Kafe Cantik Dengan Suasana Tenang Untuk Relax
Kafe adalah lokasi utama untuk mencari sebuah tempat yang tenang bagi merehatkan sebentar badan kita. Terlalu mengejar kepantasan kehidupan adalah perkara memenatkan terutama hari bekerja. Sebab itulah ramai akan mencari kafe untuk menghentikan masa seketika.
Waktu hujung minggu adalah waktu ideal untuk kita berehat daripada memikirkan tentang tanggungjawab dan kerja kita. Kerana itulah ramai orang suka bersiar-siar bagi melepaskan segala stress yang ada dalam dirinya.
Sama seperti Min yang tak sabar menunggu hujung minggu untuk meluangkan masa bersama kawan setelah seminggu berkerja. Haa.. disebabkan itu ramai orang suka lakukan aktiviti "cafe hopping".
Aktiviti ini menjadi popular sejak kebelakangan ini kerana terdapat pelbagai pilihan kafe yang ada di sekitar bandar KL untuk dipilih. Selalunya, korang akan menyinggah beberapa kafe yang direkomenkan di platform media sosial.
Bukan sahaja korang dapat bersiar-siar malah dapat makan sedap pun tau! Tetapi ada juga segelintir yang suka menyinggah ke kafe bagi menenagkan fikiran dan stress mereka. Golongan ini lebih gemar suasana kafe tenang untuk relax sepenuhnya tanpa memikirkan sebarang masalah bermain dalam kepala.
Photo from Pinterest
Kalau korang sama seperti ini. Min akan kongsikan beberapa lokasi kafe baru yang mempunyai suasana tenang untuk korang relax. Jom!
Jan Cafe
Photo from IG: cafe.jan
Walaupun lokasinya terletak di kawasan yang pesat namun selangkah ke dalam kafe ini cukup untuk membuatkan korang wow dengan suasananya. Berdekatan dengan Pavilion Bukit Jalil, Jan Cafe adalah kafe khas untuk korang yang nak relax.
Kafe ini dibina dengan tujuan untuk menciptakan suasana tenang melalui pemilihan ruang dalamanya iaitu minimalism. Daripada hiasan perabot, warna dinding sehingga susunan sudah cukup untuk tenangkan fikiran korang seketika.
Mempunyai rangkaian menu yang klasik seperti bagel, kopi dan burger. Korang bukan sahaja dapat menyiapkan segala kerja yang ada di sini malah dapat menikmati makanan yang sedap jugak tau.
Selain itu, kafe ini dibina dengan sangat teliti dengan memastikan pemilihan warna neutral dan warna aksen memberikan emosi menyeronokkan dalam keadaan yang tenang. Keseleruhan mood kafe ini sesuai kalau korang nak melepak menghabiskan masa dengan membaca buku.
Walaupun keadaan di luar adalah pesat dan bising, selangkah masuk sahaja ke kafe ini. Korang akan masuki sebuah dunia yang aman dipenuhi dengan makanan sedap dan kopi panas untuk menyembuh hati.
Photo from IG: cafe.jan
📍 78-1, Jalan Jalil 1 The Earth Bukit Jalil, Lebuhraya Bukit Jalil, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
⏰ Jumaat - Rabu (9:00 am - 6:00 pm)
bröom Artisan Bakery & Kitchen
Photo from IG: broomartisanbakery
Kafe ini sedikit unik serta berbeza kerana mempunyai bakeri tersendiri. Namun, nama kafe ini bukanlah sebuah nama yang asing kerana untuk kaki foodie namanya cukup terkenal dan mempunyai pelanggan setia mengunjung pada hujung minggu.
Memiliki ruang dan seni bina yang sangat menarik dengan menggunakan beberapa konsep berbeza bergabung menjadi satu. Korang dapat lihat ruang dalaman dipenuhi dengan warna hijau, konkrit dan kayu menghasilkan suasana terbuka dan tenang.
Ini menjadikan lokasi sesuai kalau korang penggemar kafe yang terbuka dan memiliki karakter unik. Menu makanannya menggunakan konsep brunch dan mempunyai beberapa pilihan roti segar dibakar untuk korang pilih.
Ada sandwhich, croissant, sourdough bread dan pastry manis untuk manjakan mulut korang dengan pelbagai rasa enak sambil menyiapkan tugasan. Selain itu, menurut pelanggan keseleruhan makanan dan kopi tidak mengecewakan tau.
Malah, ada yang kunjungi berkali-kali untuk menikmati suasana tenang dan makanan sedap sahaja!
Photo from IG; broomartisanbakery
📍 27, Jalan 20/13, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya, Selangor
⏰ Isnin - Ahad (Selasa tutup, 8:30 am - 10 pm)
Happy Hour Club
Photo from Happy Hour Club Cafe & Workshop
Konsep kafe ini sedikit unik kerana mempunyai bengkel kraf tangan untuk pengunjung menikmatinya sambil diajar oleh perkerja professional. Kafe ini berjaya mencuit hati pelanggan dengan menyediakan beberapa kelas kraf tangan bagi melepaskan stress berkerja.
Kalau korang inginkan sebuah pengalaman baru serta menambah kemahiran dalam bidang seni. Kafe ini adalah lokasi sesuai untuk korang kerana menyediakan servis tufting, mencipta aksesori gangsa serta bermain dengan tanah liat.
Kafe ini memberikan sebuah pengalaman unik dan baru bagi pelanggannya tau. Bukan itu sahaja, menunya pula sangat terkenal dengan croffle yang mempunyai harga berpatutan. Beberapa pilihan seperti Mentai Croffle, Classic Golden Croffle dan Nutella Croffle cukup untuk manjakan diri korang tau.
Keseleruhan suasana di kafe dipenuhi dengan aktiviti riang dan tenaga positif. Sesuai untuk menaikkan kembali mood dan semangat korang dengan meluangkan masa melihat kraf tangan dan beberapa bengkel yang dihoskan di kafe ini.
Photo from IG: Happy Hour Club
📍 105-1, Jalan PJU 1A/41B, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
⏰ Selasa - Ahad (9:30 am - 5 pm)
Almost Human Club
Photo from IG } squarepad
Terletak dalam KL Eco City Mall, almost human club mempunyai tema retro lengkap dengan warna, seni bina serta ruang dalaman seperti korang melawat kafe di zaman 80 an. Tema retro membuatkannya lebih unik dan cantik berbanding kafe lain.
Namun, apa yang membuatkan kafe ini best adalah suasanan yang menjadi fokus utama mereka. Mereka membina sebuah kafe yang dapat mewujudkan suasana intim, tenang dan selesa sangat sesuai untuk melepak atau relax dengan secawan kopi.
Palet warna yang dipenuhi dengan sentuhan kayu membuatkan mood disini sempurna untuk korang hilang seketika dan menikmati kualiti masa individu dalam dunia tersendiri. Mereka juga mempunyai menu makanan yang cukup lazat juga tau.
Terdapat pilihan sarapan pagi, makanan berat dan pilihan kopi dengan harga yang berpatutan memudahkan korang untuk meluangkan masa yang lama secara tanpa sedar.
Photo from IG } weichunnn_125
📍 Lot G, INC, 20, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰ Setiap hari (8 am - 6 pm)
Tak Perlu Pergi Jauh Untuk Relax
Kafe adalah tempat sesuai untuk korang menghilangkan diri seketika dan relax sepenuhnya secara seoarang atau berpasangan. Mood, suasana yang tenang cukup sesuai untuk menyembuhkan segala kegusaran dalam diri korang.
Bukan itu sahaja, menu makanan yang sedap penting untuk memastikan korang dapat relax sambil menikmati makanan sedap untuk memanjakan diri yang sudah penat menempuh hari berkerja.
Mungkin korang suka baca ini: