download Jom Explore app
Kafe Belibis, Pengalaman Makan di Dalam Koc Kereta Api Lama

Kafe Belibis, Pengalaman Makan di Dalam Koc Kereta Api Lama

Jom! Makan Jom! Cuti Bajet
By Anthony Teo on 29 Nov 2023
Deputy Managing Editor

Kafe Belibis di Muzium Sultan Abu Bakar menawarkan suasana istimewa dengan menggunakan koc asli Kereta Api Tanah Melayu sebagai ruang makan. Pengalaman unik makan di dalam koc kereta api dapat dirasai di sini.

Antara pengalaman makan terunik di Pekan, Pahang.Photo from IG | nooraznidamuhammad

Pekan, Bandar Di Raja, terkenal sebagai pusat pentadbiran Sultan Pahang. Nama Pekan mungkin dari bunga putih di tepi sungai atau merujuk kepada tempat berjual beli di tebing Sungai Pahang. Dahulunya juga menjadi ibu negeri Pahang dari 1889 hingga 1898.

Kafe Belibis, Port Makan Best di Pekan

Vibe lama di Kafe Belibis.Photo from IG | elyamohamad

Penggunaan koc asli Kereta Api Tanah Melayu sebagai tempat duduk, memberikan sentuhan nostalgia. Pelanggan boleh memilih duduk di dalam koc yang dihiasi dengan elemen vintage atau di luar untuk menikmati udara segar semasa makan.

Penggunana koc lama keretapi menjadi tarikan utamanya. Photo from IG | elyamohamad

Kafe Belibis terkenal dengan hidangan barat lazat pada harga berpatutan, seperti nasi ayam, spageti, dan burger. Anda mesti mencuba puding raja yang menjadi kegemaran orang Pahang. Kafe ini menawarkan versi puding raja yang memikat selera dengan rasa manis yang memuaskan.

Pelbagai hidangan Barat dan Timur yang enak. Photo from IG | dorasukamakan

Selain pengalaman makan yang memuaskan, Kafe Belibis terletak di Muzium Sultan Abu Bakar. Selepas menikmati hidangan enak, pelanggan dijemput menjelajahi muzium untuk memahami lebih lanjut tentang sejarah dan budaya tempatan.

Sungguh menyerelakan, kan?Photo from IG | neyrashazeyra

Menyingkap Sejarah di Muzium Sultan Abu Bakar

Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang, merupakan institusi muzium dengan koleksi sejarah yang kaya. Terletak di Jalan Sultan Ahmad, muzium ini memaparkan artefak antik, termasuk barangan Cina kuno dari kaca dan tembikar, serta objek berkaitan dengan sejarah semula jadi, arkeologi, etnologi, dan raja-raja.

Jom! Lawat Muzium Sultan Abu Bakar. Photo from muzium pahang

 

Bangunan asalnya ialah kediaman Residen British pertama di Pahang, bersejarah sejak 1880-an. Bangunan ini telah mengalami berbagai peranan, termasuk sebagai ibu pejabat Tentera Jepun semasa pendudukan Jepun, dan selepas itu, sebagai Istana Rasmi al-Marhum Sultan Abu Bakar.

Jangan lupa melawati Muzium Sultan Abu Bakar. Photo from IG | elyamohamad

📍 Kafe Belibis, Muzium Sultan Abu Bakar, Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang

⏰ Selasa - Ahad, 8am - 6.30pm

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok