download Jom Explore app
Rolls-Royce Spectre Bermula Dengan Harga RM2 Juta

Rolls-Royce Spectre Bermula Dengan Harga RM2 Juta

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 07 Sep 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Kemunculan kenderaan elektrik (EV) dalam industri automotif jelas menjadi satu trend bakal mengubah seni dan gaya reka kereta. Semua jenama tidak terkecuali mengeluarkan model EV tersendiri untuk menunaikan permintaan yang tinggi sehinggakan jenama mewah Rolls-Royce pun turut mengeluarkan model EV paling mahal dalam negara.

Rolls-Royce bukanlah sebuah nama yang asing malah sinonim dengan kemewahan, prestij serta keunggulan. Mereka menjadi sebuah simbol kecemerlangan dalam dunia automotif selama lebih satu abad.

Diasaskan pada 1904 oleh Charles Rolls dan Henry Royce, jenama ini secara konsisten menetapkan piawaian paling tinggi dalam industri automotif. Prinsip mereka adalah kejuruteraan tepat, pembinaan berkualiti dan mengejar kesempurnaan tanpa henti.

Oleh itu, tidak terkejut untuk mereka tidak ingin ketinggalan daripada persaingan industri dengan mengeluarkan model EV pertama. Model tersebut diberi nama, Rolls-Royce Spectre yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi sebagai kereta EV ultra mewah.

Mengikut Pengarah Serantau Asia Pasifik untuk Rolls-Royce Motor Cars, Irene Nikkein berkata, "Beliau mengakui Malaysia adalah pasaran utama bagi jenama itu di rantau ini. Itulah sebabnya pasaran kami dapat melihat EV ultra mewah baru seawal ini".

Kereta EV Ultra Mewah dilancarkan secara rasmi dalam negara kitaPhoto from Rolls-Royce MotorCars

Haa.. mana tau korang berminat nak book kereta ini ataupun simpan sebagai impian untuk satu hari memilikinya kan. Jom tengok apa keistimewaan kereta ini!

Model EV Ultra Mewah Pertama, Rolls-Royce Spectre

Gril Pantheon menjadi lambang kereta mewah Rolls-Royce merupakan yang paling besar setakat iniPhoto from Wired

Perkara pertama kita dapat lihat dalam setiap kereta Rolls-Royce adalah kemewahan dan keunggulan tiada tandingan antara jenama kereta lain. Tak kisah model apa sekalipun, setiap yang dikeluarkan wajib mempunyai daya tarikan visual yang tinggi.

Ini tidak terkecuali dalam model Spectre tau! Ia adalah permulaan era baharu untuk jenama ini berfungsi sebagai titik permulaan. Rolls-Royce sedang berusaha untuk menjadikan keseluruhan koleksinya sepenuh elektrik menjelang akhir tahun 2030.

Walaupun Spectre adalah kereta EV. Ciri-ciri dan identiti mewah dapat dilihat dengan sepenuhnya seperti gril Pantheon ikonik kekal pada coupe elektrik bersama figura Spirit of Ecstasy terletak pada hud kereta.

Gril Pantheon Spectre adalah yang paling besar pernah dipasang oleh Rolls-Royce serta mempunyai 22 LED unik padanya. Figura Spirit of Ecstasy telah direka semula dengan pendirian lebih rendah serta lebih aerodinamik.

Spectre adalah model paling aerodinamik dalam katalog mereka dengan garis bumbung licin membantu mengurangkan 'drag'. Selain itu, model kereta ini didatangkan dengan tayar bersaiz 23 inci dengan dua pintu.

Tayar bersaiz 23 inci dengan reka bentuk paling aerodinamikPhoto from Hypebeast

Pintu koc Spectre merupakan yang terbesar telah diletakkan dalam kereta mereka dengan panjang lebih 1.5 meter. Bukan itu sahaja, dengan teknologi 'Effortless Doors' akan membantu korang tutup pintu secara automotik apabila menekan pedal brek sahaja.

Kemewahan Yang Tiada Bandingannya

Ruang kabin yang sangat mewah tiada persaingannyaPhoto from Rolls-Royce

Kerana Spectre merupakan EV Ultra Mewah yang pertama. Apakah kemewahan yang ada dalam model ini bermain dalam fikiran korang betul tak? Haa.. seperti biasa setiap ciri kemewahan yang terkenal dengan setiap model Rolls-Royce pun ada untuk korang gunakannya tau.

Antara yang paling popular adalah payung tersembunyi dalam pintu. Spectre pun ada tersembunyi dalam kedua-dua belah pintu menjadi ciri utama yang masih dikekalkan oleh jenama ini.

Selain itu, korang akan terpegun melihat kecantikkan ruang kabin dengan ciri 'Starlight Doors' dan 'Starlight Headliner' yang menggunakan hampir 6,000 bintang LED di keseleruhan kabin seperti bintang di angkasa lepas.

Bukan itu je, terdapat fascia bercahaya di bahagian penumpang papan pemuka dengan lebih 5,500 bintang. Ini untuk memastikan bahawa korang tidak lupa Spectre adalah kereta mewah yang tiada bandingannya.

Segalanya dibina dengan penuh teliti menggunakan bahan berkualiti premium sahajaPhoto from Autocar India

Teknologi untuk membantu pemandu seperti Active Lane Centering dan Adaptive Cruise Control turut ada dan berkemungkinan akan beroperasi secara serentak. Ini bermakna, Spectre akan memastikan pengalaman memandu korang tenang menghilangkan segala kegusaran.

Prestasi EV Menjadikan Mereka No 1

Prestasi Spectre cukup untuk menjadikannya paling unggulPhoto from Rolls-Royce MotorCars

Kalau korang sangsi tentang servis Spectre sebagai sebuah kereta EV jangan risau. Setiap Spectre didatangkan dengan 4-year unlimited mileage warranty bateri voltan tingginya pula disertakan dengan waranti 10 tahun.

Korang pula tak perlu risau jika mati di tepi jalan kerana menerima sokongan sepenuhnya 24/7. Rolls-Royce akan datang dan menghantar Spectre korang ke stesen pengecasan terdekat jika bateri telah habis sepenuhnya.

Selain itu, korang mempunyai 'doktor terbang' berdedikasi yang bersedia 24/7 yang akan datang untuk memastikan Spectre korang kekal dalam keadaan bagus jika perlu. Dari segi prestasi pula bukanlah satu kerisauan.

Kerana, Rolls-Royce Spectre dilengkapi dengan dua motor elektrik membekalkan 430kW bersamaan 577hp dan 900Nm tork. Ini untuk memastikan kereta korang dapat memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.5 saat sahaja.

Bateri 102kWj digunakan untuk menjanakan kereta ini memberikan jarak sejauh 530km. Sangat cukup untuk pergi ke Penang dari KL untuk makan nasi kandar dengan sekali cas sahaja.

Masa pengecasan pula menggunakan teknologi pengecas pantas DC (DCFC). Output kuasa sekurang-kurangnya 195kW mengambil masa sekitar 34 minit untuk mengecas daripada 10% sehingga 80%.

Jika korang menggunakan soket DCFC 50kW. Masa pengecasan akan meningkat kepada 95 minit sahaja. Spectre adalah antara segelintir EV yang mempunyai pegecas sendiri iaitu AC 22kW.

Dengan jarak 530km cukup untuk berjalan satu negaraPhoto from AugustMan Sg

Namun, pengecas menggunakan ini akan mengambil masa anggaran 5 jam 30 minit untuk mengecas sepenuhnya dari kosong sehingga penuh. Haa.. bagaimana, adakah korang akan jual kereta korang pakai untuk membeli Spectre?

Semuanya Dibina Mengikut Spesifikasi Pelanggan

Setiap spesifikasi dibina mengikut permintaan korangPhoto from Rolls-Royce MotorCars

Setiap pembelian Spectre akan mengikut spesifikasi pelanggan dengan harga permulaan RM2,000,00 tanpa termasuk pilihan atau cukai sahaja. Setiap penambahan yang diminta akan menambah harga kereta ini.

Kesimpulannya berapa budget yang korang akan bawa untuk membeli kereta ini. Adakah korang akan simpannya ke dalam hajat kereta impian ataupun korang lebih berminat untuk memiliki model Rolls-Royce yang lain pula?

Mungkin korang suka baca ini:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok