Cara Betul Nak Menikmati Claypot Rice Dengan Betul!
Claypot rice merupakan antara hidangan paling unik dalam negara kita dan masih ramai di antara kita tidak berpeluang untuk merasa apa yang membuatkan hidangan ini sedap dan istimewa sehingga banyak pelancong datang untuk rasa!
Baru-baru ini tular pasangan melayu di Sri Petaling yang menyajikan masakan Claypot rice menggunakan ayam yang popular di kawasan situ. Namun, tak ramai orang melayu yang ingin mencuba masakan ini.
Mungkin kerana tak ramai yang tahu bagaimana cara nak makan dengan betul kerana iannya nampak kompleks dan sangat berbeza daripada masakan yang kita biasa makan kan. Tetapi ramai je orang cuba Claypot Rice dekat medan selera.
Haa.. selalunya yang kita biasa makan tu sangat berbeza dari segi rasa dan tekstur kerana mereka tidak mempelajari cara masak dengan betul! Oleh itu, selama ni kita makan pun buakn dengan cara yang betul.
Photo from Pinterest
Apa kata kalini, Min ajar korang cara betul untuk menikmati Claypot Rice dengan betul dan merasai apa sebenarnya keistimewaan hidangan ini. Jom!
Apa Sebenarnya Claypot Rice Ni?
Photo from Andy Siew
Claypot rice merupakan hidangan yang dikatakan dicipta di wilayah Guangdong di Selatan China. Hidangan ini popular kerana cara masaknya yang menggunakan periuk tanah liat berbeza dengan cara masak nasi tradisional.
Hidangan ini popular dalam negara kita terutama di komuniti Cina dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Thailand dan Indonesia. Disebabkan itu korang akan jumpa pelbagai kedai Cina menjual masakan ini.
Iannya bermula dengan nasi yang direndam terlebih dahulu atau dimasak sedikit. Kemudian, dimasukkan ke dalam periuk tanah liat dengan bahan lain mengikut pesanan seperti ayam, sosej, sayur dan makanan laut!
Hasil masakannya akan membuatkan beras membentuk kerak rangup di bahagian bawah dan bahan-bahan lain yang dicampurkan akan memberi rasa serta menaikkan rasa tersendiri.
Lagi sedap kalau korang gaulkan bersama untuk menikmati setiap lapisan dan tekstur yang berbeza terhasil daripada lauk pilihan korang itu! Jiwa masakan ini terletak di periuk tanah liat yang digunakan.
Photo from Pinterest
Periuk ini mempunyai keupayaan untuk mengagihkan haba secara sama rata menghasilkan proses masak secara terkawal dan beransur-ansur membolehkan perisa menjadi sebati. Sifatnya juga memberikan sedikit rasa kepada keseluruhan masakan.
Jangan Sesekali Lupa Untuk Letak Kicap!
Photo from Pinterest
Haa.. untuk menikmati claypot rice ini bukanlah makan macam tu sahaja tau! Boleh terbakar lidah kalau main terus suap kerana masakan ini dimasak menggunakan api yang tinggi dan tukang masak perlu pandai mengawal api supaya tak jadi hangus!
Oleh itu, sebelum menjamu selera pastikan korang ada sebotol kicap! Tetapi, ini bukan sebarang kicap yang kita biasa makan tau. Ia mempunyai rasa yang sedikit masin dan manis untuk seimbangkan hidangan.
Kemudian, tuang sedikit kicap sepenuhnya dan tutup semula claypot korang itu. Berikan masa selama 2-3 minit dan gaulkan kesemua sehingga setiap bahan menjadi sebati dengan kuah kicap tersebut.
Pastikan korang menggunakan sudu yang diberikkan supaya dapat digaulkan dengan sempurna tau! Korang pun akan perasan ada kesan nasi ranggup yang melekat di bahagian bawah.
Jangan sesekali buang bahagian ini kerana ia merupakan bahagian paling sedap untuk dimakan tau! Haa.. apabila sudah sebati korang mula perasan bau wangi datang daripada kicap mengeliurkan mulut korang.
Photo from MICHELIN Guide
Makan secara perlahan dan tambah semula kicap jika diperlukan kerana masakan ini sangat panas tau! Jangan makan secara terburu-buru yang boleh menyebabkan mulut korang terbakar sekaligus hilang semua rasa!
Tambahlah Sedikit Lauk, Barulah Puas Kan
Photo from foodpanda
Tak semua orang kita tahu bahawa claypot rice memang sedap kalau ada lauk tambahan yang dimakan bersama-sama dengan masakan utama. Sama seperti korang makan masakan panas di restoran thai juga.
Haa.. lauk yang disediakan pula selalunya mempunyai rasa yang berbeza daripada claypot rice untuk memberikan rasa seimbang tanpa menjejaskan hidangan utama! Disebabkan itulah, claypot rice memang popular dalam kalangan keluarga.
Seterusnya, antara lauk yang sering dipadankan bersama adalah hot and sour fish, steamed tilapia fish, steamed fish head, ginseng soup dan pilihan sayur kegemaran korang! Memang puas kalau makan bersama.
Keenakan nasi ranggup bersama ikan pedas masam memberikan rasa yang tiada bandingan berbanding masakan melayu yang kita selalu jamah. Rasa kompleks dengan tekstur berbeza melonjakkan keseluruhan hidangan ini.
Memang sukar untuk dinafikan masakan ini memang istimewa. Namun, bukan senang untuk mencari yang versi halal dan kebetulan tular baru-baru ini menghasilkan claypot rice halal supaya korang dapat nikmati kesedapannya!
Kalau tanya pendapat Min, tekstur nasi ranggup tu yang membuatkannya berbeza daripada masakan nasi yang biasa kita pernah makan. Nak kata macam nasi goreng pun bukan! Sebab tulah, Min tak sabar nak mencubanya.
Photo from Pinterest
Ke korang pernah cuba dan merupakan peminat claypot rice? Cuba kongsikan apa yang membuatkan masakan ini berjaya mencuri hati korang.
Mungkin korang suka baca ini: