download Jom Explore app
Malaysia Ada Kuasa Untuk Mengubah Masa?

Malaysia Ada Kuasa Untuk Mengubah Masa?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 22 Sep 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tular baru-baru ini di platform media sosial Twitter seorang pengguna menyatakan hasratnya untuk kembalikan masa Malaysia daripada GMT+8 kepada asalnya iaitu GMT+7. Ramai orang memberi pelbagai reaksi terhadap perkara ini menjadikan satu perbincangan.

Masa merupakan garis ukuran terhadap kehidupan seharian kita. Tanpa kitaran masa nescaya kita mungkin mengalami pelbagai masalah dalam menjalankan aktivit kehidupan kita. Bayangkan kalau tiada masa tetap untuk berkerja!

Oleh itu, amat penting untuk sebuah negara mempunyai sebuah sistem masa bagi memastikan setiap orang dapat mengikutnya. Ini juga dapat mengelakkan daripada kita perlu sentiasa mengubah masa untuk memastikan kita berada di waktu yang betul.

Kalau tiada sistem sebegini, kita nak naik MASS RAPID TRANSIT (MRT) untuk pergi ke kerja pun dah susah. Itu belum sentuh tentang waktu sembahyang pula untuk orang Islam dalam negara ini.

Haa.. pengguna bernama @jhnrdzi meluahkan pendapat untuk kembalikan GMT+7 ke negara kita. Hasratnya adalah untuk memberi orang cukup masa untuk bangun, masak, bersiap dan pergi kerja dengan senang hati tanpa rasa tekejar-kejar.

Setiap negara mempunyai zon masa tersendiriPhoto from airasia

Tetapi, sejak bila negara kita mengubah masa ni sebenarnya, jom tengok!

Masa Itu Umpama Emas

Peta dunia yang menunjukkan garis masa untuk memudahkan kita mengetahui masaPhoto from GISGeography

Konsep masa adalah sesuatu perkara yang kompleks. Masa boleh dianggap sebagai ciptaan dengan persoalan seperti siapa yang mencipta konsep masa? Siapa yang memutuskan serta mengatur masa seperti sekarang.

Walau bagaimanapoun, konsep zon masa akan berubah dan berbeza bergantung pada lokasinya. Terdapat lebih daripada 24 zon waktu di dunia dan Malaysia menggunakan zon masa Coordinated Universal Time (UTC) +8.

Apa yang membuatkan perkara ini lebih menarik adalah negara kita pun mempunyai zon waktu sendiri iaitu Malaysian Time (MYT). Pada satu era dahulu, waktu ditetapkan oleh menara jam sebuah bandar mengikut posisi matahari apabila berada tepat di atas kepala.

Manakala, setiap bandar mempunyai penjaga masa rasmi yang diikut oleh penduduk setempat. Apabila seorang individu pergi ke negara asing, barulah mereka sedar bahawa terdapat perbezaan waktu yang ketara.

Disebabkan itu, seorang jurutera bernama Sandford Fleming dari Kanada ingin menyelesaikan masalah ini. Beliau sedar jika dibiarkan akan bertambah teruk dan mencadangkan satu masa dunia pada tahun 1879. Lalu, terhasil International Meridian Conference.

Menurut beliau mencadangkan 3 perkara tentang waktu umum iaitu dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu. Setiap zon waktu adalah 15 darjah longitud. Bermula dari Greenwich, England, satu jam akan ditambah untuk setiap 15 darjah.

Sandford Fleming yang mencadangkan satu masa yang akan diikut oleh satu duniaPhoto from Wikipedia

Cadangan ini dianggap sebagai solusi bernas namun tengah hari harus diubah suai untuk mewakili waktu tengah hari. Walaupun tidak semua negara menggunakan cadangan ini pada awalnya. Pada 1900, kebanyakkan negara sudah menyesuaikan diri dengan cadangan Fleming.

Perbezaan Greenwich Mean Time (GMT) dan UTC adalah GMT tidak mengambil kira tahun lompat. Manakala, UTC mengambil kira tahun lompat dan digunakan pada peringkat antarabangsa pada tahun 1964 dan Greenwich kekal sebagai titik permulaan.

Malaysia Berubah Mengikut GMT+8

Cadangan dari Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir mempunyai kuasa untuk mengubah masaPhoto from iluminasi

Ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad melihat perbezaan waktu antara Semenanjung Malaysia dan Timur Malaysia mempunyai perbezaan waktu. Sabah dan Sarawak berada 30 minit lebih laju daripada Semenanjung.

Walaupun perbezaan waktu tidak begitu banyak. Di mata Tun Mahathir ini dapat memberikan kesan negatif pada waktu berkerja di kedua-dua belah Malaysia menjadikan penyelarasan mustahil.

Akhirnya, selepas hanya lima bulan berada dalam kerajaan, Tun Mahathir mencadangkan usul untuk menyelaraskan waktu Semenanjung Malaysia dan Timur Malaysia. Ini akan mengubah waktu Semenanjung 30 minit lebih awal daripada Timur Malaysia.

Selain itu, cadangan ini dapat mengukuhkan semangat nasionalisme dan menyatukan negara secara keseleruhan. Cadangan ini diterima secara meluas di Parlimen dan berkuat kuasa pada 1 Januari 1982.

Pada 1 Januari 1982, masa negara kita diubah kepada GMT+8Photo from Kuala Lumpur Attractions

Pada 31 Disember 1981, pada pukul 11:30 malam jutaan rakyat Malaysia menyaksikan jam di menara Bangunan Sultan Abdul Samad dipercepatkan 30 minit. Selepas itu, bermula era GMT-8 yang masih digunakan sekarang.

Patut Ke Kita Ubah Kembali Ke Masa Asal

Patut ke kita kembalikan zon masa asal kita?Photo from Harian Metro

Walaupun keseleruhan Parlimen termasuk pembangkang setuju dengan cadangan untuk mengubah zon waktu. Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempersetujui cadangan ini kerana tidak memberi manfaat dari segi ekonomi sekalipun.

Ada yang menyatakan hasrat untuk selaraskan kepada GMT+7.30 kerana pusat ekonomi Malaysia ketika itu adalah di Kuala Lumpur. Kini, masih ramai orang tidak memahami kelebihan jika kita kembalikan semula zon masa asal.

Beberapa pengguna berkongsi pendapat mengatakan, jika zon waktu dikembalikan. Kita akan mempunyai masa yang lebih panjang serta tidak akan rasa terkejar-kejar untuk melengkapkan rutin harian kita.

Selain itu, ada juga meluahkan pendapat ini akan memudahkan Circadian rhythm semulajadi badan kita. Memberi kita lebih waktu untuk bersenam, berehat serta tidur yang secukupnya.

Apa pendapat korang tentang perkara ini? Adakah korang rasa kita patut kembalikan semula zon waktu asal kita.

Mungkin korang suka baca:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok