Patutlah Perfume Ni Tak Tahan Bau, Tersalah Beli Rupanya
Umum mengetahui perfume amat penting dalam hidup kita. Manusia secara zahirnya gemar bau wangi dan kesannya menambah keyakinan diri apabila berada di tempat awam meninggalkan memori manis kepada mereka membaunya betul?
Wangian ialah sesuatu yang dekat dengan diri kita. Setiap wangian memberikan bau unik menepati citarasa individu. Disebabkan itulah anda sering melihat pelbagai jenis, bau dan jenama mengeluarkan perfume tersendiri.
Photo from Ubuy Malaysia
Perkara ini tidak menimbulkan sebarang masalah sekalipun. Namun, biasanya setiap produk ini akan di-kategorikan dengan jenis seperti Parfum, Eau de Parfume (EDP), Eau de Toilette (EDT) dan Eau de Cologne (EDC).
Kita pula sering dengar ramai berkata, "kena pilih EDP, EDT tak bagus, bau kurang," Tetapi sejauh manakah perkara itu betul? Jadi, baca sampai habis perkongsian yang pasti dapat mengelakkan daripada anda tertipu!
Photo from Perfumer's Lab
Eau de Cologne (EDC)
Photo from Lampoon Magazine
Untuk pengetahuan umum kategori tersebut merujuk kepada kepekatan perfume tersebut. EDC pula berada paling rendah dalam tahap ini dan antara yang paling mudah untuk dicari dalam pasaran.
Selalunya mempunyai harga murah dan datang dalam bersaiz botol besar berbanding kategori lain. Alasannya kerana anda perlu gunakan kuantiti yang banyak untuk mencapai tahap wangi yang optimum.
Selain itu, baunya tidak mampu bertahan lama lebih daripada 2 jam sahaja.
Photo from Man's Life
Eau de Toilette (EDT)
Photo from Who What Wear
Kategori ini antara pilihan perfume paling popular yang sering kita dengar. Hampir majoriti semua jenama akan mengeluarkan wangian dalam versi ini kerana dapat menarik lebih ramai pelanggan.
Sesuai untuk dipakai setiap hari dalam apa jua situasi tanpa menganggu orang sekeliling. Ini kerana sesetengah bau akan meninggalkan bau sangat kuat sehingga menyebabkan orang terasa mual.
Kepekatan EDT membuatkan ia mampu bertahan sehingga 6 jam sekurang-kurangnya.
Photo from GQ India
3. Eau de Parfume (EDP)
Photo from Diptyque Paris
Sejauh manakah mitos EDP mampu bertahan sehingga satu hari ialah betul? Ini kerana tidak semua orang memiliki jenis kulit yang sama.
Oleh itu, tidak kisah anda beli yang paling berkualit sekalipun. Kadang kala perfume tersebut tidak sesuai dan tidak mampu mengeluarkan wangian bersesuaian dengan badan kita. Hakikatnya, tidak ramai orang memahami perkara ini.
Photo from The Beauty Look Book
Walau bagaimanapun, EDP mempunyai tahap kepekatan kedua paling kuat serta merupakan versi ringan perfume tulen tau. Ia mampu bertahan selama 6-8 jam dan apabila disembur, cecairnya terlihat sangat pekat.
Ini dapat menghasilkan bau lebih kompleks sepanjang hari.
Photo from Beautinow
4. Extrait de Parfum (Parfum)
Photo from Sephora Malaysia
Parfume ialah kategori paling pekat dalam dunia perfum. Ia juga selalunya dijual dengan harga paling mahal mampu menghasilkan bau kompleks, wangi dan berubah kerana tiada campuran air dan alkohol (bukan jenis minum ya).
Berbeza daripada sebelum ini yang akan mula hilang bau setelah menyejat. Parfum akan menghasilkan wangian mendalam serta berubah mengikut bahan yang dicampurkan.
Photo from JUARA Skincare
Daripada pembukaan, pertengahan dan penutup, wangian akan dilepakan secara berperingkat. Setiap peringkat akan hasilkan notes yang menarik! Namun bukan semua orang sesuai memakainya tau!
Kerana kepekatan perfume jenis ini. Ia boleh menghasilkan bau terlalu kuat sehingga menggangu orang sekeliling. Disebabkan itu, jangan pakai parfume apabila berada dalam ofis atau pengangkutan awam.
Photo from Made with Love Artisans
Jadi, Kategori Perfume Mana Anda Rasa Sesuai Dengan Gaya Hidup Anda?
Photo from Into The Gloss
Justeru itu tidak dinafikan perfume menambah keyakinan pada diri kita. Memilih bau yang sesuai bukan main susah tau! Oleh itu pastikan anda pilih kategori sesuai dan kena dengan kulit anda.
Mungkin korang suka: