download Jom Explore app
iPhone 15 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Teknologi Lebih Canggih

iPhone 15 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Teknologi Lebih Canggih

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 13 Sep 2023
Digital Editor

Apple baru sahaja melancarkan produk yang ditunggu oleh ramai peminat iaitu model iPhone 15 baru dan Apple Watch Siri 9 pada acara tahunan September di Cupertino, California hari ini pada jam 1 pagi. Untuk peminat jenama Apple, ini apa yang korang perlu tahu tentang generasi ke-15!

Sejak dilancarkan pada tahun 2007, iPhone kian mendahului sebagai telefon pintar premium yang mempunyai peminat setia serta permintaan tinggi. Walaupun harganya naik sedikit demi sedikit ini langsung tidak terkesan bagi peminat jenama pintar ini.

Tema acara tahun ini berjudul "Wonderlust" yang diadakan di kampus Apple di Steve Jobs Theatre. Penyampaian turut menampilkan produk lain dalam katalog Apple dengan mengariskan beberapa inovasi yang telah dilakukan.

Tim Cook selaku CEO Apple melancarkan generasi iPhone baru dalam acara tahunan mereka hari iniPhoto from CNN

Namun, perkara paling penting adalah iPhone yang turut mendapat peningkatan teknologi agak ketara bagi membezakan generasi ini daripada generasi sebelum ini. Korang dah siap sedia untuk menjual kereta dan rumah untuk membeli iPhone baru tahun ini.

iPhone 15 & iPhone 15 Plus

iPhone 15 dan Plus Hadir dalam 5 warna untuk korang pilihPhoto from Apple

Satu lonjakan besar untuk iPhone 15 apabila mereka menampilkan reka bentuk baru. Selain itu, terdapat beberapa perubahan kecil yang menunjukkan perubahan ketara berbanding generasi sebelum ini untuk memuaskan hati peminat mereka.

Model generasi ini akan hadir dalam lima warna baharu iaitu merah jambu, kuning, hijau, biru dan hitam. Buat pertama kali dalam industri telefon pintar, warna diselitkan ke seluruh kaca belakang menghasilkan kesan lebih terang dan cantik!

Warna ini juga dikemaskan dengan tekstur matte untuk memberikan rasa mewah. Selain itu, bahagian sisi pula dibentukkan secara kontur dengan kemas aluminium untuk memberikan rasa lebih menarik di tangan pengguna.

Teknologi Dynamic Island yang hanya ada pada model Pro dan Pro Max sebelum ini diletakkan pada iPhone 15 dan Plus untuk menambah kadar produktiviti dan interaksi secara langsung. Pengguna dapat menikmati pelbagai aplikasi dengan lebih lancar menurut Appple.

Teknologi Dynamic Island Menjadi Inovasi Baru Untuk Model 15Photo from Apple

Seterusnya, model ini menggunakan kamera utama 48MP untuk memberikan gambar serta video lebih tajam memberi fokus kepada setiap butiran halus. Menggunakan kuasa fotografi pengiraan, kamera utama dapat memberikan resolusi tinggi 24MP baru menawarkan kualiti imej luar biasa dengan saiz lebih praktikal.

Generasi ini juga diberikan pilihan Telefoto 2x tambahan memberikan pengguna tiga tahap zum kualiti optik (0.5x, 1x, 2x) buat kali pertama pada sistem dwi-kamera iPhone. Apple juga tidak lupa untuk tingkatkan kecekapan dan kepantasan generasi ini juga tau.

Contoh gambar yang terhasil daripada kamera iPhone 15Photo from Apple

Cip A16 Bionic memberikan prestasi lebih pantas dan cekap dapat menjana model ini dengan lebih baik. Kalau korang suka main game di telefon, Apple memastikan model kalini lebih berkuasa untuk bermain game berbanding generasi sebelum ini.

Watak Utama, iPhone 15 Pro & Pro Max

Hadir dalam 4 warna muncul sebagai model Pro paling berkuasaPhoto from Apple

Menurut naib presiden kanan Apple Pemasaran Seluruh Dunia, Greg Joswiak berkata, "Ini adalah barisan paling pro yang pernah kami cipta dengan reka bentuk titanum yang canggih,

Sistem kamera iPhone terbaik yang membolehkan peningkatan kerja. Cip A17 Pro yang memberi prestasi lebih pantas dalam permainan video yang tidak pernah dilihat sebelum ini pada iPhone", jelas menunjukkan bahawa model Pro dan Pro Max mendapat perubahan sangat ketara.

Perubahan pertama yang dapat dilihat adalah reka bentuk menggunakan bahan titanium yang kuat dan ringan buat kali pertama. Aloi premium ini digunakan dalam kapal angkasa membuatkan telefon paling ringgan Apple pernah keluarkan.

Kedua-dua model menampilkan tekstur berus halus serta sempadan paling nipis. Selain itu, kekuatan titanium menjadikan telefon ini lebih lasak serta memudahkan untuk melepaskan haba yang dapat merosakkan telefon.

Menggunakan Titanium membuatkan kemasan model Pro sangat mewah berbanding generasi sebelum iniPhoto from Apple

Terdapat butang baru iaitu Action Button menggantikan suis satu fungsi untuk mengubah mod deringan atau senyap. Bukan itu je, butang menawarkan pilihan tambah seperti mengakses kamera, lampu suluh dengan lebih pantas.

Cip A17 Pro adal cip 3-nanometer pertama dalam industri membawa prestasi pantas serta reka bentuk semula GPU terbesar dalam sejarah Apple. Cip baru memberikan peningkatan 10 peratus lebih pantas dalam menghandalkan aplikasi telefon.

Permainan video turut menjadi fokus Apple kerana cip ini memberikan prestasi lebih baik serta menawarkan tahap grafik lebih tinggi tau. Korang dapat menikmati permainan video konsol seperti Resident Evil 4, Death Stranding dan Assassin's Creed Mirage dalam telefon sahaja.

Kamera untuk kedua-dua model Pro diberikan peningkatan lebih ketara dengan kehadiran cip A17 Pro. Kamera Utama bersaiz 48MP meningkatkan kadar resolusi sebanyak 4 kali ganda. Seterusnya, model ini menyediakan zum optik paling panjang dalam sejarah iPhone tau.

Contoh gambar yang terhasil daripada model Pro MaxPhoto from Apple

Peningkatan ini membuatkan barisan model Pro mempunyai kamera lebih canggih sesuai untuk menangkap gambar dan video lebih hebat berbanding generasi sebelum ini.

Akan Dilancarkan Pada Penghujung Bulan September

Akan dilancarkan dalam negaras secara rasmi hujung bulan iniPhoto from Apple

Generasi ke-15 jelas menunjukkan Apple memberi penekanan lebih tinggi dalam produk paling laris mereka. Fokus mereka jelas terhadap prestasi telefon pintar yang dapat melakukan segala-galanya termasuklah bermain permainan video.

Sukar untuk dinafikan bahawa Apple adalah ketua yang mendahului dalam industri telefon pintar dengan menghadirkan beberapa ciri premium memberi perbezaan ketara daripada persaingan mereka.

Jualan iPhone 15 secara rasmi di Malaysia akan bermula pada 29 Septermber, 2023 dengan harga bermula:

iPhone 15 Plus 128GB : RM4,899 256GB : RM5,399 512GB : RM6,399 iPhone 15 128GB : RM4,399 256GB : RM4,899 512GB : RM5,899

iPhone 15

128GB: RM4,339

256GB: RM4,899

512GB: RM5,899

iPhone 15 Plus

128GB: RM4,899

256GB: RM5,399

512GB: RM6,399

iPhone 15 Pro

128GB: RM5,499

256GB: RM5,999

512GB: RM6,999

1TB: RM7,999

iPhone 15 Pro Max

256GB: RM6,499

512GB: RM7,999

1TB: RM8,499

Mungkin korang suka baca ini:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok