download Jom Explore app
Indahnya Percutian Di Sydney, Australia Ni!

Indahnya Percutian Di Sydney, Australia Ni!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 02 Dec 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Waktu sekarang memang sesuai untuk pergi bercuti. Setiap hari asyik menghadap kerja je memang membosankan serta melemahkan produktiviti otak kita. Kalini, jom pergi bercuti ke Sydney, New South Wales (NSW) yang menjanjikan sebuah pengembaraan menyeronokkan bersama kawan!

Sydney merupakan sebuah bandar terletak di bahagian pantai timur Australia. Ia berada dalam negeri New South Wales (NSW) memang cukup sinonim dengan bandar metropolitannya yang maju serta canggih.

Bandar ini sangat sesuai untuk korang pergi bercuti kerana ia menawarkan pelbagai lokasi menakjubkan. Selalunya, kalau sebut bandar ini je korang akan melawat ke dua mercu tanda ikonik yang ada.

Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge merupakan simbol global bandar ini yang wajib korang singgah apabila sampai. Namun, sebenarnya banyak lagi tau lokasi yang cukup menarik yang bakal memberikan sebuah pengalaman sukar untuk dilupakan.

Haa.. kalau nak travel ke Sydney ni dah mudah tau. Malaysia Airlines mempunyai penerbangan dua kali sehari untuk membawa korang pergi bercuti dengan memberikan servis yang terbaik!

Malaysia Airlines memang cukup terkenal dengan servis mereka menjanjikan penerbangan sempurna serta selesa. Korang akan dimanjakan oleh kabin krew terkenal dengan servis Malaysian Hospitality.

Seronoknya bercuti ke Sydney, Australia!Photo from Malaysia Airlines

Malaysia Airlines cukup terkenal dengan servis penerbangan sempurna serta selesa. Kabin krew pula bersedia untuk membantu dan memanjakkan korang melalui nilai Malaysia Hospitality supaya pengalaman percutian lebih menyeronokkan tau.

Apa yang menarik di bandar Sydney ini Min?

Sebuah Pengembaraan Baru Di Sydney!

Pengembaraan di Sydney memang menyeronokkan. Banyak betul bangunan ikonik!Photo from Unsplash

Memang sukar untuk dinafikan tarikan utama bandar Sydney adalah mercu tanda ikoniknya. Tak salah pun kalau nak menyinggah bagi memulakan percutian korang ke Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge.

Sydney Opera House cukup terkenal dengan seni bina uniknya. Terletak di pantai Sydney Harbour, bangunan ini tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO merupakan hab untuk persembahan budaya dan seni di Australia.

Manakala, Sydney Harbour Bridge pula adalah jambatan yang memberikan permandangan menakjubkan. Korang dapat melihat bandar Sydney serta Opera House untuk mengambil gambar pemandangan yang cantik.

Selain itu, Zoo Taronga yang berdekatan dengan pantai Sydney Harbour merupakan zoo yang diasaskan sejak tahun 1916 tau. Ia adalah monumen kepada warisan hidupan liar habitat asli di negara ini.

Taronga Zoo yang telah dibuka sejak tahun 1916 tauPhoto from Malaysia Airlines

Zoo ini dibina sebagai pusat pemuliharaan dan pendidikan. Matlamatnya untuk menggalakkan kesedaran pemulihan serta mempamerkan haiwan asli Australia. Korang dapat menikmati pelbagai haiwan comel sambil melihat pemandangan indah menggambarkan nama Zoo ini.

Mesti lah datang Sydney nak tengok Koala comel ni kan?Photo from Malaysia Airlines

Selesai sahaja melihat haiwan apa kata korang bermain di Luna Park. Taman tema ini dibuka sejak tahun 1935 merupakan antara taman tema paling rare dengan gaya seni bina Art Deco masih wujud!

Taman tema ini dibuka sejak tahun 1935!Photo from Malaysia Airlines

Permainan seperti Wild Mouse, Tango Train, Hair Raiser dan Coney Island dapat tingkatkan tahap adrenalin korang. Bukan itu je, ada Roda Ferris yang korang boleh naik untuk mendapatkan gambar dengan suasana retro vintage.

Melihat The Three Sisters Di Blue Mountains

Kalau korang kaki nature, boleh lah pergi lihat Three Sisters dekat Blue MountainPhoto from Malaysia Airlines

Min ada kata bandar Sydney ni tarikannya lebih daripada bandar sahaja tau. Salah satunya adalah Blue Mountains merupakan keindahan alam semula jadi yang terletak tidak jauh dari bandar ini.

Korang boleh memandu ke sana ataupun mengambil kereta api dari Sydney Central Station ke Katoomba Station. Sampai sahaja terdapat beberapa tempat bas yang korang boleh naik untuk pergi ke beberapa tarikan popular di sekitar kawsan termasuk kereta kabel Scenic World.

Kawasan ini mendapat namanya daripada jerebu biru semula jadi terbentuk oleh pokok eukaliptus. Titisan kecil minyak dikeluarkan oleh pokok bergabung dengan wap air dan cahaya matahari dapat menghasilkan warna biru yang khas.

Ia juga merupakan Tapak Warisan Dunia dengan menjanjikan pemandangan hijau menyejukkan. Korang dapat mempelajari Orang asli di rantau ini sambil meneroka air terjun, lembah, dataran batu pasir jugak tau!

Selain itu, ada sungai bawah tanah dan batu kapur yang ditemui dalam Gua Jenolan. Haa.. kalau korang jenis kaki adventure memang tak rugi pun untuk menghabiskan satu hari di kawasan ini.

Ada kereta kabel untuk korang meninjau keseleruhan tempat iniPhoto from Malaysia Airlines

Jangan lupa untuk mengambil gambar sambil melihat The Three Sisters. Sebahagian daripada kawasan Blue Mountains, formasi batu ini berbentuk seperti tiga beradik mempunyai cerita tersendiri dalam budaya Orang Asli kawasan ini tau.

Berenang Bersama Dolphin Di Port Stephens

Wow bukan senang nak berenang dengan ikan lumba-lumba!Photo from Sydney.com

Takkan pengembaraan korang terhenti dekat situ sahaja kan. Singgah ke Port Stephens untuk menikmati habitat liar ikan lumba-lumba dan kawasan pantai yang menakjubkan tau. Ada banyak aktiviti berasaskan air sesuai untuk meneruskan pengembaraan korang.

Haa.. dekat kawasan ini ada 26 pantai berpasir yang terlindung di teluk tau. Ini dapat memberikan korang pelbagai aktiviti seperti berenang, snorkeling dan juga berkayak! Siapa yang suka kawasan pantai akan jatuh cinta dengan kawasan ini.

Manakala, Bukit Pasir Stockton memang sesuai untuk melakukan aktiviti lasak. Antaranya korang dapat menaiki quad bicycle serta menunggang kuda di sekitar kawasan pasir terbesar di Hemisfera Selatan.

Selain itu, terdapat lebih kurang 150 ikan lumba-lumba untuk korang bermain bersama tau. Siap boleh berenang lagi yang suka mengajak korang bermain bersama serta melihat ikan paus depan mata di Taman Negara Tomaree.

Pantai indah memang terkenal di SydneyPhoto from sydney.com

Jangan lupa untuk menyinggah di kafe dan kedai makan berdekatan. Kerana kawasan ini terletak berdekatan dengan persisiran pantai, banyak makanan laut segar yang dimasak dengan sempurna menjanjikan pengalaman makan yang puas!

Menikmati RoadTrip Tepi Pantai Melalui Grand Pacific Drive

Apa kata korang pergi road trip dekat Sydney? Dapat lihat kecantikkan negara iniPhoto from Pinterest

Kalau nak lihat keindahan sepenuhnya di kawasan NSW korang perlu pergi roadtrip tau. Haa.. rugi kalau tak cuba memandu melihat keindahan kawasan persisiran pantai sepanjang perjalanan korang di Grand Pacific Drive.

Korang dapat melihat keindahan yang sukar digambarkan sepanjang 140 kilometer tanpa henti tau. Perjalanan ini akan membawa korang ke setiap kawasan menakjubkan bagi membuka mata kepada kecantikan alam semula jadi.

Mulakan perjalanan dengan pemandangan pantai melalui hutan hujan di Taman Negara Diraja. Pemanduan korang akan berakhir di Jambatan Sea Cliff merentangi Lautan Pasifik dipenuhi dengan warna laut biru.

Korang berpeluang untuk menyinggah ke bandar kecil seperti Wollongong, Shellharbour, Kiama di sekitar kawasan ini tau. Antara aktivit boleh dilakukan seperti Kiama Coast Walk mempunyai tiga bahagian untuk melihat pemandangan laut.

Trek sepanjang 20 kilometer cukup untuk membuatkan korang terpegun tau. Selain itu, kalau korang berani sedikit apa kata pergi Skydiving di Wollongong untuk melihat keindahan kawasan daripada pemandangan dari langit.

Sepanjang perjalanan boleh berhenti lihat kecantikkan seperti ini

PinterestHaa.. tak terhenti kat situ je tau, singgah ke Tilba Real Dairy. Sebuah kilang keju yang menjaminkan produk susu ternakan yang berkualiti untuk korang nikmati. Ada beberapa pilihan keju dan susu dibuat dengan tangan untuk korang merasainya.

Mulakan Percutian Korang Bersama Malaysia Airlines

Rugi kalau tak travel ke Sydney bersama Malaysia AirlinesPhoto from Malaysia Airlines

Haa.. kalau bercuti kat bandar Sydney memang tak merugikan langsung tau. Malah bukan bandar je best, negeri NSW sendiri pun mempunyai banyak lokasi menjanjikan percutian korang tak membosankan langsung.

Korang dapat bersiar-siar, mencuci mata dan melakukan aktiviti lasak lagi tau. Bukan itu je, makan dekat bandar ini pun sudah cukup untuk membuatkan korang jatuh cinta dengan resipi mereka.

Singgah ke Carriageworks Farmer Market untuk menikmati pelbagai hasil makanan terbaik di kawasan NSW. Korang juga dapat berborak dengan macam-macam petani untuk mengetahui kepakaran mereka serta produk yang dihasilkan.

Kalau nak pastikan perjalanan cuti korang berjalan dengan lancar daripada mula sampai habis. Pastikan korang terbang bersama Malaysia Airlines tau! Mereka sedia untuk memastikan percutian korang dipenuhi dengan memori indah serta penerbangan cukup selesa.

Penerbangan dua kali sehari dari Kuala Lumpur terus ke Sydney dipenuhi dengan servis Malaysian Hospitality menjaminkan korang dapat hilangkan segala stress. Korang hanya fokus untuk menikmati percutian paling seronok sahaja tau.

Tak lupa juga, bermula 24th May sehingga 15th June 2024, bandar Sydney akan dihiaskan dengan pemasangan hasil seni yang menakjubkan seperti cahaya 3D. 

Jangan terlepas peluang untuk melihat dan menikmatinya sendiri acara yang telah menang beberapa anugerah iaitu Vivid Sydney, Festival of Light, Music, Ideas & Food

Pemasangan lampu berwarna-warni pasti menarik perhatian korang sambil menikmati kesejukkan musim luruh dan musim sejuk dapat mencipta pengalaman susah dilupakan.

Seronok kan, paling penting adalah jangan ketinggalan untuk promosi tambang penerbangan akhir tahun khas Malaysia Airlines ke Sydney. Tekan link ini untuk tempah sekarang!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok