download Jom Explore app
Tanjung Tuan, Destinasi Dengan Eko-Warisan Menakjubkan

Tanjung Tuan, Destinasi Dengan Eko-Warisan Menakjubkan

Jom! Makan
By Anthony Teo on 06 Dec 2023
Deputy Managing Editor

Kalau korang plan nak jalan-jalan ke Port Dickson, Hutan Lipur Tanjung Tuan mesti masuk senarai destinasi korang. Terletak di Batu 10, Blue Lagoon, hutan ni tak biasa. Tanjung Tuan, sebahagian dari Melaka, dekat je dengan Pantai Peranginan Blue Lagon.

Jelajahi pesona alam Tanjung Tuan, destinasi pelancongan dengan keunikan tersendiri.Photo from Pokok Kelapa

Sejarah Rumah Api Cape Rachado dan Kekayaan Bio Hutan Lipur

Pembinaan Rumah Api Tanjung Rachado bermula antara 1528 dan 1529, dieksploitasi oleh Belanda dan British selepas menawan Melaka pada 1641 dan 1824. Menurut Ekspedisi Saintifik oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) pada Mac 2008, Taman Eko Rimba Tanjung Tuan kaya biodiversiti, terutama komposisi pokok, struktur diri, dan kepelbagaian spesis.

Antara port OOTD paling terkenal di sini.Photo from IG | messicexplores

Dalam konteks ekologi, Tanjung Tuan jadi jambatan aliran gen flora dan fauna dari Tanah Besar benua Asia ke Kepulauan Indonesia. Kawasan ini laluan penting burung migran dari Benua Asia ke Kepulauan Indonesia serta pergerakan burung migran dari dan ke Selatan. 54 spesies burung liar dan 3 spesies primat di kawasan ini, menjadikannya habitat unik dan penting untuk kepelbagaian hayati.

Terdapat pelbagai jenis burung di Tanjung Tuan.Photo from IG | ck_ng_photography

Hutan Eko Rimba Tanjung Tuan diwartakan sebagai hutan simpan kekal pada 1921 dan sebahagian kawasannya Suaka Hidupan Liar dan Burung-Burung pada 1971. Luas sebenar hutan simpan ni 74.08 hektar. Dulu namanya Hutan Simpan Cape Rechardo. Kemudian, pada 2000, rasmi dikenali sebagai Hutan Rekreasi Tanjung Tuan.

Tempat menarik untuk anda menerokai. Photo from IG | messicexplores

Trail Sesuai untuk Beginner di Tanjung Tuan

Trail sesuai untuk pemula, pendakian mudah 30 minit ke puncak. Keluarga dan anak kecil, yang diselia, boleh menikmati memanjat batu dan udara segar. Pengunjung dinasihatkan pakai sarung tangan untuk keselamatan di kawasan berbatu.

Sesuai untuk yang baru nak cuba hiking.Photo from IG | messicexplores

Ketinggian hanya 26 meter di atas paras laut, dari puncak, dapat menikmati matahari terbenam yang menakjubkan dan melihat pemandangan pantai dari ketinggian ini. Monkey Bay dengan air jernih dan pasir lembut. Tanjung Tuan destinasi ideal untuk peminat luar, memberikan peluang kepada keluarga untuk bersantai dan pengembaraan.

Pantai yang bersih, sesuai untik beriadah.Photo from IG | neakelvin

Destinasi Lain Yang Anda Boleh Lawat

Ramai yang tahu mengenai Port Dickson, tetapi sudahkah anda melawat Pasir Panjang? Pasir Panjang merupakan sebuah kampung yang terkenal dengan aktiviti memancingnya. Terdapat juga tempat ikan bakar yang popular di sini.

Pasir Panjang yang indah.Photo from portdickson.info

Jom ke Taman Maze Terbesar Di Malaysia yang terletak di Port Dickson. Lihatlah keseronokan berjalan melalui labirin yang menarik dengan konfigurasi yang rumitYa, taman maze adalah yang terbesar di Malaysia yang terletak di Port Dickson, dengan 4000 meter persegi dengan jalur sepanjang 1300 meter. Setiap langkah yang anda ambil, terasa seperti tidak pernah sampai ke hujung.

Taman Maze Terbesar Di MalaysiaPhoto from FB | PD Maze Port Dickson

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok