download Jom Explore app
Tips Kebersihan Untuk Lelaki Sebelum First Date!

Tips Kebersihan Untuk Lelaki Sebelum First Date!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 19 Sep 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Persiapan untuk temu janji pertama dapat menyebabkan tekanan pada pihak lelaki. Terlalu banyak situasi bermain dalam kepala memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Ini tips untuk memastikan kebersihan korang terjaga!

Kalau kita sentuh tentang bab kebersihan diri, ramai lelaki selalu mengambil jalan yang mudah dan hanya lakukan yang biasa sahaja. Asalkan bersih, tiada kesan kotoran sudah memadai di mata lelaki.

Tetapi di mata perempuan pula lain tau, mereka akan mengambil masa dan mempunyai pelbagai rutin kebersihan. Bukan untuk bersih sahaja siap pakej wangi dengan pelbagai langkah khusus untuk tambah seri muka.

Itulah perbezaan antara lelaki dan perempuan yang perlu kita belajar. Penampilan adalah perkara pertama yang orang akan pandang pada diri kita. Kalau nak dapatkan temu janji yang kedua, pastikan korang ikuti tips yang Min kongsikan.

Tips ini akan banyak membantu korang dalam memastikan kebersihan korang dijaga dengan teliti. Korang juga akan merasakan perbezaan yang sangat ketara apabila orang mula perasan perubahan pada penampilan.

Sebelum bersiap keluar pergi first date, korang dah buat ke yang tips Min kasi?Photo from Pinterest

Oleh itu, jom tengok tips yang korang perlu ikut supaya temu janji pertama berjaya!

Mandi Dengan Penuh Teliti

Memiliki pelbagai produk mandi akan membuatkan korang lebih wangi tauPhoto from Pinterest

Sudah jadi satu rutin untuk mandi sebelum keluar dating. Tetapi, tak semua lelaki mempunyai rutin mandi yang lengkap untuk membuang segala kekotoran dan juga bau kurang enak. Ada yang siap tak guna sabun lagi!

Haa.. apa kata untuk temu janji pertama ini, korang ubah rutin mandi sepenuhnya. Gunakan sabun yang mempunyai bau maskulin sedikit supaya kulit korang dapat mengeluarkan bau secara semulajadi.

Jangan lupa untuk syampu rambut untuk membuang segala bau hapak yang sudah terhasil. Rambut bersih pula lebih mudah untuk digayakkan serta memberikan sinaran secara semula jadi mengurangkan kusut.

Paling penting sekali adalah jangan lupa untuk berus gigi dan menggunakan ubat kumur. Ramai lelaki selalu 'terlupa' untuk membersihkan gigi dan mulut mereka dapat membuatkan pasangan korang elak berjumpa untuk kali kedua.

Jangan lupa untuk berus gigi dan sental badan korang!Photo from Pinterest

Nafas berbau busuk serta gigi kuning perlu dibersihkan setiap masa. Korang juga boleh bawa berus gigi dalam beg atau kereta untuk melawan masalah ini.

Kesihatan Kulit Pun Jangan Lupa

Kena lah sentiasa jaga tahap kesihatan kulit korang tauPhoto from Pinterest

Kebanyakkan perempuan masa kini mempunyai impian untuk bercinta dengan lelaki Korea. Fenomena ini terjadi kerana populariti pelakon dan penyanyi Korea Selatan yang mempunyai penampilan yang sangat kacak.

Bagaimana mereka dapat paras rupa seperti ini? Rahsianya terletak pada rutin penjagaan kulit yang intensif. Ini akan menghasilkan tahap kulit bersih berseri seperti kaca yang selalu korang perasan kalau tengok artis mereka.

Untuk memastikan date korang terjatuh hati dengan korang. Pastikan segala masalah kulit diselesaikan beberapa hari sebelum temu janji tersebut. Masalah jerawat, jeragat, bintik hitam atau kusam selalu muncul waktu camni tau.

Antara perkara mudah korang boleh cuba adalah gunakan pelembap selepas sahaja mandi untuk elakkan muka nampak kering dan kusam. Selain itu, cuci muka korang menggunakan produk yang dipercayai untuk melawan masalah jerawat.

Memiliki kulit yang sihat akan buatkan penampilan korang lebih maskulinPhoto from Pinterest

Rutin exfoliate pun bagus untuk membuang segala kekusaman kulit untuk dapatkan kulit berseri lut sinar seperti seorang pelakon Korea Selatan.

Singgah Ke Barber Untuk Kemaskan Rambut

Rambut kena lah kemas, baru lah ramai sukaPhoto from Pinterest

Dalam dunia ini ada dua jenis lelaki yang Min percaya iaitu lelaki suka gunting rambut dan lelaki malas gunting rambut. Korang yang mana satu? Memiliki rambut kemas dan cantik penting untuk membuatkan korang lebih kacak.

Rambut adalah mahkota untuk seorang lelaki dan korang perlu menjaganya dengan baik sebelum ia hilang. Sebaiknya, trim lah dulu rambut korang sebelum pergi dating untuk tampil lebih kemas.

Pesan pada barber korang untuk kemaskan rambut sahaja tau. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan rambut korang kelihatan lebih kemas tanpa memotong dengan banyak.

Sebaliknya, tak salah untuk mencuba gaya rambut yang baru. Bincang dengan barber korang gaya rambut apa yang bersesuaian dengan bentuk muka korang. Korang juga boleh mengambil inspirasi trend gaya rambut baru.

Boleh bincang dengan barber korang kalau nak ubah gaya rambut yang lainPhoto from Pinterest

Kemudian, bersihkan bahagian jambang korang jika ada tau. Perempuan lebih suka lelaki yang mempunyai rambut dan jambang yang kemas, disikat dengan rapi berbanding kusut tak terurus.

Ramai Lupa Untuk Bersihkan Rambut 'Kecil'

Kemas sedikit di bahagian sensitif iniPhoto from Pinterest

Ramai lelaki memang selalu terlepas pandang perkara ini kerana mereka merasakan ia adalah perkara yang remeh. Bahagian kening, hidung, telinga mempunyai anak rambut yang boleh merosakkan penampilan korang tau.

Tak salah untuk kemaskan sedikit di bahagian ini untuk kelihatan lebih kemas. Mungkin korang akan rasa sedikit janggal untuk kali pertama membersihkan kawasan ini namun psatikan iannya berada dalam keadaan kemas sahaja.

Ada lelaki menghadapi situasi rambut lebih cnederung untuk tumbuh dengar liar menyebabkan mereka perlu bersihaknnya tau. Ini juga berkait rapat dengan pembersihan diri dan pasangan korang akan lebih menyukai tahap kekemasan korang yang penuh teliti.

Kuku Tu Jangan Biarkan Panjang

Singgah lah ke salun kuku untuk dapatkan kuku cantik dan bersihPhoto from Pinterest

Haa.. antara perkara yang paling penting sebelum korang melangkah keluar pergi dating adalah kebersihan kuku. Ramai lelaki suka membiarkan kuku mereka panjang dan tidak mencucinya dengan baik pulak tu.

Ini sangat bahaya kerana bakteria, kuman dan segala jenis kotoran akan berkumpul di bawah kuku korang menghasilkan warna hitam. Kalau pasangan korang nampak je benda ni memang diorang akan tinggalkan korang serta merta.

Sebaiknya adalah potong menggunakan pemotong kuku apabila sudah panjang. Elakkan terlebih potong kerana akan mendatangkan lagi banyak masalah seperti penumbuhan ke dalam kulit dan tidak sekata.

Selain itu, korang boleh pergi ke salun kuku untuk membersihkan serta mencantikkan kuku korang untuk kelihatan lebih kemas. Pasangan korang pun akan sejuk mata melihat betapa cantiknya kuku korang tau.

Kuku tu potong lah kemas-kemasPhoto from Pinterest

Ambik sedikit masa untuk memastikan kuku korang sentiasa dalam keadaan bersih adalah satu praktis yang bagus. Sebelum berjumpa sesiapa sahaja, bersihkan kuku terlebih dahulu!

Tips Mudah Untuk Lelaki Gunakan

Menjaga kebersihan adalah perkara yang penting untuk dititiberatkan oleh lelaki. Ramai lelaki gagal dalam temu janji pertama kerana tidak menjaga kebersihan asas yang membuatkan ramai perempuan turn off.

Selain itu, memiliki rutin kebersihan yang penuh tetliti akan membuatkan penampilan korang lebih maskulin. Gaya hidup korang pun akan berubah setelah mengikut tips yang Min kongsikan!

Mungkin korang suka baca ini:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok