Ikan Kayangan Yang Boleh Cecah Harga RM10K!
Untuk menikmati makanan laut kita perlu mengeluarkan duit yang banyak. Kalau main ambil je jangan terkejut kalau harganya sudah cukup untuk beli telefon pintar baru. Tetapi tak ramai orang tahu kewujudan ikan kelah yang harganya sudah cukup untuk buat korang pengsan mendengarnya tau.
Pernah tular sebelum ini seorang artist terkejut melihat resit yang perlu dibayar sudah mencecah RM1.2k. Ramai netizen turut setuju bahawa makanan laut bukan lagi berbaloi kerana amik 3 lauk sahaja boleh cecah harga ratus.
Selalunya ramai orang akan pilih ikan siakap kerana isinya manis, berlemak dan cukup memuaskan. Selain itu, nak masak ikan siakap pun senang, banyak pilihan dari segi gaya masakan pun boleh dipilih.
Lepas tu harganya tidak terlalu mahal sampai buat kita menangis. Kalau itu sahaja sudah dianggap mahal, ada segelintir nelayan dan kaki pancing kata kalau setakat 1k masih murah kerana terdapat spesis ikan yang boleh cecah 10k ke atas tu.
Biar betul kan? Min pada asalnya pun tak percaya sebab tak masuk akal betul seekor ikan yang berharga kereta Myvi. Namun, selepas melakukan sedikit ulang kaji memang terdapat satu ikan dalam negara kita boleh cecah harga itu.
Photo from MALAYSIAN FISH HUNTER
Ikan tersebut dikenali sebagai ikan empurau atau lebih dikenali sebagai kelah. Ikan ini memang susah untuk ditangkap campur pula dengan populasinya yang rendah membuatkan korang seperti raja kalau dapat tangkap satu.
Tetapi persoalannya mengapa boleh jadi mahal betul?
Ikan Yang Diberi Gelaran 'Raja'
Photo from Red-Mahseer
Ikan Kelah (Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang mempunyai sisik besar. Kalau korang berada dalam komuniti dunia pancing, ikan ini dianggap sebagai hadiah utama dan banyak terdapat di negara Asia Selatan dan India.
Pada tahun 1822, seorang pemancing bernama Hamilton berjaya mengambil gambar ikan ini. Manakala, Majalah Oriental Sporting mencabar kaki pancing untuk menangkapnya pada tahun 1833.
Akibatnya, ikan ini menjadi buruan kegemaran untuk kaki pancing orang British yang tinggal di India. Spesis Golden Mahseer yang diketahui boleh mencapai saiz sehingga 2.75 meter panjangnya dan 54 kg beratnya.
Memang susah untuk jumpa ikan ini kerana mereka menjadikan sungai dan tasik sebagai rumah. Ikan ini akan naik ke anak sungai dan dasar sungai yang mempunyai banyak batu untuk membiak.
Selain itu, ikan kelah adalah omnivor yang makan alga, serangga, kata dan buah-buahan yang jatuh daripada pokok. Diberi gelaran "Raja Sungai" di Sarawak kerana mempunyai nilai komersial sangat tinggi tau.
Harganya boleh cecah dari RM800 hingga Rm1,000 untuk satu kilogram. Seorang penjual ikan bernama Ong Ee Ching berkata beliau pernah melihat ikan kelah dijual pada harga Rm7,900 dengan bersaiz 7.9 kg.
Photo from astro awani
Pelanggan yang beli pula selalunya orang kaya untuk digunakan ketika menyambut perayaan. Ong turut percaya ikan kelah yang sedap datang daripada Sungai Balleh kerana mempunyai isi yang paling lembut.
Kalau korang nak rasa jugak ikan ini, min suggest untuk cari berat 2kg ke bawah kerana harganya bermula Rm400 per kg. Haa.. dah boleh mula menabung rasanya!
Betul Sedap Ke Rasa Ikan Kayangan Ni?
Photo from FB | Lynn Dani
Mesti bermain di fikiran korang betul sedap ke rasa ikan ini? Apa yang mebuatkannya rasa lebih sedap berbanding ikan lain yang kita boleh beli dengan harga lebih murah seperti siakap, pari atau bawal.
Disebabkan ikan eksotik ini makan buah yang dijumpa di tepi sungai dikenali sebagai buah engkabang. Ini makanan kegemaran mereka dan ramai percaya itu rahsianya yang membuatkan isinya berlemak, manis dan mempunyai aroma tersendiri berbanding ikan lain.
Menurut orang yang pernah rasa ikan ini. Tekstur isinya pejal dan ramai orang rekomen untuk tak buang sisik ikan ini kerana akan menambah rasa jauh lebih sedap berbanding ikan lain yang sudah dibuang sisik.
Rasanya pula sangat berlemak menyebabkan banyak juga cara untuk masak ikan ini. Ada yang masak tempoyak, tiga rasa, stim dan goreng sehingga ranggup untuk makan bersama sambal kicap.
Photo from Ulu Bayor
Puas betul agaknya kalau dapat rasa satu dengan sepinggan nasi putih panas!
Kalau Dapat Peluang Nak Tak Korang Rasa
Photo from King of Mahseer
Jika diberi peluang untuk menikmati ikan ini secara percuma adakah korang akan cuba? Kalau tanya min, teringin juga nak cuba dan nak tahu betul ke isinya sangat manis dan berlemak sampai sisik pun tak perlu dibuang.
Selain itu, walaupun harganya sedikit mahal masih ramai orang tak tahu tentang kewujudan ikan ini. Melainkan korang kaki pancing atau pengemar makanan laut dan tak banyak orang akan mempromosikan ikan ini.
Negara seperti Cina, Singapura, Hong Kong dan Taiwan merupakan pelanggan utama yang sering membeli ikan kayangan ini. Kalau di Malaysia pula, permintaan yang tinggi kebanyakkan datang dari Sarawak.
Adakah korang rasa ikan ini sedap kerana harganya atau isinya memang betul sedap?
Mungkin korang suka baca: