download Jom Explore app
Giant International Lantern Expo, Dengan Lampu Hiasan Sepanjang 1.6km Yang Menakjubkan!

Giant International Lantern Expo, Dengan Lampu Hiasan Sepanjang 1.6km Yang Menakjubkan!

Jom! Cuti Bajet
By Anthony Teo on 27 Dec 2022
Deputy Managing Editor

Giant International Lantern Expo ialah pameran lampu hiasan yang menarik dan menakjubkan yang akan berlangsung selama 3 bulan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pameran ini akan menampilkan sepanjang 1.6km dengan 10 ribu buah mentol lampu yang akan menghiasi jalanan. Terdapat berpuluhan landmarks antarabangsa yang terdiri daripada Singapura, Thailand, Itali, Jerman, Mesir dan Malaysia, dihiasi dengan lampu yang artistik dan anggun.

Ia juga mempunyai sungai khas, wishing river di mana pengunjung boleh melepaskan wishing lanterns untuk menyeru impian mereka.

Pameran lampu hiasan ini menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik untuk pengunjung dan keluarga. Pengunjung boleh membuat check-in di pelbagai titik lampu hiasan yang menarik.

Ia juga merupakan lokasi yang sesuai untuk beriadah seperti bersiar-siar, bergambar dan bersantai. Pengunjung juga boleh menikmati berbagai-bagai makanan yang disediakan oleh pihak pameran ini.

Giant International Lantern Expo, Port Dickson adalah sebuah pameran yang cantik dan menakjubkan yang pasti akan menjadikan sesiapa yang melawatnya teruja. Ia Akan berlangsung  hingga hujung Mac 2023, pengunjung boleh merancang percutian mereka untuk menikmati pengalaman menarik ini.

?PT3236, Jalan Haji Razak, Kg Baru Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

?012-692 2119

⏰6pm - 10:30pm

?Harga tiket

✅Warga Emas dan kanak-kanak: RM8
✅Dewasa: RM18

?Sumber Foto: Facebook

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok