download Jom Explore app
Maybank Memperkenalkan Aplikasi Minta Hutang? Tak Payah Rasa Segan Minta Kawan Bayar Hutang.

Maybank Memperkenalkan Aplikasi Minta Hutang? Tak Payah Rasa Segan Minta Kawan Bayar Hutang.

Hot & Viral
By Ayunie Husna on 27 Dec 2022
Digital Editor

Kawan korang susah nak bayar hutang! Apa kata korang gunakan aplikasi terbaru dari Maybank. Mungkin lepas ini, kawan korang bayar ikut masa pula.

Maybank memperkenalkan aplikasi minta hutang,senang nak mintak member bayar lepas ni. Maybank hari ini mengumumkan pengenalan sebuah ciri baharu pada aplikasi Maybank2U dan MAE, iaitu dinamakan DuitNow Request.

Melalui ciri ini, anda boleh menghantar permintaan kepada orang lain untuk membayar kepada anda. Anda boleh menetapkan nilai untuk sesuatu pembayaran, dan menghantar permintaan pembayaran tersebut kepada seseorang yang dituju.

Dengan langkah ini juga, ia dijangka akan memudahkan lagi anda meminta kembalikan duit atau hutang daripada rakan-rakan tanpa berasa kekok.

Buat masa ini, Maybank menyokong ciri DuitNow Request ini daripada pengguna yang menggunakan Duitnow di bank Maybank, Standard Chartered, Bank Islam, Bank Muamalat, Citibank, HSBC dan juga OCBC.

Selepas menghantar, untuk penerima notifikasi pembayaran pula, ia akan memaparkan berapakah nilai yang diminta, dan perlu mengesahkan untuk memindahkan dana yang diminta tersebut dengan mudah.

Tiada sebarang pembayaran caj dikenakan untuk permintaan DuitNow Request di bawah RM5000, dan untuk lebih daripada itu, bayaran 50 sen dikenakan. Pengguna boleh mengakses ciri ini melalui Maybank2U atau MAE, dan memilih kategori “Send & Request”, seterusnya memilih DuitNow Request.

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok