download Jom Explore app
10 Peristiwa Viral Yang Berlaku di Malaysia Sepanjang 2023

10 Peristiwa Viral Yang Berlaku di Malaysia Sepanjang 2023

Hot & Viral
By Ayunie Husna on 21 Dec 2023
Digital Editor

Isu Viral tahun 2023, tahun yang memaparkan sejumlah isu-isu viral yang mencetuskan tanda tanya dan cerita-cerita menarik di seluruh negara. Mari kita renungi sepuluh episod viral ini dalam konteks yang lebih mendalam untuk merungkai setiap perkara yang telah menyentuh hati dan memberi warna kepada panorama kehidupan kita.

1. Penceraian Syamsul Yusof dan Puteri Sarah: Cerita Pahit Cinta Selebriti

 kemelut Puteri Sarah, Syamsul Yusof, Ira Photo from Puteri Sarah & Shamsul Yusof

Isu yang paling hangat pada tahun 2023 adalah kes penceraian Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Kerana hadirnya orang ketiga iaitu Ira Kazar. Syamsul Yusof telah berkahwin dengan isteri keduanya, Pada 5 Januari lalu, Syamsul mengaku sudah berkahwin Ira atau Faghirah Kazaruddin di Thailand. Selepas lima bulan, kemelut rumah tangga Syamsul dengan bekas isteri pertama, Puteri Sarah Liyana akhirnya berakhir apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

2. View Chin, Ah Moi, dan Mira Staff: Kontroversi TikTok yang Menggemparkan

Mira, View Chin & Ah MoiPhoto from View Chin

Tidak terlepas, isteri seorang TikToker yang terkenal, View Chin telah mendedahkan bahawa suaminya ditangkap curang dengan pekerja sendiri iaitu Mira pekerja mereka. View Chin mengatakan mereka sudah bercerai tetapi sampai sekarang status mereka juga tidak tahu. Mira juga bekerja dengan View Chin sehingga kini. Ah Moi dengan haluannya sendiri.

3. Adib, Si Jual Pisang Goreng Tampan: Ketenaran Melalui Pisang Goreng

Berniaga tak kedekut 'topping', pisang goreng cheese air tangan bakal pilot laris di KajangPhoto from Adib

Kejayaan jualan Pisang Goreng Cheese Adib tidak hanya memikat melalui rasa, tetapi juga pesona wajah tampan pemiliknya. Cerita ini membawa kita melihat fenomena makanan yang mencipta gelombang di kalangan generasi muda.

4. Isu Viral Jocelyn Chia dan Kontroversi MH370: Jenaka yang Menyentuh Perasaan Bangsa

Jocelyn Chia Yang Mengutuk MalaysiaPhoto from Jocelyn Chia

Pelawak Singapura, Jocelyn Chia, memicu kontroversi dengan jenakanya yang menyentuh isu sensitif MH370, mendapat reaksi serius dari Malaysia. Susulan isu viral tersebut, kerajaan Singapura telah membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan pelawak yang dikatakan berasal dari negara tersebut. Tak salah nak membuat lawak tetapi berpada-padalah dan jangan sentuh perkara sensitif seperti MH370. Sedih hati keluarga mangsa berhadapan dengan isu ini.

5. Isu Viral Perkahwinan Shuib dan Watie: Kebahagiaan yang Menceriakan Hati

 

Shuib, Watie kini suami isteriPhoto from Shuib Sepahtu

Meskipun kontroversi sekitar pemergian Siti Sarah, perkahwinan Shuib dan Watie menyinari tahun 2023 dengan kebahagiaan. Teroka kisah kasih dan keberanian dalam menghadapi liku-liku kehidupan.

6. Matty Healy The 1975: Kontroversi di Good Vibes Festival

Konsert The 1975 Di Good Vibes FestivalPhoto from The 1975

Pada 21 Julai lalu, penyanyi utama kumpulan The 1975 telah memberikan ucapan berunsur penentangan terhadap kerajaan Malaysia berkaitan undang-undang LGBT dan mencium ahli kumpulannya yang sesama jantina ketika melakukan persembahan di pentas Good Vibes Festival. Susulan kejadian itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengeluarkan arahan untuk membatalkan festival tiga hari tersebut secara serta-merta.

7. Perkahwinan Sabri Yunus dan Angeline Tan

Sabri Yunus tamat zaman duda, kini suami pelakon 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' Angeline Tan Photo from Issey

Selepas hampir tiga dekad, pelakon 'lejen' Sabri Yunus dan Angeline Tan akhirnya berkongsi kebahagiaan dalam ikatan perkahwinan. Menelusuri kisah sejati yang telah menunggu selama bertahun-tahun. Rezeki mereka selepas berkahwin lebih murah apabila banyak tawaran diberikan dan sekarang Sabri Yunus dan Angeline Tan sedang mengerjakan umrah. Alhamdullilah rezeki mereka.

8. Konsert Coldplay di Malaysia: Penantiannya 27 Tahun Terpadu dalam Kemeriahan

75,000 Fans yang hadir di Konsert ColplayPhoto from Coldplay

Selepas 27 tahun penubuhan Coldplay, akhirnya kumpulan rock British ini buat pertama kalinya melangsungkan persembahAn konsert di Malaysia pada 23 November lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ketika konsert berkenaan, Chris tampil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah memberi kebenaran kepada mereka untuk melakukan persembahan di negara ini.

9. Paling Mengejutkan, Isu Alif Teega Memadukan Isterinya Aisyah Hijannah

Aliff Teega, Aisyah Hijannah Dan Fatin UmaidahPhoto from Aliff Teega

Selain itu, tarikh akad nikah mereka juga tertulis iaitu pada 21 November 2023 dalam kertas yang bertajuk ‘Gambar Pasangan Berkahwin’. Bukan itu saja, turut didedahkan tempat akad nikah di mana Alif dan Fatin Umaidah disatukan sebagai suami isteri iaitu di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand.

10. Fenomena Khairul Aming 

Burger McMing Menjadi FenomenaPhoto from Khairul Aming

Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian dengan resepi burger Prosperity ala-ala restoran terkenal. Lihat bagaimana fenomena ini mencetuskan minat besar di kalangan penikmat makanan tempatan.

Isu-isu viral tahun 2023 melibatkan lebih daripada sekadar kehangatan perbualan harian. Mereka adalah irama yang membentuk naratif kehidupan kita, mendedahkan kepelbagaian realiti sosial dan budaya. Semoga kita terus bersama dalam menghadapi cabaran dan kegembiraan tahun-tahun yang mendatang.

Anda Mungkin Suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok