download Jom Explore app
Beli Samsung Galaxy S23 FE Boleh Menang Hadiah Lumayan?

Beli Samsung Galaxy S23 FE Boleh Menang Hadiah Lumayan?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 08 Nov 2023
Digital Editor

Korang dalam fasa mencari telefon pintar baru ke tu? Mesti korang tengah semak banyak jenis platform untuk mencari telefon paling sesuai dengan gaya kehidupan korang kan! Haa.. apa kata korang join #GalaxyTroop dan pilih Samsung Galaxy S23 FE yang baru sahaja dikeluarkan.

Nak cari telefon yang serba serbi melengkapi dan kena dengan gaya hidup kita bukan satu perkara yang mudah. Maklumlah, sekarang telefon semakin canggih dan mempunyai pelbagai teknologi untuk memudahkan kehidupan seharian kita.

Samsung Malaysia baru sahaja melancarkan Samsung Galaxy S23 FE iaitu model utama dalam koleksi S23 dengan harga lebih berbaloi. Galaxy S23 FE akan melengkapkan keperluan harian dengan pelbagai peningkatan baru untuk mencipta sebuah telefon pintar yang sempurna!

Min faham, nak cari telefon yang kita suka bukan perkara yang mudah. Boleh pening kepala baca segala informasi tentang sesuatu produk tersebut. Sebab itu, ramai orang memilih Galaxy S23 FE kerana memberi pelbagai ciri menarik dengan harga yang mampu milik tau.

Wow cantiknya Galaxy S23 FE ni!Photo from Samsung

Nak tahu apa ciri-ciri Galaxy S23 FE tersebut? Baca sampai habis dan ada banyak hadiah yang korang berpeluang untuk menang daripada Samsung tau!

1. Mempunyai Reka Bentuk Tahan Lasak & Eco-Conscious Pulak Tu!

Diperbuat daripada bahan kitar semula dan dapat tahan lasak tauPhoto from Samsung

Perkara pertama kita lihat pada telefon adalah reka bentuk serta rupanya. Kebanyakkan telefon pada harga ini tidak mempunyai gaya reka yang cukup menarik. Mereka kurang memberikan rasa kemewahan premium apabila dilihat dalam gambar serta serta depan.

Namun, Galaxy S23 FE mempunyai gaya rekaan yang cukup elegan mengekalkan tema minimalistik yang terkenal dalam koleksi Galaxy S. Selain itu, menggunakan bahan kitar semula seperti gelas kaca menambah ciri eksklusiviti kemewahan pada telefon ini.

Kalau korang nak tahu, setiap bahan yang digunakan untuk menghasilkan telefon ini diperbuat menggunakan bahan kitar semula sahaja tau. Ini termasuk bahan alumunium, gelas kaca dan aksesori yang ada. 

Kemudian, Samsung juga memberi fokus kepada ketahan telefon ini dengan menghasilkan gaya reka yang tidak mudah calar dan rosak! Dalam kata mudah, telefon korang mampu tahan lasak dalam apa jua situasi tau

Dinilai sehingga tahap IP68 memberi perlindungan lebih tinggiPhoto from Samsung

Telefon ini dinilai sehingga tahap IP68 bermaksud tahap perlindungan lebih tinggi daripada kerosakan air dan habuk. Selepas ini tak perlu lah risau telefon rosak apabila berhadapan dengan cuaca yang tidak dijangka.

2. Boleh Ambil Video Sehingga Resolusi 4K 60FPS!

Kamera baru yang boleh ambil video setinggi resolusi 4K 60FPS!Photo from Samsung

Gaya reka floating camera bukan hiasan semata-mata. Kamera Galaxy S23 FE diberi penambah baik cukup ketara dengan kehadiran 50MP Nightography Wide Camera bersama 10MP Dual Pixel Front Camera.

Apa kelebihan dua kamera ini? Hasil gambar yang ditangkap bertambah lebih baik seperti korang ambil gambar menggunakan kamera profesional. Kamera baru ini memberi fokus lebih bagus termasuklah dari segi depth of field.

Selain itu, Galaxy S23 FE memang sesuai untuk korang yang suka mengambil gambar kerana dapat mengambil gambar potret jauh lebih baik. Kemudian, perasan tak kalau kita ambil gambar pada waktu malam gambar tersebut nampak pecah dan bergetar?

Haa.. kamera Galaxy S23 FE memastikan gambar yang diambil waktu malam akan melenyapkan kekaburan serta getaran yang dipanggil bunyi ini tau. Hasilnya, gambar lebih terang dan tajam walaupun berada dalam situasi tiada cahaya terang.

Kebaikan kamera tidak terhenti dekat situ sahaja. Kalau nak buat video kualiti macam filem hollywood pun boleh tau. Korang boleh merakam video sehingga 4K 60FPS dan 8K 24FPS! Untuk mengambil butiran lebih terperinci menghasilkan kualiti video seperti sebuah filem Hollywood.

Samsung memudahkan Galaxy S23 FE untuk mengambil video seperti seorang pengarahPhoto from Samsung

Seterusnya, terdapat beberapa Pro-features yang korang boleh gunakan tau seperti Single Take, Pro Mode dan Director View. Apa itu Director View? Dalam kata mudah korang dapat menghasilkan sebuah cerita/filem dengan hanya satu rakaman sahaja.

Ini dapat dilakukan melalui multi-camera standby memudahkan korang untuk pilih sudut paling sesuai macam seorang pengarah filem. Korang dengan mudah dapat menukar pandangan berbeza semasa merakam serta menggunakan kedua-dua kamera depan dan belakang secara serentak!

3. Untuk Yang Kaki Game Sangat Sesuai Tau

Siapa sini kaki game? Telefon ini sesuai sangat untuk main gamePhoto from Samsung

Siapa dekat sini seorang gamers yang wajib main game setiap hari? Min salah seorang yang dianggap sebagai kaki game tau. Berita baik untuk korang kerana Galaxy S23 FE adalah telefon terbaik untuk bermain game tanpa menghadapi sebarang masalah tau.

Skrin sebesar 6.4” Dynamic AMOLED 2X bukan sahaja besar malah menghasilkan kualiti imej cukup mendalam melalui kontras warna tinggi. Kemudian, korang mesti tak suka skrin malap kan? Jangan risau skrin ini boleh jadi terang untuk melawan masalah malap!

Selain itu, ciri 120Hz Adaptive Refresh Rate memberi tindak balas pada sentuhan lebih lancar, cepat serta fluid. Memang sesuai kalau korang bermain game yang memerlukan tindak balas respon yang tinggi!

Skrin sebesar 6.4” Dynamic AMOLED memberi imej kualiti yang sangat baikPhoto from Samsung

Macam min suka main game strategi, kadar respon skrin yang tinggi membuatkan game yang min main sangat lancar, pantas dan licin. Kemudian, kehadiran Ray Tracing dalam telefon ini dapat menghasilkan kualiti grafik cukup realistik!

Ray Tracing dapat menghasilkan bayangan seperti dunia betul untuk menghasilkan simulasi yang sebenar. Ini termasuk bagaimana pantulan cahaya jugak tau! Tetapi kalau main game selalunya telefon kita akan cepat panas dan merosakkan bateri serta keseleruhan telefon kan min?

Perkara ini tidak perlu dirisaukan lagi kerana Samsung telah menghasilkan Vapor Chamber jauh lebih besar untuk mengawal haba panas supaya prestasi game tidak akan terjejas. Besar mana mereka tambah? 3.9 kali ganda lebih besar berbanding model Galaxy S21 FE sebelum ini.

Tak terlupa juga, bateri Galaxy S23 FE jauh lebih besar sebanyak 4,500mAh untuk menambah masa penggunaan lebih lama. Korang boleh main game selama mana pun tanpa perlu menghiraukan tentang bateri cepat habis!

4. Kekal Produktif Bersama Samsung Dex Seamless Multitasking

Kekal produktif bersama Samsung Dex!Photo from Samsung

Kelebihan telefon pintar masa kini adalah ia dapat meningkatkan produktiviti kita untuk memudahkan kita menyiapkan kerja yang tergendala dalam satu masa.

Galaxy S23 FE dilengkapi dengan Samsung Dex yang dicipta untuk memudahkan process berkerja dan meningkatkan produktiviti. Dengan mudah korang dapat sambungkan telefon ke tablet (Galaxy Tab S9 FE) monitor atau TV untuk dapatkan paparan skrin lebih besar.

Ini akan memudahkan korang untuk menyiapkan tugasan kerana terdapat 2 skrin berbeza menarik mata untuk fokus sepenuhnya. Selain itu, nak pindahkan fail penting pun senang sahaja antara dua peranti yang berbeza!

Kemudian, hiaskan telefon korang mengikut keperluan atau mood dengan One UI. User interface (UI) ini memboleh korang tetapkan paparan sesuka hati mengikut pilihan peribadi.

Apa yang korang boleh lakukan? Letakkan widget penting seperti waktu jam, quick settings panel dan pelbagai lagi tau. Tak lupa juga, korang boleh tetapkan pelbagai gesture dan quick action untuk mencari sesuatu dalam telefon dengan mudah dan pantas.

Privasi dan sekuriti telefon amat penting supaya apa-apa informasi penting tidak dapat dibocorkan dengan mudah betul tak? Sebab itu Knox memastikan mereka menjaga segala info sensitif yang penting dengan baik.

Memang lengkap hidup kita dengan Samsung S23 FE ni kan?Photo from Samsung

Semakin kuranglah korang akan mengalami masalah informasi penting dibocorkan ke mana-mana sahaja. Haa.. bagaimana menarik tak Samsung Galaxy S23 FE? Bukan setakat ciri telefon sahaja menarik tau sebab korang berpeluang untuk menang pelbagai hadiah daripada Samsung jika korang beli telefon ini sekarang!

Jom Sertai #GalaxyTroop Untuk Menang Pelbagai Hadiah Menarik Dari Samsung!

 

Kali ini Samsung menawarkan korang pelbagai jenis hadiah menarik jika korang sertai #GalaxyTroop mereka tau! Apa hadiah yang menanti korang boleh baca di bawah ini:

Sertai #GalaxyTroop untuk menikmati faedah eksklusif EPIC ini:

  • Kurangkan Monday Blues korang dengan ganjaran setiap minggu untuk meraikan peminat seperti korang!
  • Dapatkan pengalaman eksklusif seperti barang, promo dan ganjaran termasuk tiket TGV, aiskrim Inside Scoop, yogurt llaollao dan banyak lagi!

Langkah yang korang perlu lakukan adalah:

  1. Daftar untuk menjadi #GalaxyTroop
  2. Semak e-mel setiap hari Isnin untuk mendapatkan pautan untuk menebus hadiah mingguan

23x FE Special Rewards!

23 Days of Epic Rewards adalah perayaan hanya untuk #GalaxyTroop! Troopers yang membeli Galaxy S23 FE dan Galaxy Tab S9 FE | Tab S9 FE+ berpeluang untuk menang Galaxy Tab S9, Galaxy Watch5 Pro, Galaxy Buds2 Pro atau Galaxy Buds2 setiap hari.

Tempoh ganjaran bermula dari 21 Oktober - 12 November 2023, jangan lepas peluang korang untuk menang hadiah lumayan setiap hari!

Langkah yang korang perlu lakukan adalah:

  1. Klik pada Peraduan ‘23x FE Special Rewards’ dalam aplikasi Samsung Members app
  2. Jawab soalan mudah dan pamerkan jawapan di bawah Penyiaran Komuniti untuk memberitahu Samsung korang sudah menyertainya!

Epic Rewards Bernilai Sehingga RM1150 apabila korang beli Galaxy S23 FE

  • Sertai #GalaxyTroop dan nikmati rebat segera bernilai RM500
  • Dapatkan peningkatan double storage bernilai RM300 pada varian Galaxy S23 FE 256GB
  • Jimat sehingga RM350 dalam tawaran istimewa tukar beli
  • Diskaun sehingga 30% purchase-with-purchase pada Samsung Care+ untuk siri Galaxy Tablets dan siri Galaxy Buds terpilih termasuk Aksesori Samsung

Tunggu apa lagi korang? Apa kata korang tukar dan beli Samsung Galaxy S23 FE dan sertai #GalaxyTroop untuk mendapat pelbagai hadiah lumayan ini! Nanti dah terlepas jangan menyesal.

Mungkin korang suka baca:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok