download Jom Explore app
Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang Seibu Department Store Di TRX

Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang Seibu Department Store Di TRX

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 23 Nov 2023
Digital Editor

Tinggal beberapa hari lagi sebelum Tun Razak Exchange (TRX) akan dibuka kepada orang awam. Tak sabar rasanya untuk melihat bagaimana rupa department store paling mewah akan dibuka dalam negara kita iaitu Seibu memberi pengalaman membeli belah yang baru.

TRX menjadi tumpuan orang apabila menjadi bangunan kedua tertinggi dalam negara kita. Tujuannya untuk menjadi sebuah hab komersial dan membeli-belah dalam negara dapat dilihati bukan sahaja kemewahan bangunan malah keseluruhan kawasan ini.

Kawasannya pula dikenali sebagai Segi Tiga Emas Kuala Lumpur iaitu pusat komersial utama negara. Tak terkejut apabila kebanyakkan jenama besar sudah menempah unit apabila bangunan ini dirasmikan pembukaannya.

Menariknya kawasan ini adalah mereka menyediakan lebih daripada 300,000 kaki persegi ruang untuk jenama membuka kedai mereka. Ini akan menyebabkan semakin ramai orang datang dengan tujuan untuk membeli belah.

TRX akan menjadi rumah untuk Seibu Department StorePhoto from EdgeProp

Disebabkan itu, Seibu membuka kedai mereka kali pertama dalam negara kita. Jenama yang datang daripada Jepun akan menyediakan ruang luas bagi pengunjung yang ingin menikmati pengalaman mewah bermakna.

Sebuah Jenama Terkenal Di Jepun

Kedai utama Seibu di Jepun!Photo from Asahi

Seibu Department Store merupakan salah satu daripada 4 Jenama Department Store terbesar di Jepun. Mereka membuka kedai pertama pada tahun 1949 menyediakan pelanggan untuk membeli pelbagai jenis barang di satu tempat.

Kedai utama mereka terletak di Ikebukuro di bandar Tokyo. Lokasi popular seperti Shibuya juga tidak terlepas daripada pandangan mereka untuk membuka cawangan. Kini, ada 8 buah kedai beroperasi di negara Jepun.

Selain daripada negara kita, jenama ini juga telah meluaskan sayapnya kepada beberapa negara lain. Antaranya di Indonesia yang dibuka pada tahun 1995, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Bukan negara kita sahaja, Indonesia, Hong kong dan USA pun mereka pernah bukaPhoto from BNN Bloomberg

Lokasi yang dibuka di negara kita akan menjadi yang pertama mengggabungkan jenama Jepun dan jenama luar dalam satu tempat.

Lebih Daripada 400 Buah Kedai Akan Dibuka

Ilustrasi bagaimana rupa Seibu dalam negara kitaPhoto from The Peak Malaysia

Dengan keluasan 250,000 ribu kaki persegi. Seibu akan menjadi rumah kepada 400-500 buah kedai sepanjang 4 tingkat. Apa yang kita dapat tahu adalah 100 jenama baru yang akan masuk ke dalam negara kita buat kali pertama.

Pada aras Ground (G) akan dipenuhi dengan pelbagai jenama kecantikkan yang membawa barang kosmetik. Kemudian, mereka juga menyediakan sebuah 'dewan kecantikan' untuk menempatkan bengkel kecantikkan untuk menarik perhatian wanita.

Selain itu, mereka juga akan menyediakan ruang untuk jenama fesyen terkenal dalam kedai mereka. Ada beberapa jenama fesyen antarabangsa dan juga jenama baru memasuki pasaran negara kita buat kali pertama.

Contoh bagaimana rupa Seibu department storePhoto from TW | Skyscrapers MY

Bukan sahaja pakaian orang dewasa malah kawasan dedikasi untuk kanak-kanak juga akan disediakan. Kawasan ini dikatakan menempatkan pelbagai pilihan jenama fesyen mewah terbesar untuk kanak-kanak.

Sesuai untuk ibu bapa yang ingin mencari pakaian bagi anak mereka!

Syurga Untuk Kaki Makan!

Seibu akan menyediakan satu ruang khas untuk kaki makan!Photo from First Classe

Apa yang membuatkan Seibu sangat menarik adalah menyediakan ruang untuk kaki makan! Memandangkan negara kita terkenal sebagai destinasi utama untuk kaki makan. Ruang baru ini sangat dialu-alukan.

Lebih menarik apabila ruang ini akan dipenuhi dengan pelbagai restoran menyediakan makanan Jepun pulak tu! Resipi yang digunakan pula semuanya datang daripada negara tersebut.

Haa.. selepas ini mungkin kita dapat lah menikmati rasa sebenar ramen macam mana kan? Ataupun beberapa makan tradisional Jepun yang mendapat permintaan ramai seperti sushi, yakitori, tempura dan lain-lain.

Ruang ini dikenali sebagai 'Depachika' yang dikatakan menjadi pusat untuk mendapatkan pelbagai makanan asli Jepun khas untuk peminat. Kalau siapa yang suka sangat nak makan wagyu tu mungkin boleh selalu kunjungi ke bahagian ini!

Tak sabar rasanya nak tunggu pembukaan rasmi Seibu di negara kita. Campur pula dengan beberapa kawasan menarik yang ada di sekitar TRX ni, nescaya tempat ini akan menjadi tumpuan utama ramai orang untuk menghabiskan masa pada hujung minggu.

Min paling tak sabar nak menikmati makanan Jepun!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok