8 kafe Di Shah Alam Yang Patut Anda Cuba
Bandar Raya Shah Alam terkenal dengan jolokan bandar perindustrian kerana tertubuhnya banyak kawasan perindustrian dan kilang-kilang multinasional.
Ini membuatkan Shah Alam cepat berkembang di mana ramai yang berhijrah ke Bandar Raya ini untuk mencari rezeki sekaligus terus bermaustatin di sini.
Malah, Shah Alam juga terkenal dengan beberapa universiti dan kolej yang popular di Malaysia. Disebabkan para pelajar ini, kafe-kafe dan tempat makan yang sedap di Bandar Raya ini mula mendapat perhatian ramai.
Oleh itu, mari kita lihat kafe-kafe yang menarik di Shah Alam yang boleh anda semua cuba.
?One Serambi Cafe
Jika anda menyukai cafe yang berkonsep desa dan hutan, One Serambi kafe adalah tempat yang terbaik untuk dikunjungi. Ditambah pula dengan dekorasi serta meja dan kerusi kayu membuatkan suasana bagaikan anda berada di dalam hutan.
Hidangan di cafe ini juga berkonsepkan makanan barat turut merangkumi hidangan utama dan pencuci mulut.
?1-G, D’bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
⏰11am - 7pm, Rabu - Ahad
?Pinggan Puteh
Namanya yang unik ini sememangnya mudah mendapat perhatian ramai, namun apa yang menjadikan cafe aestetik ini lebih mendapat perhatian adalah menunya di mana ia terdiri daripada tiga kategori iaitu Pinggan Utama untuk hidangan utama, Pingga Tepi untuk hidangan sampingan dan Pinggan Manis untuk pencuci mulut.
Selain itu, kafe ini juga mempunyai spot bergambar yang cukup lawa dan aestetik. Jadi, pastikan anda bersedia untuk klik kamera apabila ke sini.
?30G, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40100 Shah Alam, Selangor
⏰ 12pm - 8pm, Selasa - Ahad,
?Scrumptious Sugar
Seperti namanya, penggemar pencuci mulut memang diwajibkan untuk ke kafe ini. Terletak di Bukit Jelutong, anda kena cuba mini pavlova, donut dan juga cupcake mereka!
Suasana di kafe ini juga sangat sesuai untuk dikunjungi bersama rakan-rakan ataupun yang tersayang. Malah, terdapat juga satu kawasan yang dikhaskan untuk kanak-kanak bermain.
? 59-1, Jalan Bazar P U8/P, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
⏰11am - 6pm, Selasa - Khamis
11am - 6.30 pm, Jumaat - Ahad,
?Cake Jalan Tiung
Jika ada penduduk lokal ataupun sudah menetap lama di Shah Alam, nama kafe ini pasti sudah biasa didengar kan?
Untuk pengetahuan, Cake Jalan Tiung kini sudah mempunyai francais di luar Shah Alam juga namun begitu, kafe ini tetap menjadi pilihan untuk dikunjungi oleh mereka yang mengidamkan kek.
?9, Jalan Sukun 4/7, Seksyen 4, 40000 Shah Alam, Selangor
⏰11am- 6pm, Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat
10am - 6pm, Sabtu - Ahad
?Kopimeo
Satu lagi kafe yang berkonsepkan desa yang terletak di tengah-tengah pusat Bandar Raya Shah Alam. Menawarkan makanan barat seperti piza dan juga hidangan yang berasaskan daging.
Pengunjung juga boleh menikmati kopi dan juga pencuci mulut yang diyakini sedap hingga menjilat jari!
?33, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
⏰12pm - 7pm, setiap hari
?Kedai Makan Fei & Ali
Jika anda teringin nak makan kek crepe yang lazat, bolehlah datang ke Kedai Makan Fei & Ali. Selain kek, anda juga boleh juga rasa donut dan cupcake hasil air tangan mereka. Memang betul-betul umph!
Selain itu, kafe ini juga mempunyai hidangan berat seperti pasta dan nasi. Paling best, kafe ini sebenarnya adalah tempat popular untuk pasangan yang bercinta tau.
?22, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
⏰12:30pm - 9pm, Isnin - Rabu,
10:30am- 10:30pm, Jumaat - Ahad
?Gula Cakery
Jika anda teringin nak makan pencuci mulut yang enak, boleh lah berkunjung ke Gula Cakery yang terletak di Kota Kemuning Shah Alam. Mereka sangat popular dengan manisan seperti kek, Victoria Sandwich, croissant dan juga donut.
Selain pencuci mulut, mereka juga menyediakan minuman seperti kopi latte dan juga makanan berat seperti nasi. Senang cerita, semua adalah di kafe ini!
? 11, Jalan Anggerik Aranda BG 31/BG, Seksyen 31 Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
⏰11am - 9pm, setiap hari
?Jelutong Hills Baker
Kafe ini semakin mendapat perhatian ramai kerana menu dan juga pencuci mulut mereka yang sedap! Jika anda mencari tempat untuk melepak sambil menikmati hidangan berat atau pencuci mulut yang lazat, di sinilah tempatnya.
Menu mereka terdiri daripada pembuka selera seperti salad dan juga sup cendawan, dan juga menu utama seperti makan barat ataupun pasta. Anda juga boleh mengakhiri hidangan dengan pencuci mulut seperti Croissant, Tart Beri dan banyak lagi jenis pastri.
? G, No.15-1, 16/G, Jln Elektron U16/E, Denai Alam, 40150 Shah Alam, Selangor
⏰8am - 6:30pm, Selasa - Ahad
Anda mungkin suka: