Restoran Langkapuri: Lokasi Rahsia Nasi Kandar Sedap Di Klang
Bandar Klang memang sinonim dengan pelbagai lokasi kedai makan sedap yang terlindung daripada mata orang ramai. Salah satunya adalah Restoran Langkapuri terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang dikatakan menjual nasi kandar terbaik dalam bandar ini.
Tidak dinafikan bandar Klang memang terkenal sungguh dengan makanan sedap yang boleh jumpa di setiap pelusuk. Selain itu, peninggalan beberapa bangunan kolonial masih wujud sehingga sekarang menunjukkan usia bandar ini.
Walaupun banyak lokasi yang pernah menjadi tumpuan orang muda melepak sudah kian lama pupus. Masih ramai orang berkongsi kisah mereka menemui lokasi kedai lagenda yang masih wujud tidak ditelan zaman.
Antaranya adalah Restoran Langkapuri. Kalau kita lihat dari luarannya, nescaya bermain dalam fikiran bagaimana bangunan usang kolonial masih wujud dan dipenuhi dengan ramai orang beratur menunggu giliran untuk dapatkan makanan tengah hari mereka.
Photo from Klang Bandar Diraja | FB
Selalunya bandar Klang memang tak terkenal dalam dunia nasi kandar. Namun, restoran ini merupakan salah satu lokasi wajib serbu kalau nak merasa nasi kandar yang rasanya boleh lawan dengan kedai di kawasan Pulau Pinang,
Baca sampai habis untuk tahu apa yang membuatkan restoran ini istimewa!
Mewujudkan Semangat Nostalgia Dengan Gaya Old School
Photo from Haziq Hasrin | FB
Faktor keistimewaan restoran ini adalah lokasinya. Terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang membuatkan ramai peminat mengatakan ibarat makan macam zaman dulu-dulu. Apa yang dimaksudkan adalah bagaimana peniaga asal nasi kandar berniaga di pelabuhan Pulau Pinang.
Jadi ini dapat mewujudkan semangat nostalgia dengan setiap suapan mungkin dapat membawa korang kembali ke zaman tersebut. Selain itu, dengan suasana bandar lama tambah pula dengan dekorasi yang sudah ketinggalan zaman.
Gaya old school ini memang membuatkan korang dapat kembali semula kepada zaman dulu kan. Itulah yang sering disebutkan oleh pelanggan tetap dan pelanggan baru yang mencubanya buat kali pertama.
Photo from Lee Arif
Menurut mereka, ramai mengatakan kalau makan di lokasi ini memang terasa macam di Pulau Pinang. Tetapi bagaimana pula dengan rasanya? Adakah mereka mampu berlawan dengan beberapa kedai nasi kandar yang terkenal di kawasan Lembah Klang dan Pulau Pinang?
Kuah Kari Pekat & Ayam Goreng Berempah Menjadi Pilihan
Photo from Mohd Abdullah
Ada sebab kenapa restoran ini mampu bertahan walaupun seluruh kawasannya telah banyak menghentikan operasi dan dibiarkan usang. Faktor utamanya adalah rasa nasi kandar yang mampu berlawan dengan beberapa restoran terkenal.
Menurut pelanggan tetap, kuah karinya mempunyai rasa unik mengikut rahsia resipi sendiri. Teksturnya yang pekat dan likat membuatkan nasi tak kembang walaupun sudah dicampurkan dalam tempoh masa lama.
Selain itu, rasa rempahnya juga tidak terlalu kuat. Sangat sesuai untuk korang yang tak berapa gemara rasa terlalu kuat apabila dicampurkan dengan kuah lain. Seterusnya, keseluruhan rasa pula tak terlalu pedas dan manis membuatkan hidangan ini cukup seimbang.
Tiada pula satu bahagian terlalu dominan yang menyebabkan keseimbangan rasa boleh terjejas. Lauk yang menjadi kegemaran ramai adalah ayam goreng yang terkenal dengan saiz besar lagi-lagi kalau ambil bahagian peha.
Photo from Anuar Adnan
Kalau tak minat ayam goreng korang boleh pilih daging atau kambing yang dimasak sehingga empuk dan lembut. Jangan lupa nak cuba nasi briyani mereka kalau dah sampai ke restoran lagenda ini.
Pengalaman Yang Tak Dapat Dicipta Tempat Lain
Photo from Anuar Adnan
Apa yang membuatkan restoran ini istimewa berbanding yang lain adalah suasana nostalgia yang tak dapat kita jumpa di tempat lain. Banyak restoran walaupun sudah beroperasi lama selalunya akan hilang kualiti makanan mereka.
Berbeza dengan Restoran Langkapuri yang masih mampu mengekalkan kualiti makanan mereka walaupun sudah beroperasi lebih daripada 10 tahun. Pelanggan mereka pula sudah bergenerasi setia menyinggah untuk dapatkan lauk tengah hari.
Kini, semakin ramai orang luar mula mengetahui tentang kewujudkan kedai ini. Bertambah ramai pelanggan baru yang mula menyerbu bagi mendapatkan rasa istimewa yang tak dapat dicipta di tempat lain.
Apa kata korang yang kaki nasi kandar? Nak singgah hujung minggu ni boleh lihat alamat di bawah.
📍 No. 15, Jalan Sungai Aur, Kawasan 13, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
⏰ Setiap hari (8 am - 8 pm)
Mungkin korang suka: