download Jom Explore app
Cara Mudah Nak Dapatkan Gaya Macam Oppa!

Cara Mudah Nak Dapatkan Gaya Macam Oppa!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 20 Jul 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Demam kpop masih berleluasa dalam negara sehinggakan semakin ramai perempuan ingin bercinta dengan oppa kesayangan mereka yang mempunyai gaya fesyen yang menarik dan juga trendy! Haa.. mestilah lelaki yang tengok semua tercabar kan? Psst jangan risau Min boleh kongsikan bagaimana untuk korang tiru gaya kpop dengan mudah tau.

Populariti genre K-pop telah berkembang dengan pesat sejak berberapa tahun ini. Daya tarikannya yang meluas telah menawan peminat dari pelbagai negara yang berbeza di seluruh dunia termasuklah negara kita!

Kalau korang lihat rancangan yang trendy pun mesti datang daripada Korea Selatan. Antara faktor kpop menjadi popular adalah lagu-lagu pop yang mempunyai irama ceria untuk membawa good vibes. Muzik ini disertakan dengan taria koreografi yang teliti untuk membezakan genre mereka berbanding genre muzik lain.

Selain itu, artis berbakat yang dilatih yang mempunyai paras rupa yang menawan membuatkan sesiapa sahaja cair melihat artist mereka menari, menyanyi serta berlakon dalam kaca tv.

Bukan itu je tau, gaya serta fesyen artis kpop telah menyebabkan mereka terkenal dengan pelbagai trend gaya terkini tau. Sekarang memang tak sahlah kalau tak lihat semua jenama memakai artis korea sebagai duta untuk menampilkan keunikkan gaya masing-masing.

Gaya Seperti Oppa Memang Menjadi Kegilaan Ramai Orang Tau Lagi-Lagi Crush KorangPhoto from Pinterest

Haa.. sebab itulah gaya fesyen kpop ini semakin digilai oleh ramai orang tau! Sampaikan crush korang pun nak cari oppa kerana gaya mereka sebijik macam idol kpop ataupun pelakon drama korea.

Kalau macamtu, apa kata korang baca sampai habis untuk dapatkan tips mudah bagaimana untuk dapatkan gaya kpop dengan mudah je tau. Jom!

Tak Sah Kalau Takda Statement Piece Dalam Gaya Ini

Jaket Yang Dipakai Adalah Statement Piece Yang Menarik Mata Korang Tau!Photo from Pinterest

Apa yang korang perlu faham tentang gaya kpop adalah budaya fesyen Korea Selatan sentiasa berubah dan dipengaruhi oleh pelbagai fesyen jalanan. Gaya fesyen mereka tidak terhad pada artis je tau, mereka diikuti oleh semua orang.

Gaya mereka bukanlah untuk kelihatan menarik semata-mata sahaja, ia perlu menunjukkan sifat individualisme serta perwatakan melalui pemilihan pakaian korang tau.

Sebab itulah mereka mempunyai pakaian statement piece tau yang bermaksud pakaian yang menarik perhatian yang direka untuk membuat satu kenyataan fesyen yang kuat serta berkesan. Pakaian ini bukanlah pakaian asas korang tetapi ia mampu menonjol daripada kumpulan untuk menambah keyakinan dan perwatakan korang tau.

Statement piece korang tidak terhad daripada warna, corak, reka bentuk ataupun hiasan serta butiran. Setiap pakaian statement hendaklah serasi dengan pakaian asas korang untuk membina sebuah gaya yang kohesif tetapi penuh dengan elemen-elemen untuk tingkatkan gaya korang.

Sebagai contoh, korang boleh memiliki satu kemeja yang mempunyai kolar gaya cuban yang mudah untuk digayakkan sebagai statement piece. Kemeja tersebut boleh dipadankan dengan seluar slack untuk menghasilkan satu gaya kemas yang popular di Korea Selatan.

Selain itu, memiliki bomber jacket yang mempunyai siluet yang berbeza turut menghasilkan penampilan lebih dramatik dan moden untuk dipadankan dengan berberapa pakaian asas harian korang.

Kalau korang tidak tahu bagaimana untuk memilih statement piece, korang boleh sahaja lihat bagaimana kpop idol gayakan pakaian mereka. Mereka wajib mempunyai satu statement piece untuk dijadikan fokus untuk menarik mata korang tau!

Statement Piece Sebaiknya Dapat Menceritakan Personaliti Dan Perwatakan KorangPhoto from Pinterest

Haa.. dari situlah korang boleh belajar dan pilih apa yang bersesuain dengan gaya korang.

Oversized Itu Penting

Elemen Oversized Memang Wajib Dalam Gaya KpopPhoto from Pinterest

Asas gaya kpop selalunya bermula dengan gaya oversize! Gaya fesyen ini pernah popular sekitar tahun 1990-an, namun ada cara betul dan cara salah untuk korang cuba kuasai elemen penting ini tau.

Tidak semua pakaian patut korang oversized kan kerana ia akan menghancurkan bentuk badan korang dan memberi implikasi korang tenggelam dalam pakaian semata-mata. Oleh itu, perhatikan bagaimana kebanyakkan oppa memilih pakaian apa yang perlu di-oversized kan.

Kenapa elemen oversized ini popular kerana ia menawarkan keselesaan serta membuatkan gaya korang lebih santai tetapi ia merupakan satu elemen yang boleh diubahsuai untuk tingkatkan penampilan korang lebih kasual serta moden tau.

Apa yang perlu dititikberatkan adalah bermain dengan siluet badan untuk menghasilkan satu imbangan yang cantik. Apabila korang memakai baju yang besar, imbangkan dengan seluar dengan gaya potongan straightslim untuk kekalkan keseimbangan dalam penampilan korang tau.

Selain itu, korang juga boleh kenakan seluar oversized yang duduk di atas pinggang untuk memberikan penampilan korang lebih tinggi kerana ia membuatkan kaki korang kelihatan lebih panjang.

Seterusnya, elemen oversized digalakkan untuk korang campurkan berberapa pakaian untuk mencari keseimbangan yang padan dengan gaya korang tau. Apa kata korang padankan baju t dengan seluar yang lebar ataupun oversized sweatshirt bersama smart trousers untuk kelihatan lebih kemas serta elegan.

Ingat Tidak Semua Pakaian Korang Patut Oversized Kan!Photo from Pinterest

Paling penting untuk elemen ini adalah jangan lupa untuk sentiasa mencuba untuk mencari bagaimana sesetengah pakaian patut digayakkan supaya kreativiti dan gaya korang tidak termati begitu sahaja.

Pilih Warna Itu Susah? Apa Kata Belajar Pasal Monochrome

Satu Tona Warna Diberi Fokus Sahaja Adalah Asas MonochromePhoto from Pinterest

Antara masalah korang selalu hadap untuk bergaya adalah pemilihan kombinasi warna yang bersesuaian betul tak? Ia merupakan salah satu perkara paling sukar untuk dikuasai kerana warna merupakan perkara subjektif.

Mungkin korang rasa kombinasi warna ini cantik tetapi di mata orang lain tidak. Haa.. sebab itulah korang kena kuasai elemen monochrome tau! Kalau korang lihat bagaimana oppa bergaya, mereka wajib menggunakan elemen monochrome dalam gaya harian mereka tau.

Maksud monochrome adalah ton satu warna tunggal. Warna yang digunakan adalah konsisten dari atas sehingga bawah untuk mencipta satu penampilan yang kohesif dan minimalis. Oleh itu, korang tak perlu pening kepala nak memikirkan warna apa yang bersesuaian.

Namun, untuk menguasai elemen ini korang perlu buat dengan betul. Caranya bermula dengan memilih satu warna tunggal dalam pakaian korang. Sebagai contoh, warna hitam. Pastikan setiap pakaian korang mempunyai warna hitam dan elakkan warna lain untuk membiarkan satu warna menjadi dominan.

Seterusnya, korang boleh bermain dengan tona warna yang berbeza untuk mempelajari bagaimana warna yang sesuai dapat dipadankan dengan betul bagi mewujudkan gaya yang lebih kohesif.

Selain itu, elakkan untuk mencampurkan banyak warna tau. Lebih baik korang fokus kepada satu warna sahaja untuk mencipta satu penampilan yang elegan, bersih dan teratur, Ia juga akan membuatkan gaya korang lebih klasik!

Amnya,  korang dapat menggayakan pakaian korang dengan pelbagai cara kerana elemen ini sangat serbaguna kerana korang tidak terhad kepada satu gaya elemen sahaja. Korang diberi ruang untuk sentiasa eksperimentasi bagaimana kombinasi pakaian ini dapat disesuaikan tau.

Memahami Elemen Monochrome Akan Tingkatkan Gaya Korang TauPhoto from Pinterest

Haa.. menarik kan gaya kpop ini? Apa kata kalini korang cuba tingkatkan gaya sama seperti oppa yang crush korang asyik tengok je! Mana tau lepas ni crush korang pulak tergila-gilakan gaya korang pulak ke.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok