Rumah Kampung Kecantikkan Seni & Budaya Melayu
Kalau kita pulang ke kampung perkara pertama yang menarik perhatian kita adalah kecantikkan rumah kampung. Diperbuat daripada kayu mempunyai kesenian tersendiri yang sukar untuk dibandingkan dengan gaya seni bina yang lain betul tak?
Min masih ingat waktu kecil dulu selalu kena balik kampung di kawasan Pantai Timur. Pada waktu itu, min dibesarkan di persekitaran bandar yang dipenuhi dengan bangunan tinggi, rumah moden dan kesesakan bandar.
Terkejutnya diri waktu itu melihat sepanjang perjalanan betapa lainnya persekitaran di kampung dan bandar. Berderet rumah kayu tradisional yang setiap satu mempunyai gaya sendiri membuatkan mereka mempunyai ciri individu.
Ada yang mempunyai bumbung tinggi, ada yang takda kaki dan ada juga masih mencampurkan unsur moden pulak tu. Setiap satu mampu menceritakan kisah mereka melalui seni pembinaan mereka sahaja.
Itu yang membuatkan rumah kampung sangat unik dan menarik! Kalau nak dibandingkan dengan rumah moden gaya pembinaan mereka pun sangat berbeza kerana banyak menggunakan unsur tradisional.
Photo from New Straits Times
Dari mana agaknya datang gaya seni bina rumah tradisional kampung melayu ini kan? Hmm.. apa kata kita cuba belajar pasal kesenian tradisional rumah nenek kita!
Mengambil Insiprasi Daripada Alam Sekitar
Photo from Pinterest
Sebelum datang zaman penjajah yang membawa pengaruh luar dan pembinaan moden. Orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Malaysia telah berjaya mencipta sistem perumahan cukup canggih, cantik dan sesuai mengikut gaya hidup dan persekitaran negara kita.
Oleh kerana iklim cuaca di negara kita adalah panas sepanjang tahun dengan musim hujan diselitkan sekali dan rumah tradisional dibina mengikut cuaca kita tau. Bermula dengan 3 kompeonen utama iaitu lantai tinggi , bukaan dinding dan bumbung cerun bertingkat.
Setiap komponen ini membantu bagi menghasilkan sebuah struktur yang dapat melindungi penghuni daripada cuaca. Penggunaan lantai tinggi memberi manfaat dengan mengekalkan keselesaan di bahagian dalam dengan melindung daripada binatang liar yang buas.
Selain itu, angin pula dapat bergerak dengan bebas melalui lantai tinggi tersebut dan dapat memasuki ruang dalaman bagi membantu proses penukaran dan peredaran udara. Dalam kata mudah, rumah akan jadi nyaman dan sejuk secara semula jadi.
Kemudian, kompoen fasad (muka depan) rumah mempunyai banyak pembukaan dari paras lantai sampai ke siling rumah. Tujuan ini untuk tingkatkan peredaran udara yang merentas rumah tersebut dikenali sebagai cross ventilation. Ia dapat membawa masuk udara sejuk dan menyalur keluar udara panas dalam rumah.
Photo from Pinterest
Jangan lupa bumbung rumah tradisional turut bertujuan tau! Tugas mereka adalah untuk menyalurkan udara panas keluar melalui rongga di antara bumbung atas dan bawah. Udara panas akan terperangkap di rongga ini dan penggunaan bahan binaan ringgan seperti atap nipah untuk menyejukkan bahagian atas bumbung. Bahan seperti ini tidak menyimpan haba dan dapat menyejukkan rumah serta merta.
Jenis Rumah Tradisional Yang Ada!
Photo from Rumah Gadang
Selain daripada mengambil inspirasi alam sekitar, rumah kampung mempunyai pengaruh budaya lain yang cukup kuat. Kebanyakkan budaya ini datang daripada kawasan serumpun dikenali sebagai Nusantara.
Budaya rumah Pattani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi dan Bajau telah mempengaruhi senibina dan reka bentuk rumah kampung. Kemudian, setelah kedatangan penjajah barat menyebabkan perubahan kepada rumah kampung kita tau.
Bentuk rumah mula berubah daripada rumah bumbung panjang kepada rumah kepada rumah limas. Bezanya adalah kedudukannya bumbung sangat berbeza daripada rumah sebelum datang penjajah.
Oleh itu, kalau pusing jalan satu negara korang dapat lihat setiap negeri mempunyai gaya tersendiri. Kalau di Johor korang dapat lihat gaya rumah limas yang datang daripada Belanda dan British.
Kalau di bahagian utara iaitu Kedah dan Perlis. Rumah mereka mempunyai bumbung panjang dikenali sebagai rumah serambi kedah atau rumah panjang. Kalau di Pulau Pinang pula, rumah mereka pun berbumbung panjang yang dipengaruhi daripada Melaka.
Photo from kosmo
Manakala di Perak, rumah mereka dikenali sebagai Rumah Kutai dan Rumah Potong Pattani. Kalau kita singgah ke pantai timur pulak, rumah Terengganu dan Kelantan terdapat dua jenis tau. Pertama adalah rumah bujang dan rumah tiang dua belas.
Singgah sekejap di Selangor rumah mereka dipengaruhi oleh seni bina daripada Melaka dan Negeri Sembilan. Haa..siapa sangka setiap negeri mampu menghasilkan keunikkan masing walaupun mengambil pengaruh yang sama.
Masa Hadapan Untuk Rumah Kampung Kita
Photo from Pinterest
Rumah kampung yang ada dalam negara kita merupakan sebuah aset sangat berharga. Kecantikkan gaya seni bina memang patut dijaga dengan baik untuk generasi akan datang.
Keistimewaan rumah tradisional memang banyak kalau nak lawan dengan rumah moden pada masa kini. Kemudian, masyarakat ketika itu sangat kreatif dan berjaya menghasilkan sebuah budaya yang mengambil inspirasi daripada persekitaran mereka.
Setiap rumah mempunyai reka bentuk yang berkait rapat dengan pelbagai faktor yang mempengaruh keseleruhan gaya. Selain itu, bukan rumah sahaja cantik halaman rumah pula dipenuhi dengan pelbagai tanaman tau.
Tanaman ini akan menghasilkan suasana nyaman secara semula jadi.Ruang dalaman pula dipisahkan dengan beberapa bahagian mengikut keperluan dan kegunaannya berkait rapat dengan agama.
Jangan lupa hiasan yang ada pada setiap rumah bagi menaikkan seri rupa rumah tersebut. Hiasan pula mengambil inspirasi daripada kecantikkan flora dan fauna yang ada dapat menambah nilai estetik dalam gaya seni bina.
Oleh itu, selepas ini kalau korang dapat lihat rumah kampung tradisional yang dijaga dengan baik apa kata ambil masa untuk hargainya. Mana tau lagi 5 tahun akan datang kita dah tak dapat peluang untuk melihatnya lagi?
Mungkin korang suka baca: