download Jom Explore app
7 Langkah Merisik Yang Perlu Anda Fahami Sebelum Berkahwin

7 Langkah Merisik Yang Perlu Anda Fahami Sebelum Berkahwin

Lifestyle
By Ayunie Husna on 23 Nov 2023
Digital Editor

Merisik, suatu tradisi lama dalam masyarakat Melayu, masih dikekalkan meskipun jarang diamalkan oleh pengantin masa kini. Walaupun begitu, adat ini terus dihayati sebagai satu pengalaman yang manis dan indah dalam perjalanan mencari pasangan hidup. Meskipun merisik bukan lagi amalan umum, ia menyimpan keunikan tersendiri yang harus dijaga dengan adab dan kesopanan.

Proses berbincang antara dua pihakPhoto from Ahmad

Diingatkan terlebih dahulu merisik dan meminang ini adalah dua perkara yang berbeza. Merisik ini hanya melihat terlebih dahulu, bukannya terus berbincang pasal hantaran kahwin. Jangan pelik pula nanti ya. Jika anda ingin tahu bagaimana proses merisik ini berjalan, bacalahlah artikel ini sampai habis dahulu.

 

1. Memilih Wakil Pihak Lelaki:

Pertama-tama, keluarga pihak lelaki memilih wakil yang sesuai untuk bertemu dengan keluarga pihak perempuan. Adalah penting untuk menjaga kebersahajaan dengan membawa rombongan yang serdahana. Merisik seharusnya lebih kepada bertanya dan menilai kesesuaian tanpa memerlukan perhatian berlebihan.

Adat Melayu DiutamakanPhoto from Ahmad

Disarankan tersangat anda adakannya secara kecil-kecilan dengan saiz rombongan pihak lelaki yang kecil dan tanpa undangan tetamu. Biarlah anda nampak berendah diri dan bukannya terlebih yakin.

2. Menyampaikan Hajat Risikan (Pihak Lelaki):

Sebelum merisik, pihak lelaki sepatutnya memberitahu pihak perempuan mengenai niat mereka. Pilihan tarikh dan pelaksanaan risikan hendaklah diatur dengan rapi dan secara formal. Penutup majlis sepatutnya melibatkan jamuan kecil untuk mempereratkan ikatan.

3. Merisik (Pihak Lelaki):

Proses merisik memerlukan ketelitian dan kepatuhan adab. Selain menilai keperibadian calon perempuan, proses ini juga melibatkan interaksi antara wakil pihak lelaki dan keluarga pihak perempuan. Kebersahajaan dan kelakuan yang sopan adalah kunci dalam menjaga proses merisik.

Mengenali diantara dua belah pihakPhoto from Ain Edruce

Apabila proses merisik telah selesai, ibu bapa atau saudara pihak lelaki haruslah mengucapkan ‘terima kasih’ atas kesudian pihak perempuan menerima kedatangan mereka. Ini akan mengakrabkan lagi perhubungan mereka lebih-lebih lagi setelah menjadi besan nanti.

4. Masa Pertimbangkan Risikan (Pihak Perempuan):

Selepas proses merisik, pihak perempuan diberi masa untuk mempertimbangkan tawaran tersebut. Ini adalah langkah penting yang menunjukkan kehormatan terhadap keputusan pihak perempuan. Pihak lelaki perlu memberi ruang dan tidak memaksa untuk menerima risikan.

5. Memberi Jawapan (Pihak Perempuan):

Ibu kepada bakal pengantin perempuan akan bertanyakan anak gadisnya sama ada ingin menerima atau menolak risikan ini. Tanpa dipengaruhi oleh sesiapa, si gadis akan memberikan jawapan secara terus atau meminta tempoh untuk berfikir sebelum membuat apa-apa keputusan.

Dalam mana-mana majlis merisik, tidak semuanya berjalan seperti yang diharapkan. Ingat bahawa tujuan merisik ialah untuk bertanya dan kadang kala pertanyaan itu tidak dijawab seperti yang diharapkan.

Cincin disrungkan jika sudah setujuPhoto from Sufian Suhaimi

Jika pinangan diterima, ibu bapa anak perempuan kemudian akan hubungi pihak lelaki. Setelah menerima risikan barulah syarat-syarat perkahwinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dan sebagainya dibincangkan dan diselesaikan.

6. Cincin Belah Rotan (Pihak Lelaki):

Jika pihak perempuan tidak berpunya dan menerima lamaran pihak lelaki, tarikh meminang boleh ditetapkan dan sebentuk cincin yang dipanggilcincin belah rotandiberikan kepada pihak perempuan sebagai hadiah.

Cincin belah rotan lebih kepada kosong Photo from Jom Explore

Sekiranya si gadis bersetuju, cincin tersebut akan diambil dan tidak ia akan dipulangkan kembali. Selalunya, pihak lelaki akan membawa cincin belah rotan dan sedikit buah tangan dalam proses merisik ini.

Setelah menyatakan hajat kedatangan kepada kedua ibu bapa si gadis, wakil pihak lelaki yang lazimnya terdiri daripada ibu bapanya sendiri atau ibu bapa saudara akan menghulurkan cincin.

7. Meminang (Pihak Lelaki):

Proses meminang diadakan setelah risikan diterima. Ibu bapa dari kedua belah pihak serta saudara-saudara rapat berkumpul untuk memutuskan hari yang sesuai untuk meminang secara rasmi. Keputusan yang telah dipersetujui hendaklah dihormati dan diteruskan dengan persiapan pertunangan dan perkahwinan.

Pergi ke rumah perempuan untuk meminangPhoto from Ahmad

Merisik adalah lebih daripada sekadar tradisi ia adalah peristiwa penting dalam kehidupan dua insan yang ingin membina masa depan bersama. Melalui setiap langkah merisik, keikhlasan, hormat, dan adab adalah unsur-unsur utama yang memastikan kelancaran perjalanan menuju perkahwinan yang bahagia.

Nak Beli Cincin Merisik? Boleh beli disini dengan design yang cantik dan menarik : Michale trio 

Anda Mungkin Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok