Sekeping Kong Heng: Butik Hotel Di Ipoh Yang Berhantu?
Sekeping Kong Heng merupakan antara butik hotel mempunyai permintaan tinggi di bandar Ipoh. Walaupun tular kerana ramai netizen mengatakan tempat ini berhantu tidak membatalkan hasrat sesetengah individu untuk menikmati kecantikkan yang disediakan oleh hotel ini.
Persoalan yang pertama adalah betul ke tempat ini berhantu macam ramai katakan? Soalan macam ini sering dinaikkan kerana hotel ini dibina menggunakan bangunan yang telah wujud sejak zaman kolonial British lagi.
Namun begitu, lokasi hotel ini menjadikannya sangat berbaloi dan strategik. Kawasannya yang terletak di tengah pusat bandar Ipoh membuatkan nak ke mana sangat senang dengan mudah.
Selain itu, hotel ini juga terletak dalam kawasan tumpuan pelancong seperti Concubine Lane dan Kong Heng Square. Faktor ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan hotel ini mendapat permintaan yang tinggi.
Bukan itu sahaja, dah nama butik hotel mestilah mempunyai konsep dekorasi yang menawan kan? Haa.. jangan terkejut kalau setiap pelusuk hotel ini memang cantik tanpa mengorbankan struktur asal bangunan kolonial ini.
Photo from IG | sleazyrabbi
Kalau nak tau betul ke tidak hotel ini berhantu pastikan korang baca sampai habis dulu!
Dapat Melihat Keindahan Bandar Ipoh
Photo from Kayak
Bandar Ipoh merupakan salah satu bandar bersejarah dalam negara kita. Selain daripada Penang, Melaka dan bahagian Pantai Timur, bandar ini juga mendapat perhatian dan tumpuan pelancong yang ingin melihat kecantikan beliau.
Kawasannya dipenuhi dengan pelbagai kedai makan sedap, tarikan pelancong serta bangunan kolonial lama yang masih bertahan sehingga kini. Penginap Sekeping Kong Heng akan diberi peluang untuk melihat sendiri keindahan bandar ini daripada perspektif berbeza.
Selangkah masuk sahaja korang akan dipenuhi dengan suasana tenang dan rilek. Sangat sesuai kalau nak fokus kepada percutian dan lupakan segala masalah kehidupan buat sementara.
Nak ke mana-mana pun senang sahaja kerana lokasi yang menjadi tumpuan pelancong semuanya berdekatan dengan hotel ini. Kemudahan seperti kedai makan, runcit untuk korang membeli-belah pun mudah!
Photo from The Simple Travel
Lagi seronok kalau kita tinggal bersama kawan-kawan kita. Dapat jugak cipta pengalaman dan memori baru melihat keindahan bandar bersejarah ini.
Konsep Butik Hotel Cukup Menarik
Photo from Seksan Design
Kalau korang nak tahu, asalnya bangunan yang menjadi rumah kepada Sekeping Kong Heng adalah hostel untuk pelakon teater. Mereka berkerja dan melakukan persembahan di Chinese Opera Theatre terletak bersebelahan sahaja.
Walaupun kita dapat melihat keindahan bangunan kolonial bersejarah. Sayangnya bangunan ini terbakar dalam peristiwa The Great Fire Of Ipoh pada tahun 1892 yang telah menghancurkan separuh daripada bandar ini.
Apa yang tinggal adalah kesan bangunan ini ditelan api telah dibina semula untuk dijadikan butik hotel yang kita dapat lihat sekarang. Bermula di ruang receptionist yang sedikit kecil akan membantu korang untuk bawa masuk ke dalam hotel ini.
Jangan terkejut walaupun terletak di kawasan laluan pelancong. Masuk sahaja ke bahagian atas korang akan terpersona melihat betapa senyap dan aman suasana hotel ini. Privasi korang pun dijaga dengan sangat baik.
Memandangkan bangunan asalnya kelihatan usang dekorasi ruang dalaman yang moden dapat memberi suntikan nyawa baru menutup segala cacat cela. Korang jangan risau, setiap kemudahan moden disediakan macam tinggal di hotel mewah.
Photo from wanderingdejavu
Bukan itu sahaja, ada kolam renang yang dibina dikelilingi pokok untuk mewujudkan suasana tenang. Dekorasi bilik pula sedikit janggal bagi sesetengah individu. Ini kerana kebanyakkan kawasan dalam bilik dipisahkan menggunakan langsir bukan pintu atau dinding.
Contohnya, kawasan tidur dipisahkan dengan langsir untuk masuk ke dalam tandas. Tetapi jangan risau, bilik yang korang dapat semuanya memang instagrammable!
Betul Seram Ke Sekeping Kong Heng?
Photo from heartpatrick
Topik ini memang hangat dibualkan oleh ramai netizen terutama di platform Twitter/X. Ramai orang mengatakan tempat ini seram, menakutkan dan berhantu oleh kerana dibina atas bangunan lama yang usang.
Selain itu, pernah berlaku seorang individu menceritakan kisahnya beliau menghadapi pengalaman menakutkan apabila tinggal di hotel ini. Manakala menurut segelintir netizen yang pernah tinggal di hotel ini pula katakan sebaliknya pula.
Mereka cuma rasa janggal dan pelik dengan dekorasi bilik sahaja. Selebihnya mereka menyatakan hotel ini memberi pengalaman menyeronokkan dengan suasana yang tenang walaupun terletak di kawasan tumpuan pelancong.
Oleh itu, kita tak boleh menilai tanpa melalui pengalaman kita sendiri. Kemungkinan apa yang kita alami jauh lebih baik daripada apa yang sering dikatakan oleh netizen. Bandar Ipoh merupakan bandar bersejarah yang sangat menyeronokkan.
Photo from wanderingdejavu
Memang rugi kalau dah sampai ke sini tidak cuba untuk tinggal di salah satu butik hotel yang cantik. Dapat juga korang tambah pengalaman manis dalam hidup kan? Apa kata korang!
📍 74, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak
Mungkin korang suka: