Muzium Penjara Malaysia: Pengalaman Yang Sangat Berbeza!
Dah bosan duduk rumah pada hujung minggu sebab takda idea nak pergi ke mana? Apa kata pergi melawat Muzium Penjara Malaysia untuk dapatkan perspektif, pengalaman menarik dan baru tentang bagaimana kehidupan banduan dalam negara kita di Bandar Hilir, Melaka!
Muzium adalah sebuah tempat untuk memelihara dan pamerkan perkara yang penting. Ia tidak harusnya tertumpu kepada sejarah sahaja malah boleh dibina untuk pelbagai topik merangkum seni, sains dan koleksi.
Selalunya kita akan lihat pameran sejarah tentang budaya dalam negara kita. Ia amat penting untuk membantu kita memahami serta mengharagai sesuatu dalam kehidupan kita. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk mendidik orang ramai tentang sesuatu perkara.
Menghabiskan masa dalam muzium boleh menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan dan dapat mengajar tidak kira peringkat umur. Disebabkan itu, bukan senang untuk kita lihat bagaimana gaya hidup seorang banduan dalam penjara negara kita betul tak?
Haa.. Muzium Penjara Malaysia ni memang tak dapat dinafikan amat menakutkan kalau lihat dari luarannya sahaja. Tetapi, sebaliknya adalah sebuah institusi yang ingin mengajar orang awam tentang bagaimana sistem penjara dijalankan dalam negara kita.
Photo from TW | belleyangcerdik
Daripada setiap aspek seperti hukuman, pakaian, peralatan sehingga realiti kehidupan seorang banduan dapat diketahui dengan hanya meneroka tempat ini. Kalau dah bosan sangat kan, apa kata korang pergi menyinggah sekejap harganya pun tak mahal!
Penjara Yang Diubah Menjadi Sebuah Muzium
Photo from IG | jinqrui
Asalnya ia adalah sebuah Penjara yang ditubuhkan pada tahun 1860. Menariknya ia merupakan yang pertama dalam negara pulak tu. Penubuhnanya lebih awal berbanding Penjara Pudu yang terkenal itu yang siap pada ahun 1895.
Lokasi tempat ini terletak di Bandar Hilir, Melaka. Kerana keadaan yang tidak sesuai untuk dihuni, ia diubah menjadi sebuah muzium untuk menyimpan dan menceritakan setiap aspek dalam sistem banduan dalam negara.
Muzium ini secara rasmi dibuka oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Khalil Yaakob pada 20 November 2014. Gaya tempat ini juga dikenali sebagai penjara lama berbanding yang baru dipenuhi dengan pelbagai fasiliti lebih moden.
Photo from TW | belleyangcerdik
Selangkah masuk sahaja korang sendiri akan terasa suasana suram kerana tujuan asal bangunan ini. Takpa, korang bukan masuk sorang-sorang! Ada pengawai bertugas akan membantu tak perlu takut.
Bermula RM3 Untuk Dapat Perspektif Baru
Photo from TW | nietzrid
Kalau bercerita pasal penjara. Pelbagai imej kita bayangkan dalam kepala bagaimana rutin harian seorang banduan yang duduk dalam sel sempit dan panas yang boleh sesiapa menjadi gila tak keruan.
Salah seorang pengguna X (@nietzrid) menceritakan pengalaman beliau melawat Muzium ini. Harga tiket bermula RM3 sudah cukup bagi mendapatkan perspektif baru yang mungkin dapat mengubah kehidupan kita.
Menurut beliau, perkara pertama yang mengejutkannya adalah betapa sempitnya saiz sebuah sel. Katanya, "dalam tu memang seram. Bayangkan tempat tu dulu memang ada penghuni banduan betul. Selnya sangat kecil,
Maca mana orang boleh hidup dalam tu 10 tahun. Saya sejam pun tak tahan," Selain itu, beliau turut berkongsi gambar melihat mural yang dilukis oleh pelbagai banduan di dinding sel. Jangan terkejut kalau ada yang terlebih kreatif.
Korang sendiri berpeluang untuk lihat pelbagai karya puisi, lukisan yang dilakarkan banduan bagi menghabiskan sisa masa mereka. Tambahnya "Ada bahagian sebatan. Kita sendiri boleh rasa pegang rotan yang digunakan,
Photo from TW | belleyangcerdik
Rotan yang digunakan sangat keras dan besar. Memang terasa sakitnya," katanya tentang bahagian rotan.
Terasa Insaf Sekejap!
Photo from TW | hnydynie
Korang bukan sahaja dapat melihat sel dan rotan je tau. Setiap kelengkapan seperti hospital, kantin, pakaian, tempat mandi dan klinik pun dapat tengok! Segala peralatan yang digunakan oleh banduan dipamerkan jugak tau.
Paling menyeramkan apabila melihat sel banduan akhir. Itu sahaja sudah cukup untuk buat sesiapa sahaja insaf kerana keadaan sel tersebut. Kata @nietzrid, "Boleh mental (gila) duduk dalam tu. Semua benda rasa tak kena,
Rasa bersyukur tak tersekat dalam tempat tu. Siapa yang rasa nak buat jahat, pergi la melawat tempat tu," menunjukkan betapa besarnya impak muzium ini terhadap individu. Haa.. kalau nak terasa insaf sekejap apa kata korang melawat pada hujung minggu!
Mana tau dapat lihat depan mata lagi membuatkan korang taknak langsung buat benda jahat kan! Tetapi jangan rasa tempat ini menakutkan sahaja semata-mata. Di sebelah muzium ada kafe untuk korang beli kopi setelah habis teroka.
Betul kata korang, kebebasan itu sangat mahal. Kita langsung tak rasa betapa nikmatnya untuk tidak tinggal dalam sebuah sel. Oleh itu, apa kata kita hindarkan diri daripada perkara jahat kalau taknak tercampak dalam tempat seperti ini!
Oh, min nak pesan awal-awal. Kalau korang ada anak kecil min tak sarankan korang bawa masuk kerana mungkin tidak sesuai dan terlalu ekstrim untuk mereka. Walau bagaimanapun, muzium ini dibina dengan tujuan untuk mengajar kita.
Photo from TW | msyafizaly
Dengan harga tiket sangat rendah, memang berbaloi betul kalau korang inginkan sebuah perspektif baru dalam fasa kehidupan sekarang.
Adakah korang akan singgah sekejap pada hujung minggu ini? Atau terlalu takut untuk jejak langkah ke dalam!
📍 Jln Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka
⏰ Setiap hari kecuali Isnin (9 am - 4:30 pm)
Mungkin korang suka: