5 Tapak UNESCO Dalam Malaysia Yang Korang Boleh Pergi!
Walaupun kita dah tahu bahawa negara kita mempunyai pelbagai lokasi cantik dan unik. Tetapi, tak ramai tahu bahawa ada 5 lokasi dalam negara yang mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk dijadikan Tapak UNESCO.
Setiap 7 Julai adalah ulang tahun Tapak Warisan Dunia di negara kita. Setiap lokasi ini amat penting kerana ia adalah warisan budaya dan khazanah alam semula jadi menurut UNESCO.
Tanpa pengiktirafan ini kemungkinan kebanyakkan tempat ini mungkin tak dapat bertahan dalam arus pemodenan. Manakala, setiap negara mempunyai lokasi yang diiktiraf oleh perbadanan ini.
Ia boleh dianggap sebagai salah satu cara untuk menaikkan semangat rakyat tempatan untuk menghayati dan menyayangi keunikkan negara kita. Bukan itu sahaja, semangat patriotik dan nasionalisme juga dapat dipupuk.
Selain itu, lokasi yang diiktiraf ini dapat menarik ramai pelancong dari serata dunia pulak tu. Mereka pun ingin melihat keunikkan peninggalan sejarah, budaya dan sains yang ada dalam negara kita.
Photo from kimkim
Oleh itu, jom tengok apa 5 lokasi tersebut!
1. Bandar Bersejarah Melaka
Photo from Pengasasan Melaka
Bandar raya bersejarah Melaka bukan nama yang lekang. Ia merupakan salah satu destinasi popular daripada orang tempatan dan pelancong luar negara kerana signifikasinya terhadap sejarah dan budaya.
Dibuka oleh Parameswara setelah melihat seekor kancil menedang anjing peliharaanya. Melaka menjadi salah satu bandar utama ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka yang kita boleh lihat sehingga kini.
Walaupun apa yang kita dapat lihat jauh berbeza daripada waktu kegemilangannya, ia mempunyai warisan sejarah yang cukup kaya. Keistimewaanya sebagai bandar pedangangan dan pelabuhan penting di kawasan Asia Tengara.
Photo from Pinterest
Oleh itu, dapat jugak kita belajar sejarah bagaimana Melaka boleh berkembang dan jatuh kepada tanah penjajah dan menjadi sebab utama ia adalah Tapak UNESCO.
2. Georgetown Tapak Nasi Kandar Sedap
Photo from Pinterest
Bandar yang cukup terkenal dengan hampir semua kedai menjual makanan yang sedap. Nak makan apa? Char Kuey Teow, Penang Laksa, Cendol dan paling utama Nasi Kandar membuatkan Georgetown dan Pulau Pinang amat popular.
Tak lupa juga pelbagai masakan autentik cina yang kita dapat lihat menarik pelancong luar untuk bercuti di sini semata-mata untuk makan sahaja. Selain daripada Melaka, ia adalah antara bandar raya tertua dalam negara kita.
Setiap 7 Julai pula cuti umum bagi mereka sebagai pengiktirafan Tapak UNESCO. Mana tidaknya, kawasan lebih 259 hektar mempunyai 3,853 bangunan bersejarah dan 1,160 struktur moden yang dipelihara dengan baik.
Photo from Pinterest
Kesan sejarahnya pula terlalu banyak untuk diceritakan. Antaranya adalah bangunan kolonial di Padang Kota, Menara Jam Queen Victoria adalah salah satu penyebab utama kenapa ia dipilih.
3. Lembah Lenggong Penemuan Perak Man
Photo from Orang Perak
Terletak di Perak, Lembah Lenggong merupakan salah satu tapak arkeologi yang penting dalam negara tau. Ia adalah bukti penempatan manusai sejak zaman Paleolitik kerana penemuan Orang Perak.
Ia adalah rangka manusia berusia 11,000 tahun pada tahun 1990. Menariknya bukan itu sahaja, penemuan peralatan batu berusia 100,000 tahun digali di Kampung Geluk dan Kampung Temelong.
Gua Harimau pulak tapak penemuan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa. Ini menyebabkan UNESCO mengangkat lokasi ini sebagai lokasi Warisan Dunia pada Julai 2012 kerana banyak bukti prasejarah dan kajian dapat dilakukan.
Photo from UNESCO
Pengiktirafan ini menunjukkan negara kita mempunyai banyak potensi warisan sejarah yang boleh dipelihara dan dijaga oleh kerajaan tempatan. Nilai sejarah yang sangat tinggi patut dibanggakan oleh kita.
4. Taman Negara Mulu, Gua Batu Kapur
Photo from Lagenda Press
Selain daripada Semenanjung Malaysia, negeri Sabah dan Sarawak mempunyai keunikkan mereka juga. Ia boleh dianggap sebagai permata dalam negara kerana mempunyai habitat flora dan fauna yang sangat kaya.
Taman Negara Mulu di Sarawak adalah taman terbesar negeri itu. Pelancong boleh meneroka untuk melihat pelbagai jenis tumbuhan, hidupan liar dan keindahan alam semula jadi di kawasan ini.
Ia memiliki bentuk geografi yang sangat unik seluas 52,864 hektar. Terdapat tujuh belas zon tumbuhan yang menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan tau. Selain itu, terdapat gua batu kapur yang terlalu tinggi nilainya.
Paling menarik adalah Laluan Kanopi Mulu yang merupakan laluan pokok terpanjang di dunia. Laluan sepanjang 480 meter merupakan pusat warisan khazanah alam dunia mempersonakan pelancong dengan keindahan tumbuhan dan hidupan liar.
Photo from Tripadvisor
Kalau ada peluang, amik masa dan pergi bercuti di sini tak rugi betul.
Taman Negara Kinabalu, Gunung Kinabalu
Photo from Klook
Gunung Kinabalu tidak perlu pengenalan kerana namnya sahaja cukup terkenal. Ia menjadi impian kepada seluruh kaki hiking dalam negara untuk menawan ketinggiannya sekali seumur hidup.
Taman Negara Kinabalu pula terkenal kerana memiliki habitat ekologi yang sangat besar. Selain itu ia juga adalah taman tertua di Sabah sambil permandangan Gunung Kinabalu yang dapat dilihat dengan penuh kecantikkan.
Diiktiraf pada 2 Disember 2000, taman ini mempunyai ekologi yang luas menjadi rumah kepada pelbagai habitat dari kawasan rendah tropika, hutan hujan tropika sehingga hutan gunung tropika, separa alpine sehingga tumbuhan renek pulak tu.
Photo from Taman Negara
Kerajaa negeri mempunyai beberapa pelan untuk memajukan tapak warisan ini untuk menarik lebih ramai pelancong luar. Jadi sebelum korang pergi panjat gunung kinabalu apa kata singgah ke taman negara ini terlebih dahulu.
Mungkin korang suka: