download Jom Explore app
3 Kisah Sejarah Menyeronokkan Dalam Negara

3 Kisah Sejarah Menyeronokkan Dalam Negara

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 22 Sep 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Negara kita amat terkenal dengan kekayaan budaya pemakanan melalui pencampuran pelbagai bangsa. Tetapi, selain daripada makanan, negara kita turut mempunyai budaya serta sejarah yang cukup hebat untuk dijadikan sebuah kisah sejarah.

Baru-baru ini Min singgah ke Balai Seni Negara untuk menikmati pameran seni dan sejarah. Memang rugi kalau korang tak singgah ke situ tau kerana terdapat pelbagai perkara kita dapat belajar tentang sejarah negara kita.

Pelbagai sejarah yang kita dapat lihat melalui pameran yang ada. Selain itu, mesti kita pernah pelbagai kisah sejarah yang diceritakan oleh orang tua dan buku mencerita perkara yang telah berlaku dalam sejarah.

Kalau kita tengok zaman sekarang, banyak sebenarnya kisah rakyat yang telah dipopularkan menjadi filem tau. Haa.. kalau korang tengok filem kanak-kanak, kebanyakkannya datang daripada kisah sejarah mereka.

Sebab itulah ia menjadi popular dan menunjukkan kepentingan untuk generasi seterusnya. Ini untuk memastikan setiap lagenda atau kisah tidak akan pupus ditelan zaman akibat generasi baru tidak lagi menghayatinya.

Balai Seni Negara merupakan sebuat tempat yang bagus untuk kita belajar macam-macamPhoto from Wikipedia

Oleh itu, jom kita belajar beberapa kisah dalam sejarah yang popular.

Enrique de Malacca, Seorang Pengembara Hebat

Memori Enrique de Malacca yang menceritakan tentang pelayaran beliauPhoto from Trip

Antara kisah paling menarik yang korang boleh belajar adalah Enrique de Malacca. Seorang pemuda yang berjaya pusing satu dunia menggunakan kapal dianggap sebagai satu penemuan serta pencapaian yang hebat dalam sejarah dunia.

Semuanya bermula dengan pada satu masa dahulu, ramai orang percaya bahawa bumi ini leper. Namun pada tahun 1519, Ferdinand de Magellan telah mengetuai sebuah ekspedisi untuk belayar merentasi lautan.

Beliau berjaya membuktikan ada dunia di sebelah Barat. Dunia 'baru' ini dapat dihubungkan bersama dunia timur lalu menunjukkan bumi bukan leper tapi berbentuk sfera bulat. Namun, semuanya berjaya kerana seorang lelaki.

Lelaki tersebut diberi nama oleh pengkaji barat sebagai 'Henry the Black' atau Enrique de Malacca. Asal-usul dan latar belakangnya masih tidak dapat diketahui kerana tiada sumber yang kukuh.

Pengembaraan beliau bermula apabila Portugis menakluk Melaka pada tahun 1511. Ini menyebabkan beliau ditangkap sebagai tawanan perang pergi ke Lisbon untuk dijual sebagai hamba.

Setelah sampainya di Lisbon, beliau diambil untuk berkhidmat untuk Magellan. Namanya ditukar kepada Enrique dan mengikuti Magellan untuk belayar mencari tanah serta harta untuk Kerajaan Sepanyol.

Pada waktu itu pelayaran ke Barat dipenuhi dengan misteri. Namun, Magellan meneruskan ekspedisinya sehingga terjunpa dunia baru yang kini dikenali sebagai benua Amerika Selatan dan Amerika.

Pelayaran Magellan menunjukkan Bumi berbentuk sferaPhoto from The Vibes

Kemudian, ekspedisi diteruskan sehingga mereka menemui Pulau Cebu, Filipina. Enrique pula perasan bahawa beliau memahami pertuturan bahasa dan menunjukkan bahawa mereka berjaya mengelingi dunia.

Puteri Gunung Ledang, Tujuh Permintaan

Populariti Puteri Gunung Ledang sampai ada filem tentangnyaPhoto from IGN SEA

Nama puteri ini bukanlah nama yang asing sebaliknya cukup popular. Terdapat banyak filem telah dicipta serta buku ditulis tentang kisah lagenda Puteri Gunung Ledang dengan tujuh permintaan yang tidak masuk akalnya.

Kisahnya bermula dengan Sultan Mahmud Shah menitahkan Hang Tuah, Sang Setia dan Tun Mamat untuk melamar Puteri Gunung Ledang. Puteri memang terkenal dengan kecantikkannya yang tiada tandingan ketika itu.

Rombongan itu dihantar dan akhirnya mereka tiba di Gunung Ledang. Mereka berjaya bertemu dengan ketua dayang dan menyampaikan hajat pinangan Sultan Mahmud Shah untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang.

Kemudian, Puteri Gunung Ledang setuju menerima pinangan tersebut dengan syarat. Syarat tersebut adalah tujuh hantaran iaitu jambatan emas dari istana Melaka hingga puncak Gunung Ledang.

Jambatan perak dari puncak Gunung Ledang ke istana Melaka. Tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda. Akhir sekali, semangkuk darah Raja Muda Melaka.

Seperti kita sedia maklum, permintaan ini boleh dianggap sebagai tidak masuk akal. Namun, Sultan Mahmud bersetuju untuk memenuhi syarat tersebut untuk mendapatkan cinta Puteri Gunung Ledang.

Sampai sekarang masih tak jumpa jambatan dibina di Gunung LedangPhoto from Trip Advisor

Akibatnya, sultan berubah menjadi kejam menzalimi rakyatnya. Ada teori mengatakan syarat tersebut dicipta untuk menolak pinangan Sultan Melaka secara halus dan sehingga kini kita sendiri tidak jumpa jambatan yang dibina itu.

Puteri Santubong & Puteri Sejinjing

Kecantikkan yang tiada tandingan tentang dua Puteri iniPhoto from RIMBA BAHASA

Selain daripada kisah Puteri Gunung Ledang yang sangat popular. Di negeri Sarawak pula terkenal dengan lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjing menjadi destinasi untuk kaki hiking memanjat gunung terkenal itu.

Kisahnya pula tentang dua puteri yang mempunyai paras rupa sangat cantik. Kedua-dua pula mempunyai suara merdu dan dikatakan rupa seperti kembar tau. Mereka diarahkan untuk menjaga dua buah kampung.

Tujuannya adlaah untuk memeliharan serta memastikan tiada pertelingkahan berlaku di antara dua kampung ini. Lalu, kedua puteri ini menjaga dua kampung ini dengan sangat baik sambil menunjukkan bakat mereka.

Puteri Santubong bijak dalam menenun kain manakala Puteri Sejinjing bijak mengasing sekam padi menggunakan aluk. Aluk ini adalah alat untuk menumbuk padi, mereka menunjukkan kepakaran ini dengan penuh cemerlang.

Akibatnya, seorang putera dikenali sebagai Putera Serapi datang untuk berkunjung. Kedua puteri tertarik melihat putera yang sasa dan kacak telah jatuh hati sehingga berlaku pergaduhan antara dua puteri.

Rasa cemburu mula muncul menyebabkan Puteri Sejinjing mencapai aluk memukul Puteri Santubong. Kemudian, Puteri Santubong membaling tombak menyebabkan Puteri Sejijing terbunuh tau.

Gunung Santubong menjadi destinasi untuk kaki hikingPhoto from Borneo Talk

Kemudian, kedua puteri ini dikatakan disumpah menjadi gunung yang megah korang dapat lihat sekarang. Ada yang mengatakan, lengkuk pada Gunung Santubong wujud disebabkan dipukul dengan aluk itu.

Memang Menarik Sungguh Kisah Rakyat

Haa.. kalau mula bercerita tentang kisah-kisah dahulu memang menarik tau. Terlalu banyak untuk diceritakan serta nilai murni yang dapat dipelajari melalui setiap kisah amat dititikberatkan dalam budaya kita.

Tak salah pun untuk kita mengambil masa seketika untuk mempelajari tentang sejarah negara kita. Ini akan membantu kita untuk mendalami serta belajar pelbagai perkara baru untuk kita manfaatkan.

Sejarah dan budaya negara kita terlalu kaya sehingga amat rugi kalau hilang pada satu masa nanti. Oleh itu, apa kata korang mulakan pengembaraan tentang sejarah negara kita pulak ke?

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok