Rutin Penjagaan Jambang Untuk Lelaki Kacak!
Kekemasan pada paras rupa penting bagi seorang lelaki. Selalunya, lelaki sibuk menjaga rambut sahaja dan rambut jambang selalu dipinggirkan menyebabkan banyak masalah kekotoran di kawasan muka. Kalini, kita belajar bagaimana nak menjaga kebersihan jambang korang!
Panjang, pendek, lebat atau nipis. Lelaki berjambang adalah simbol dan ikon maskulin yang menepati ciri imej yang dicipta oleh dunia. Jambang memainkan peranan penting dalam menentukan penampilan serta personaliti seorang lelaki tau.
Walaupun korang tidak mempunyai jambang. Tidak semestinya korang tidak perlu menjaga kebersihan di kawasan tersebut tau! Ramai lelaki tak tahu tentang rutin penjagaan jambang dengan betul.
Ini dapat menyebabkan banyak masalah dalam kehidupan seharian yang tak ramai sedar. Kalau muka asyik gatal, naik merah dan rasa berminyak di kawasan leher adalah tanda jambang korang kotor!
Selain itu, ini dapat menyebabkan penumbuhan tidak sekata serta rambut tumbuh ke dalam kulit muka korang. Haa.. sebab itu pentingnya korang mempunyai rutin penjagaan muka dengan penuh teliti untuk mengelakkan masalah ini tau.
Photo from Pinterest
Tak rugi pun kerana lepas ini jambang korang akan tumbuh lebih sihat serta berkilat. Lagi ramai perempuan akan mula berkenalan setelah melihat jambang tumbuh dengan baik!
Cuci 2-3 Kali Seminggu Sekurang-Kurangnya
Photo from Pinterest
Selalu kita pesan untuk cuci rambut, muka dan badan sahaja kan? Bahagian jambang pun kita buat-buat lupa. Lama kelamaan, segala kekotoran akan mula melekat di bahagian misai dan jambang menyebakan muka tidak selesa!
Oleh itu, pastikan korang mencuci bahagian jambang sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu dengan cara yang betul. Bukan sekadar meletak sabun dan memberus sahaja dapat membersihkan sepenuhnya tau.
Sebaliknya, korang perlu menyental dan menggosok sepenuhnya di setiap permukaan bagi memastikan tiada sisa kuman sekalipun. Tetapi, elakkan menggunakan sebarang kekasaran dan tonyoh dengan lemah lembut sahaja sudah cukup.
Selain itu, sebelum korang mulakan proses mencuci pastikan tangan korang turut bebas daripada sebarang kotoran tau. Semakin bersih tangan, semakin kurang kotoran dan kuman akan hinggap di kawasan muka korang.
Photo from Pinterest
Korang juga perlu elak mencuci terlalu banyak tau. Sama seperti bersikap kasar, ini akan menyebabkan kulit menjadi kering menambah kepada rasa kegatalan dan kerengsaan.
Amik Masa Untuk Kenali Jenis Kulit
Photo from Pinterest
Manusia dilahirkan secara unik dan setiap individu mempunyai jenis kulit tersendiri. Kemungkinan satu kaedah berhasil pada kawan akan berhasil pada korang juga. Sebaliknya, amik masa untuk mengenali jenis kulit korang juga.
Pastikan kulit korang menentukan rutin pencucian dan bukan sebaliknya. Ini akan membantu korang untuk menambah serta membuang beberapa kaedah yang dapat membantu korang untuk mendapat jambang yang menawan.
Bukan itu je, ini akan membantu korang untuk memilih produk berdasarkan jenis kulit. Doktor pakar serta farmasi pun senang nak bantu memilih produk bersesuaian jika korang ada sebarang masalah komplikasi.
Kalau korang ada jenis kulit sensitif lagi susah untuk mencari produk sesuai kalau korang tak pernah tahu. Berkemungkinan, korang terdedah kepada masalah jerawat dengan memakai produk tidak bersesuaian. Haa.. penting untuk ambik tahu!
Sentiasa Melembapkan Jambang Korang
Photo from Pinterest
Min pernah kata sebelum ini, proses melembapkan kulit muka sangat penting dalam rutin penjagaan kulit muka. Korang selalu perasan tak artis korea, hollywood sering mempunyai kulit lembap dan bersinar seperti kaca?
Rahsianya terletak pada produk pelembap! Pastikan korang sentiasa melembapkan bahagian jambang untuk mengekalkanya dalam keadaan sihat. Kalau korang selalu merasakan bahagian tersebut rasa kasar, kering dan asyik mereah kerengsaan.
Korang boleh atasi masalah ini dengan memilih produk pelembap bersesuaian dengan kulit korang tau! Ia juga dapat mengelakkan janggut jadi kering dan berduri jika disentuh serta membuatkan korang kelihatan lebih kusam.
Walaupun secara semula jadi kulit kita menghasilkan minyak. Tak salah untuk melembapkan sedikit untuk menjaga dengan sepenuhnya.
Jangan Lupa Nak Trim Pulak
Photo from Pinterest
Tiap kali singgah ke kedai gunting rambut lelaki mesti potong rambut je. Bahagian jambang tu selalu lupa nak pesan untuk kemaskan tapi tak semua lelaki macam ini. Sama seperti rambut, bahagian tersebut pun kena trim!
Kalau tak trim berkemungkinan jambang akan tumbuh tak sekata menyebabkan kelihatan bertompok. Selain itu, ia juga membuatkan korang nampak tidak terurus menjatuhkan penampilan kacak yang korang tengah cuba usaha.
Nasihat min untuk trim adalah mengekalkan bentuk dan panjang bersesuaian dengan bentuk muka korang. Bincang dengan barber korang bentuk apa sesuai dan tidak sesuai patut dikekalkan pada muka.
Photo from Pinterest
Selain itu, kekerapan untuk trim bergantung pada betapa cepatnya rambut untuk tumbuh semula pada bahagian tersebut. Kalau terlalu cepat, korang trim di awal pagi untuk memastikan ia sentiasa kemas.
Pilih Peralatan Yang Betul
Photo from Pinterest
Kalau nak trim kat rumah pun tiada masalah asalkan korang tahu apa yang perlu dilakukan dan mempunyai peralatan yang betul. Jangan pakai satu peralatan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini.
Tak salah untuk melihat jenama yang pakar dalam mengeluarkan peralatan yang sesuai untuk membantu kornag memiliki jambang yang sihat. Antara peralatan yang wajib korang ada adalah gunting tajam.
Sikat janggut untuk membuang segala kusut, berus untuk menggayakan jambang serta pisau cukur untuk mengemaskan penampilan korang! Selain itu, jangan lupa untuk bersihkan juga peralatan ini.
Kadang kala kita ni mudah lupa bahawa kuman dan kotoran pun dapat berkumpul di kawasan ini. Haa.. ingatkan segalanya bersih rupa-rupanya peralatan korang pun kotor menyebabkan segala usaha menjadi membazir.
Photo from Pinterest
Kalau korang asyik trim setiap 2 hari, tak salah untuk ambil masa bersihkannya pada waktu lapang. Ini semua akan membantu jambang korang kelihatan menawan berbanding sebelum ini tau.
Haa.. Itu Sahaja Rutin Dia
Memiliki jambang adalah impian untuk setiap lelaki. Namun, tak semua lelaki dapat menikmati proses ini kerana pelbagai faktor. Disebabkan itu, kalau korang berpeluang untuk memiliki jambang tak salah pun untuk mempunyai rutin seperti ini.
Rutin kebersihan teliti seperti ini sudah cukup untuk mengajar korang kebersihan am. Seterusnya, korang pun boleh menambah beberapa langkah lain untuk memastikan jambang sentiasa bersih dari kuman.
Selamat mencuba rutin ini!
Mungkin korang suka baca: