Australia: 6 Fakta Menarik Yang Korang Tak Pernah Dengar
Australia adalah sebuah negara yang kekal menjadi destinasi percutian tertinggi. Sebuah benua yang mempunyai pelbagai tarikan menarik merangkumi segala aspek pasti dapat memberi sebuah kepuasan dan pengembaraan yang tak boleh dilupakan. Ini beberapa fakta yang jarang korang dengar tentang negara ini!
Negara ini sering digelar sebagai "Land Down Under" kerana tidak pernah gagal dalam memberi permandangan menakjubkan. Selain itu, menggabungkan keunikkan habitat alam semula jadi, sejarah, arus pemodenan bandar serta landskap dapat memberikan pengalaman cukup menarik pulak tu.
Hampir setiap pelusuk korang pergi merupakan tempat pelancongan serta khazanah negara. Ia juga bukan sahaja sebuah negara malah ia adalah sebuah benua yang ramai tak sedar sebenarnya begitu luas tau.
Keluasan negara ini mampu bersaing dengan Amerika Syarikat. Haa.. korang bayangkan sendiri negara seluas itu pasti mempunyai pelbagai lokasi percutian yang best untuk korang mencari sesuatu.
Photo from Pinterest
Sebelum korang nak pelan percutian ke negara ini, apa kata korang belajar sedikit fakta menarik yang jarang korang dengar tentangnya. Ada fakta yang dengar macam tak masuk akal betul tau!
1. 90% Rakyat Australia Tinggal Di Tepi Pantai
Photo from Pinterest
Disebabkan negara ini terlalu besar sudah semestinya akan ada banyak bandar, kampung dan tempat terpencil. Namun, negara ini mempunyai sebuah gurun terletak di tengah-tengah yang membuatkan tidak sesuai untuk didiami.
Oleh itu, majoriti penduduk negara ini tinggal di persisiran pantai yang luas serta panjang tau. Antara bandar yang wajib korang kunjungi seperti Melbourne, Sydney, Perth, Brisbane merupakan sebuah kawasan urban yang menyeronokkan.
Sangat sesuai untuk pelancong yang suka melihat gaya hidup orang bandar. Selain itu, disebabkan mereka tinggal di tepi pantai, terlalu banyak pantai terkenal yang wajib korang singgah untuk makan angin tau.
Photo from Pinterest
Bandar besar pun bukan sahaja patut menjadi fokus. Malah, terdapat banyak pekan kecil yang korang boleh kunjungi untuk melihat keindahan serta kecantikkan negara ini. Salah satunya Port Macquarie terletak di New South Wales.
2. Ibu Kotanya Bukan Sydney Atau Melbourne. Tetapi Canberra
Photo from Pinterest
Menjadi rumah kepada 445,370 ribu penduduk, ramai menyangka bahawa Sydney atau Melbourne merupakan ibu kota negara ini. Sebaliknya, ia adalah bandar Canberra yang terletak di hujung utara negara dikelilingi oleh pelbagai landskap semula jadi.
Ia diberikana nama gelaran "The Bush Capital" yang dibina oleh arkitek bernama Walter Burley Griffin pada tahun 1913. Bandar ini disusun mengikut Tasik Burley Griffin yang diletakkan di tengah.
Tasik ini merupakan tempat popular untuk berbasikal, berenang dan berehat. Selain itu, tasik ini menempatkan banyak mercu tanda badar seperti Parliament House, the National Gallery of Australia serta National War Memorial.
Photo from Pinterest
Disebabkan ia terletak di kawasan pedalaman, ramai pelancong mempunyai tanggapan bahawa bandar seperti Sydney atau Melbourne adalah ibu kota kerana populariti tempat ini berbanding Canberra.
3. Kanggaru Hanya Wujud Di Australia
Photo from Pinterest
Siapa sangka antara haiwan yang cukup terkenal ini hanya wujud di negara ini sahaja. Terdapat lebih daripada 60 baka kanggaru yang wujud dan populasinya pula sangat banyak pulak tu!
Ia juga boleh dimakan dan menurut orang yang pernah mencubanya rasa lebih dekat dengan lembu atau kambing. Cuma ia jauh lebih sihat berbanding dua haiwan disebutkan. Ia terkenal dengan mempunyai kantung dalam perut.
Ini digunakan untuk membawa anak mereka sehingga mereka sudah mampu untuk mencari makanan sendiri. Keunikkan mereka dicirikan oleh pergerakan melompat untuk bergerak satu tempat ke tempat yang lain.
Photo from Pinterest
Cuma terdapat berlakunya beberapa kes kanggaru berlawan dengan manusia kerana terasa diancam. Haa.. nasib baik mereka bukan spesis yang makan manusia malah adalah herbivor yang suka megunyah biak.
4. Australia Turut Mempunyai Habitat Unta Yang Dijual
Photo from Pinterest
Ramai orang tak tahu sebenarnya populasi unta liar terbesar di dunia ada di negara ini tau. Kebanyakkan daripadanya adalah baka Unta Dromedari (satu banggol) yang dibawa masuk dari Afrika dan Arab.
Selain itu, Unta Baktria (dua bonggol) diambil dari asia. Macam mana habitatnya boleh berkembang kerana dibawa oleh penjelajah awal untuk membantu dari segi penerokaan serta penempatan pada sekitar tahun 1930-an.
Disebabkan pengankutan menggunakan kuasa moto mula ambil alih. Banyak unta dilepaskan ke alam liar. Disebabkan itu pada asalnya mempunyai habitat sebanyak 300,00 memuncak sehingga 1 juta.
Photo from Pinterest
Banyak unta liar ini ditangkap dan dijual semula ke negara timur tengah dan banyak lagi yang memerlukan haiwan unik ini.
5. Negara Ini Mempunyai Sukan Sendiri Tak Ramai Tahu
Photo from Pinterest
Walaupun negara ini dijajah oleh empayar British dan mewarisi beberapa budaya sukan mereka seperti bola sepak, kriket. Sukan yang mendominasi dalam negara dan menjadi kegilaan ramai adalah Australian Rules Football.
Sukan ini menjadi kegilaan ramai sehingga menjadi sebuah budaya mereka. Ia dimainkan antara dua pasukan terdiri daripada 18 pemain di padang bujur. Objektifnya adalah untuk menjaringkan mata dengan menendang bola di antara tiang gol.
Menariknya tentang sukan ini adalah ia terhasil daripada kombinasi beberapa unsur sukan lain. Antaranya adalah bola sepak Gaelik, ragbi dan bola sepak yang bermula sejak pertengahan abad ke-19.
Selain itu, ia dipercayai telah berkembang daripada gabungan permainan bola Orang Asli Austrlia dan sukan British seperti ragbi dan kriket.
6. Australia Adalah Satu-Satunya Negara Pernah Berperang Dengan Haiwan
Photo from Pinterest
Fakta yang paling tak masuk akal dan tak sangka pernah berlaku pada satu masa dahulu. Perang Emu juga dikenali sebagai The Great Emu War adalah sebuah peperangan serta operasi ketenteraan yang paling pelik berlaku di Western Australia pada tahun 1932.
Tentera negara ini telah dikerahkan untuk berperang melawan Emu. Seekor burung besar yang tidak boleh terbang yang berasal daripada negara ini. Ironiknya, burung ini adalah lambang Burung Kebangsaan negara ini.
Mesti korang tertanya kenapa mereka berperang dengan haiwa. Ia berlaku kerana pada waktu itu, sebuah spesis Emu telah berpindah ke bahagian barat negara yang dipenuhi dengan pelbagai tanaman gandum.
Emu telah menyebabkab berlakunya kerosakkan tanaman gandum yang mengugat sumber makanan negara. Bukan itu sahaja, mereka turut merosakkan tanaman dan beberapa ladang yang diusahakan oleh petani kawasan situ.
Bagi melindung nasib petani, kerajaan telah melantik Major G.P.W. Meredith sebagai ketua operasi bagi menghapuskan spesis ini. Meredith bersama askarnya dikerahkan ke ladang bersedia untuk membunuh burung ini.
Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati burung ini sangat licik dan laju. Ia mampu berlari dan mengelak daripada ditembak oleh askar terlatih tersebut. Akhirnya, operasi ini gagal dan askar dikerahkan tidak dapat menghalang burung Emu berhenti merosakkan ladang tanaman.
Photo from Pinterest
Betul korang tak salah baca, Australia kalah berperang dengan seekor burung. Sehingga kini, persitiwa ini dianggap sebagai sebuah trageji dalam sejarah negara yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Tak Sangka Seronok Betul Belajar Fakta Negara Ini
Haa.. ini 6 fakta yang korang jarang dengar tentang keindahan negaa ini tau. Adakah korang lebih bersemangat nak beli tiket penerbangan untuk melancong ke negara yang mempunyai pelbagai kisah menarik?
Kalau nak bercuti dengan selesa pastikkan korang terbang bersama Malaysia Airlines tau!
Mungkin korang suka: