Turkmenistan: 7 Fakta Pelik Pasal Negara Terpencil Ini!
Korang pernah dengar tak nama negara Turkmenistan? Mungkin ini kali pertama korang baca nama tersebut. Tak terkejut pun kerana ramai orang tak tahu tentang negara ini yang mempunyai beberapa fakta pelik yang menarik untuk diketahui.
Sebelum kita mulakan faktanya negara ini terletak di kawasan Asia Tengah. Ia juga sebuah negara yang terkurung bermakna ia tidak bersambung dengan persisiran laut atau mempunyai sempadan air.
Walaupun negara ini mempunyai persisiran yang bersambung dengan laut Kaspia. Ia terkurung serta tidak bersambung dengan mana-mana laut dunia. Kemudian, negara ini berkongsi sempadan bersama Kazakhstan, Uzbekistan, Afghanistan dan Iran.
Sebahagian besar kawasan negara ini diliputi oleh Gurun Karakum yang membentuk sebanyak 80% kawasan daratannya. Menariknya adalah negara ini merupakan sebuah negara Islam cuma ia adalah sebuah negara republik presiden kesatuan dengan ekonomi berpusat.
Turkmenistan juga adalah salah satu negara paling autoritarian di dunia. Kerajaan telah mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dengan keras membuatkannya salah satu negara paling korup di dunia.
Photo from BBC
Namun sebaliknya, terdapat beberapa fakta pelik tetapi masih menarik tentang negara ini. Kemungkinan korang sendiri dapat rasa sendiri keunikkan negara yang terpencil ini.
1. Negara Yang Paling Kurang Pelancong
Photo from Reuters
Negara ini mengisytiharkan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet pada 27 Oktober 1991. Ia diperintah oleh diktator dan Presiden Sepanjang Hayat, Saparmurat Niyazov dari tahun 1991 sehingga 2006.
Proses visa yang kompleks menjadikan negara antara paling jarang dikunjungi dalam dunia. Tak terkejut pun kalau lihat jumlah pelancong yang sangat kecil bersiar-siar di negara yang mempunyai populasi seramai 6 juta penduduk.
Pada tahun 2018, hanya 13,000 pelancong sahaja yang berjaya memasuki negara ini. Sebagai perbandingan, negara kita menerima seramai 25,832,354 juta pelancong luar pada tahun yang sama.
2. Ashgabat Mempunyai Bangunan Marmar Paling Banyak
Photo from Turkmenistan
Kalau korang berpeluang untuk memasuki negara ini. Ibu kotanya, Ashgabat adalah destinasi utama untuk para pelancong yang pasti terpukau melihat hampir semua bangunan, monumen dibina menggunakan bahan marmar berwarna putih.
Terlalu banyak marmar putih digunakan di ibu kotanya sehingga memegang Rekod Dunia Guiness untuk mempunyai bangunan marmar paling tinggi/banyak dalam dunia. Paling menarik sekali adalah semuanya berwarna putih.
Pada waktu malam pula, lampu akan dinyalakan memberi suasana yang cukup menawan sama seperti bandar Las Vegas. Manakala, di waktu siang pula bangunan marmar ini memberikan rupa kemewahan sehingga kelihatan sangat janggal.
3. Hanya Orang Tua Sahaja Dibenarkan Ada Jambang
Photo from Radio Free Europe
Jambang merupakan salah satu cara untuk lelaki menunjukkan lambang seorang lelaki maskulin. Di negara kita terlalu banyak gaya jambang yang kita boleh lakukan untuk tingkatkan paras rupa penampilan kita betul tak?
Kalau korang tinggal di negara ini jangan harap untuk gayakan jambang korang. Lingkungan orang muda diharamkan untuk mempunyai jambang dan akan dipaksa untuk potong jika ditangkap oleh polis.
Hanya orang tua sahaja dibenarkan dan menurut RadioFreeEurope, pihak kerajaan akan mula mengetatkan peraturan jambang. Baru ini sahaja seorang rakyatnya ditahan di lapangan terbang kerana mempunyai jambang.
Sebelum korang memasuki negara ini, pastikan potong jambang korang!
4. Mereka Terbuka Pintu Neraka Secara Tak Sengaja
Photo from Sky News
Haa.. kalau nak rasa insaf boleh singgah ke Turkmenistan untuk melihat sendiri "Pintu Neraka". Sebelum mendapat nama gelaran ini, ia dirujuk sebagai kawah gas Darvaza kerana terletak berhampiran dengan kampung Darvaza.
Pada tahun 1970, seorang saintis Soviet sedang menggerudi untuk dapatkan gas asli. Secara tidak sengaja peralatan yang digunakan menyebabkan gas asli mula terlepas. Ahli geologi membuat keputusan untuk menyalakannya dengan harapan ia akan terpadam selepas beberapa hari.
Malangnya, sehingga kita api tersebut masih belum dipadamkan. Menurut akhbar Neytralny Turkmenista, Presiden Gurbanguly Berdymukhamedov sedang mengusahakan cara untuk menutupu pintu kerana membawa kemudaratan pada orang tinggal di kawasan sekelilingnya.
Namun, sehingga kini tiada berita tentang status penutupannya.
5. Hanya Kereta Putih Sahaja Dibenarkan Di Ibu Kota
Photo from Daily Sabah
Memiliki sebuah kenderaan adalah tanda kita sudah berjaya dalam kehidupan. Lihat sahaja di negara kita orang muda bertungkus lumus membeli kenderaan kegemaran dengan warna pilihan sendiri.
Namun, kalau di Turkmenistan korang hanya dibenarkan satu warna sahaja. Warna tersebut adalah warna putih dan korang kena pastikan sentiasa bersih tau! Kalau kelihatan kotor dan kusam, ada peluang untuk kena saman.
Lebih teruk lagi mungkin tak dibenarkan untuk memandu pun. Oleh itu, kebanyakkan kenderaan dalam negara ini berwarna putih dan kelihatan sangat menakutkan campur pula dengan suasana sunyi sepi pada waktu malam.
Tak terkejut kalau kita bercuti di sini rasa pelik melihat tiada warna selain putih kan.
6. Mempunyai Baka Kuda Paling Mahal Dalam Dunia
Photo from Seriously Equestrian
Ramai tak tahu yang Turkmenistan sangat obses dengan kuda. Presiden Berdymukhamedov seorang fanatik kuda sehingga setiap perabot dalam ofisnya mempunyai satu motif sahaja, iaitu kuda.
Beberapa bangunan juga mempunyai arca atau motif kuda. Ini mungkin kerana mereka mempunyai baka kuda paling mahal dalam dunia iaitu Akhal-Teke. Ia bukan sahaja mahal malah paling jarang dan cantik juga tau.
Kuda ini merupakan lambang negara tersebut. Denai Alam Recreational and Riding Club (DARC) telah membeli satu kuda baka Akhal-Teke berwarna Perlino yang dikatakan harganya sudah mencecah jutaan ringgit.
Menjinakkan kuda adalah salah satu perkerjaan yang paling dihormati dalam negara ini tau. Selain itu, terdapat jawatan menteri yang tugasnya adalah untuk menjaga dan membiakkan baka kuda ini.
7. Buku RUHNAMA Perlu Dibaca Setiap Hari
Photo from Aero Travels
Pemerintah autokratik oleh Saparmurat Niyazov membuatkan beliau telah menulis sebuah buku pada tahun 2001 berjudul Ruhnama (Book of Souls). Beliau mewajibkan buku itu dipelajari di sekolah, universiti dan pejabat kerjaan.
Calon yang tengah menjalani sesi temuduga akan dipersoal tentang buku ini. Malah, penduduk perlu membacanya setiap hari dan setiap kedai buku tempatan perlu memparmerkannya.
Pada Ogos 2005, beliau telah menghantar buku ini kepada angkasa lepas supaya dapat menaklukinya. Selain itu, Presiden Niyazov telah membina patung buku tersebut di ibu kota dan pada pukul 8 malam terdapat petikan audio tentang buku dimainkan untuk rakyatnya.
Untuk dapatkan lesen memandu kereta di negara ini. Jangan lupa untuk hafal petikan dan setiap muka surat tentang buku ini kerana akan keluar dalam ujian memandu korang tau. Kalau tak, gagal!
Haa.. tak lupa juga, ujian dalam universiti pun sama. Korang akan dipersoal tentang buku ini. Pada tahun 2013, Presiden Berdymukhamedov telah mengarahkan penyingkiran buku ini daripada semua skolah awam dan universiti. Tapi, masih wajib dibaca setiap hari.
Fakta Apa Yang Korang Rasa Paling Pelik?
Mungkin korang suka: