download Jom Explore app
Gelagat Mangsa Banjir ‘Healing’ Curi Tumpuan, Tengku Mahkota Pahang Untuk Bergambar.

Gelagat Mangsa Banjir ‘Healing’ Curi Tumpuan, Tengku Mahkota Pahang Untuk Bergambar.

Hot & Viral
By Ayunie Husna on 19 Dec 2022
Digital Editor

Tular baru-baru ni video di mana keadaan mangsa banjir sedang bersantai - santai dengan pelampung hijau di dalam keadaan banjir di Pahang tetapi mereka tidak perasan apabila Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang datang melawat kawasan yang dilanda banjir tersebut.
Pembaca boleh melihat sendiri video di bawah yang dimuat naik oleh pengguna Tiktok yang mendapat sambutan tontonan sehingga 2.2M tontonan, 112.5K tanda suka dan 1.7K perkongsian di TikTok.

Sumber video : @fatahencem 

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @fatahencem di Tik Tok, gelagat lucu mangsa-mangsa banjir ketika mereka sedang leka bersantai telah mengundang pelbagai komen oleh netizen.

Screenshot 2022-12-19 115116

Screenshot 2022-12-19 115148

Yang paling seronok sekali apabila, Tengku Mahkota Pahang yang ajak mereka bergambar sekali dan komen pada video tersebut. Sebagai Pemimpin kita perlu mengambil tahu hal sekeliling dan berjiwa rakyat supaya mudah didekati oleh rakyat jelata.

Nampaknya, Tengku Mahkota Pahang sangat disenangi oleh rakyat jelata dan sangat berjiwa rakyat.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok