafsu, mereka percaya El Dorado mampu mengubah kehidupan mereka jika dijumpai. Malangnya pencarian ini telah menyebabkan ramai hilang nyawa disebaliknya.
Sejauh Mana Mereka Dapat Jumpa Bandar Ini?
Photo from The Guardian
Lagenda bandar ini dikatakan terletak dalam Amerika Selatan. Kisah bandar ini mengandungi bukan mitos semata-mata malah ada juga beberapa cebisan yang benar untuk menyedapkan seluruh cerita lagenda.
Apabila penjajah Sepanyol tiba di Amerika Selatan pada awal abad ke-16. Mereka telah mendengar cerita tentang sebuah peradabaan yang tinggal di Gunung Andes. Muncul seorang ketua yang disaluti dengan debu emas. Beliau telah membuang emas dan permata berharga ke dalam tasik untuk tenangkan tuhan yang hidup di bawah air.
Orang Sepanyol memberikan gelaran kepada ketua tersebut dengan nama "El Dorado" bermaksud "yang berlapis emas,". Pada awalnya mereka berjaya menemui banyak emas di kalangan kaum orang asli yang tinggal di sepanjang kawasan pantai di benua tersebut.
Ini membuatkan mereka percaya bahawa terdapat sebuah bandar yang kaya tersrok dalam kawasan pendalaman. Penerokaan orang Sepanyol menyebabkan mereka menemui Tasik Guatavita.
Photo from flickr
Mereka cuba mengeringkan tasik ini pada tahun 1545. Cubaan ini berjaya menurunkan paras air sehingga terjumpa ratusan keping emas di sepanjang pinggir tasik tersebut. Tetapi, mereka percaya terdapat lebih banyak harta karun di luar jangkaan terletak dalam dasar tasik itu.
Masih Ramai Percaya El Dorado Ini Wujud Sehingga Kini
Photo from Sir Walter Raleigh
Seorang peneroka Inggeris bernama Sir Walter Raleigh turut mencuba nasibnya untuk mencari bandar ini telah melakukan dua ekspedisi dalam kariernya. Pada tahun 1617, beliau telah menghantar anaknya bernama Watt Raleigh untuk meneroka sepanjang Tasik Orinoco.
Sir Walter Raleigh pula tiinggal di kem pangkalan di pulau Trindiad. Ekspedisi tersebut gagal kerana anaknya terbunuh dalam pertempuran dengan orang Sepanyol. Manakala, seorang pakar arkeologi dari Universiti Mercer di Macon, Georgia bernama Eric Klingelhofer sedang giat mencari tapak kem Sir Walter Raleigh.
Menurut Eric Klingelhofer, Walter Raleigh berang pada mangsa yang terselamat yang memaklumkan kepadanya tentang kematian anaknya. Beliau menuduh mangsa membiarkan anaknya dibunuh.
Raleigh kembali ke negaranya di mana Raja Inggeris menjatuhkan hukuman untuk dipenggal kepalanya. Ini kerana beliau telah mengingkari arahan untuk elakkan berlakunya sebuah konflik dengan Sepanyol.
Kesannya? Sampai ke hari ini masih tiada individu yang berjaya menjumpai bandar emas ini. Semuanya berakhir dengan kegagalan. Menurut seorang pensyarah di Institut Arkeologi di Universiti Kolej London, Jose Oliver memberi pendapat tentang lagenda ini.
"Lagenda El Dorado mampu bertahan kerana anda mahu ia menjadi kenyataan. Saya rasa kita tidak akan pernah berhenti mencari El Dorado." katanya. Adakah korang rasa bandar ini benar wujud atau mitos sahaja
Photo from Wonderopolis
.
Kalau diberi peluang, korang nak tak lakukan sebuah ekspedisi untuk mencari bandar tersembunyi ini?
Mungkin korang suka: