FIVE GUYS Khas Untuk Peminat & Pencinta Burger!
Burger adalah makanan barat yang cukup popular dalam negara kita. Kita sendiri boleh lihat berderet kedai burger yang ada baik jenama makanan segera ataupun perusahaan sendiri tetapi kalau nak cari paling sedap hanya ada di FIVE GUYS!
Meskipun makanan ini berasal daripada negara barat iaitu Amerika Syarikat, burger telah menjadi makanan barat kegemaran ramai orang. Kita boleh dapatkan sebiji burger dekat mana-mana sahaja pulak tu.
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Rakuten Insight survey, 76% rakyat Malaysia akan pesan makanan segera melalui aplikasi penghantara makanan. Manakala, sebelum era pandemik pula 87% akan pilih untuk makan di luar. Pilihan mereka untuk makan di luar? Restoran makanan segera.
Setiap jenama makanan segera pasti mempunyai burger dalam menu mereka yang akan dijual mengikut gaya dan resipi tersendiri. Itu yang membuatkan burger lebih unik kerana terdapat kepelbagaiaan dan tidak semua akan menghasilkan cara yang sama.
Photo from IG: fiveguysmy
Oleh itu, FIVE GUYS muncul dengan satu misi dalam negara kita. Mereka ingin menghasilkan burger paling sedap serta mengekalkan identiti resipi original macam mana di Amerika Syarikat (AS). Jenama ini menjadi laris setelah membuka kedai pertama di Genting Highlands dan mendapat sokongan daripada peminat tempatan.
Apa keistimewaan FIVE GUYS berbanding jenama makanan segera yang lain dan apa rahsia mereka menghasilkan burger yang sedap?
Apa Keistimewaan FIVE GUYS?
Photo from Inc. Magazine
Semuanya bermula dengan Jerry Murrell dan empat anak lelakinya membuka kedai pertama di Arlington, Virginia pada tahun 1986. Tujuan mereka adalah mencipta sebuah rangkaian restoran makanan segera Amerika memberi fokus kepada burger, hot dogs dan kentang goreng.
Photo from Woo june
Photo from Google
Sebanyak 15 Jenis Topping Boleh Dipilih!
Walaupun burger yang dihasilkan dekat FIVE GUYS menggunakan bahan segar dan berkualiti ramai orang akan pilih burger di tepi jalan juga betul tak min? Haa.. ini lagi satu yang membuatkan mereka lagi best berbanding kedai lain.
Korang boleh pilih 15 jenis topping untuk diletakkan ke dalam makanan korang tau. Ini termasuk burger, hot dog dan grilled cheese sandwich. Semua topping ini adalah percuma dan tiada masalah pun kalau nak masukkan kesemuanya sesuka hati.
Topping yang ada pun dijamin hanya menggunakan bahan segar sahaja dan menambah tekstur berbeza dalam burger korang pulak tu. Siapa je tak suka bila diberi peluang untuk tambah bahan lain dalam makanan secara percuma kan?
Photo from FIVE GUYS
Sebab itu burger yang korang nikmati dekat FIVE GUYS jauh lebih unik kerana mempunyai personaliti yang terhasil daripada korang. Kombinasi topping yang korang pilih akan menghasilkan burger berbeza daripada orang lain. Mungkin ada yang suka tambah cili untuk kasi pedas sikit.
Kemudian, daging patty pula dihasilkan dengan campuran 80/20 iaitu 80% daging 20% lemak. Ini memastikan patty tersebut tidak kering kekal juicy dengan setiap gigitan membuatkan mulut korang dipenuhi dengan rasa menakjubkan.
Nak tau apa pilihan topping yang ada? Min senaraikan untuk korang!
- Mayo
- Lettuce
- Pickles
- Tomatoes
- Grilled Onions
- Grilled Mushrooms
- Mustard
- Relish
- Onions
- Jalapeno Peppers
- Green Peppers
- A1 Steak Sauce
- BAR-B-Q Sauce
- Hot Sauce
Berbaloi Ke Dengan Harga Bangsawan?
Photo from FIVE GUYS
Ini menjadi persoalan pertama yang ramai akan tanya sebelum melangkah masuk ke dalam restoran mereka. Berbaloi ke dengan harga yang ditulis pada menu? Kontroversi ini pernah tular sewaktu mereka sedang giat melakukan renovasi pada lokasi kedai pertama.
Ramai netizen terkejut melihat harga yang dipaparkan dan merasakan tidak masuk akal langsung. Oleh itu, ramai mula menamatkan hasrat mereka untuk pergi menikmatinya kerana terlalu mahal untuk satu burger sahaja.
Bagaimanapun, min faham akan situasi ini. Untuk bayar harga mahal untuk burger sahaja nampak tidak berbaloi langsung tetapi korang bukan sahaja dapat burger. Korang bayar untuk menikmati makanan yang dihasilkan menggunakan bahan berkualiti dan segar sahaja tau.
Korang sendiri dapat lihat bagaimana makanan tersebut dihasilkan depan mata dan bukan dimasak siap-siap pulak tu. Semunya akan masak mengikut pesanan dan portionnya memang besar. Dari pagi sampai ke malam boleh kenyang.
Photo from fiveguymy
Jangan lupa kentang mereka tau! Mana puas makan burger takda kentang dekat tepi. Semuanya akan dipotong dengan tangan dan digoreng dalam minyak kacang sebanyak 2 kali untuk menghasilkan kulit ranggup diluar tetapi lembut sutera di bahagian dalam.
Mengikut netizen yang dah pernah cuba, ramai mengatakan sangat berbaloi untuk mencuba buat kali pertama. Burger yang dihasilkan memang tiada bandingan langsung dan tak lupa juga pilihan makanan ringan yang ada untuk melengkapkan pengalaman korang.
Tak lupa juga ada milkshake untuk korang order bagi untuk menambah sedikit kemanisan dalam hidup!
📍 168, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, Pavilion, 55100 Kuala Lumpur
⏰ Setiap hari (11 am - 10 pm)
Mungkin korang suka baca: