download Jom Explore app
Bertahun-Tahun Menghadapi Musim Banjir, Akhirnya, Rumah Terapung Berjaya Dicipta

Bertahun-Tahun Menghadapi Musim Banjir, Akhirnya, Rumah Terapung Berjaya Dicipta

Hot & Viral
By Ayunie Husna on 23 Dec 2022
Digital Editor

Musim banjir sering terjadi di pantai timur, tetapi kali ini terdapat perkara yang menarik apabila rumah terapung berjaya dihasilkan di Terengganu. Sangat inovasi dan kreatif.

Seorang lelaki berjaya mencipta rumah kelong. Kos pembinaan rumah kelong itu dianggarkan memakan belanja kira-kira RM47,000 yang turut dibantu oleh tujuh orang anaknya. Masakan tidak, rumahnya itu berjaya terapung selepas kediamannya yang terletak di Tebak, Air Putih, Kemaman, Terengganu dilanda banjir.

Dahulu usaha beliau membina rumah terapung bagi menghadapi musim tengkujuh diperlekeh sesetengah pihak kononnya melakukan kerja yang sia-sia. A Bakar juga menggunakan kayu dan 69 biji tong plastik untuk dijadikan sebagai penyokong yang berfungsi sebagai pelampung apabila musim banjir.

 

@jimat_fishing2 Membalas kepada @jimat_fishing2 rumah kelong berjaya terapung.. semoga menjadi inspirasi pada org ramai...?.. #rumahkelong #rumahterapung #berjaya #jimatfishing #zaliefishing #fyp #fypシ #fypシ゚viral #allahyangpunya ♬ bunyi asal - tututututu - Katak gemoy


Mengikut cerita, empunya diri yang kini berusia 67 dikatakan melakukan pengubahsuaian bersama isterinya, Fatimah Salleh, 61, selepas tempat teduh mereka semakin usang akibat ditenggelami banjir saban tahun.

Akhirnya, rumah terapung itu berjaya dihasilkan dan mendapat pujian dan komen dari netizen

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok