download Jom Explore app
Kenal 3 Jenis Cincin Dalam Proses Perkahwinan Adat Melayu!

Kenal 3 Jenis Cincin Dalam Proses Perkahwinan Adat Melayu!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 20 Nov 2023
Digital Editor

Perkahwinan adalah momen paling indah bagi pasangan. Ia disimbolkan dengan sebentuk cincin sebagai tanda percintaan berkekalan sehingga hujung hayat. Dalam budaya melayu, setiap cincin mempunyai maksud dan penting bagi pasangan baru ambil tahu!

Proses perkahwinan bukan satu perkara mudah. Prosesnya mempunyai langkah yang perlu dilakukan dalam budaya melayu yang dipenuhi dengan kehalusan dan kesopanan.

Daripada proses merisik, bertunang dan akhirnya kahwin. Setiap satu akan ada tata tertib dan cincin yang diberi oleh pihak lelaki tau!

"Eh bukan cincin ada satu atau dua je kan min?" Haa.. untuk yang tengah plan nak kahwin tu, lelaki kena sedia maklum bahawa kita perlu sediakan 3 jenis cincin untuk pasangan kita.

Setiap satu daripadanya pula mempunyai maksud berbeza. Jangan korang sebat semua sebagai cincin kahwin sahaja! Itu belum masuk bab pemilihan cincin menjadi topik hangat untuk pasangan muda asyik bergaduh.

Seutas cincin melambangkan percintaan sebuah pasanganPhoto from JomExplore

Kalau korang tengah runsing pening kepala tu apa kata baca sampai habis untuk kenal 3 Jenis Cincin Dalam Perkahwinan Adat Melayu!

1. Cincin Merisik (Cincin Belah Rotan)

Cantik kan koleksi cincin dari Michael Trio!Photo from JomExplore

Proses perkahwinan ada beberapa fasa yang kita kena lalui. Yang pertama adalah adat merisik merupakan budaya dipraktikkan sejak dari dulu lagi dan kekal sehingga sekarang.

Senang sahaja proses ini apabila keluarga pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang latar belakang keluarga pihak perempuan. Waktu ini kedua-dua keluarga berborak menghabiskan masa mengenali satu sama lain.

Kemudian, pihak lelaki akan memberitahu hajat untuk menyatukan anak mereka. Apabila kedua belah pihak bersetuju baru muncul perbualan untuk fasa seterusnya iaitu bertunang.

Tugas lelaki pula untuk beri sebentuk cincin sebagai tanda menjanjikan hubungan bakal melangsukan pernikahan. Haa.. cincin merisik selalunya mempunyai design yang lebih simple berbanding lagi 2 akan datang.

Cincin Merisik ini simple sahaja, pilih design klasik!Photo from JomExplore

Dekat Michael Trio kan, korang boleh pilih Classic Wedding Band yang mempunyai 3 design yang berbeza iaitu high dome, low dome dan flat dome wedding band.

2. Cincin Pertunangan

Kena pandai pilih Cincin Tunang untuk kuatkan ikatan cinta bersama pasanganPhoto from JomExplore

Selesai merisik baru masuk fasa kedua. Fasa pertunangan adalah proses perempuan menerima hantaran berisikan hadiah seperti cincin tunang, sirih junjung, kain ela, sejadah dan manisan.

Tujuanya adalah untuk ibu atau wanita keluarga pihak lelaki menyarungkan cincin kepada bakal pengantin. Kalau cincin sebelum ini mempunyai design ringkas, simple dan boleh dipakai setiap hari tidak menarik perhatian.

Koleksi Michael Trio yang sesuai untiuk jadikan Cincin PertunanganPhoto from JomExplore

Cincin tunang pula boleh pilih design yang lebih menarik, mewah dan cantik! Pilihan pula bergantung pada korang kerana ada banyak variasi untuk memenuhi citarasa.

Selain itu, ramai lelaki menghadiahkan cincin berlian untuk sebagai tanda cinta. Berlian membawa maksud cinta berkekalan yang tidak mudah putus dalam apa jua situasi.

Kalau nak lebih menawan, pilih cincin berlian dari Michael TrioPhoto from JomExplore

Tapi korang pening nak beli cincin cantik dari mana? Psstt.. Koleksi berlian daripada Michael Trio pasti dapat memenuhi setiap cita rasa korang tau. Ada dua jenis berlian pulak untuk dipilih.

Pilihan berlian iaitu Earth Natural dan Lab Grown. Selain itu, ada pelbagai jenis bentuk untuk korang hadiahkan dekat pasangan.

3. Cincin Perkahwinan

Cincin Perkahwinan wajib pilih yang paling cantik tauPhoto from JomExplore

Akhir sekali sampai ke fasa terakhir iaitu hari pernikahan. Waktu ini akan dipenuhi dengan ramai orang membawa suasana kemeriahan dan kegembiraan. Tak lupa juga korang akan gemuruh!

Majlis akad nikah amat penting kerana waktu ini pasangan disahkan sebagai suami dan isteri. Diketuai oleh seorang Wali, pengantin perempuan akan dipanggil untuk memberikan persetujuan untuk meneruskan perkahwinan.

Setelah setiap syarat hukum diberitahu. Pengantin lelaki akan mengangkat sumpah dan menyerahkan mas kahwin kepada pihak perempuan untuk disahkan sebagai suami isteri.

Cincin kahwin akan disarungkan di jari manis sebagai tanda sah ikatan percintaan korang. Ini paling bermakna kerana simbol cinta terhadap suami kepada isterinya.

Selalunya cincin kahwin paling mewah dan cantik berbanding dua sebelum ini. Korang boleh pilih nak emas atau berlian. Bentuknya pula bergantung pada citarasa perempuan.

Cincin Perkahwinan melambangkan pasangan bahagia yang telah disatukanPhoto from JomExplore

Paling penting adalah untuk kita sebagai lelaki ketahui pilihan mana paling cantik dan dapat menjadi simbol memori paling indah untuk kita dan isteri. Oleh itu, min suggest korang lihat sendiri koleksi daripada Michael Trio!

Cari Cincin Kahwin Paling Sempurna Di Michael Trio!

Michael Trio ada sediakan servis untuk cipta cincin mengikut pilihan korang tauPhoto from JomExplore

Michael Trio merupakan pakar menghasilkan barangan kemas tau. Mereka jual barang kemas untuk perempuan dan lelaki. Dapatlah korang beli sama-sama bertambah manis percintaan!

Selain itu, koleksi yang ditawarkan mempunyai pelbagai design dari klasik sehingga trendy. Sesuai untuk sesiapa tengah mencari yang paling sempurna.

Kalau korang nak tahu, Michael Trio menyediakan proses custom-made jewelry bagi menghasilkan cincin paling sempurna untuk korang. Kepakaran mereka dapat mencipta sesuatu yang sungguh ajaib.

Proses Custom-Made disediakan dari Michael Trio untuk memudahkan korang!Photo from MIchael Trio

Langkah 1: Consultation / Rundingan

Korang boleh bawa apa-apa bahan yang dapat membantu mereka memahami design paling ideal dengan lebih baik. Kalau tiada idea jangan risau. Terdapat koleksi sampel di showroom untuk beri korang sedikit inspirasi.

Langkah 2: Design / Seni Reka

Selesai pengesahan reka bentuk, Michael Trio akan mula melakar reka bentuk mengikut pilihan korang. Lakaran terakhir akan dikongsi untuk kelulusan akhir sebelum langkah seterusnya.

Langkah 3: Casting & Setting / Pembinaan

Reka bentuk diluluskan, pengeluaran barang kemas mengikut citarasa korang bermula. Tinggal untuk korang ambil dan menikmatinya sahaja

Kalau nak buat virtual appointment pun boleh!Photo from MIchael Trio

Mudah je kan langkah yang disediakan oleh Michael Trio? Korang tekan link ini untuk lakukan temu janji bersama mereka untuk mendapatkan barang kemas impian korang.

Kalau nak beli pula dekat mana? Korang tekan sahaja link ini untuk lihat setiap koleksi yang ditawarkan oleh mereka dan cipta kenangan bersama pasangan dengan Michael Trio!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok