4 Gaya Potong Rambut Untuk Jadi Lebih Kacak
Ramai lelaki selalu mengambil ringan tentang penampilan dan paras rupa diri berbanding perempuan terutama bahagian rambut. Kebanyakkanya memiliki potongan rambut yang tidak kena dengan muka mereka membuatkan mereka kelihatan selekeh serta tidak kemas. Oleh itu, jom tengok gaya potongan rambut apa yang korang patut cuba!
Untuk memiliki daya tarikan, keyakinan diri dan penampilan yang baik bermula dengan rambut korang. Rambut ibarat mahkota bagi seorang lelaki. Memiliki potongan rambut yang baik boleh mengubah hidup denggan drastik.
Walaupun setengah orang melihatnya sebagai proses mudah, kesan daripada memiliki rambut baik ini akan membuatkan penampilan korang berubah sepenuhnya tau. Ia adalah pelaburan bagus dalam kehidupan peribadi dan profesional korang kerana dapat tingkatkan harga diri.
Lelaki yang kacak seperti pelakon korea selalunya memiliki gaya rambut yang trendy kerana ia menambah keyakinan dan tingkatkan penampilan sepenuhnya. Rambut yang bagus akan melengkapkan bentuk muka, ciri dan gaya peribadi korang tau. Keyakinan akan meningkat secara semula jadi membuatkan korang lebih gembira tentang diri sendiri.
Selain itu, korang juga dapat mengekspreskan diri melalui gaya rambut. Segala personaliti, minat semua dapat dicerminkan melalui ini dan rambut yang dijaga dengan teliti dapat menunjukkan tahap personaliti. Korang mampu menyampaikan diri tanpa perlu mengeluarkan sebarang kata-kata.
Bukan itu je, mempunyai perasaan positif terhadap penampilan memberi kesan besar pada harga diri. Korang lebih cenderung untuk menjaga diri, menjaga kebersihan serta bertindak lebih yakin dalam apa jua situasi hanyalah dengan potongan rambut yang baik. Takkan lah korang taknak jadi gembira kan?
Photo from Pinterest
Haa.. kalau macam tu jom tengok potongan rambut apa paling popular dan trendy patut korang cuba sekarang!
Nak Nampak Macam Oppa? Cuba Potong Gaya 'Two Block'
Photo from Pinterest
Sekarang ni ramai perempuan mengidamkan lelaki macam dalam drama korea yang mempunyai gaya dan personaliti menarik. Mereka turut mempunyai sikap 'gentlemen' mampu mencairkan hati setiap wanita melihatnya.
Oleh itu apa kata korang cuba potong gaya 'Two Block'! Ini merupakan gaya paling popular di Korea Selatan tau. Hampir seluruh gaya rambut artis Korea bermula dari potongan ini tau. Ia merupakan tapak sesuai untuk memberi rambut korang gaya yang banyak dan tidak tersekat pada satu gaya sahaja.
Selain itu, gaya rambut ini akan terus mengubah muka korang menjadi seperti artis Korea Selatan kerana ia sesuai dengan apa jua bentuk muka! Gaya two block ini adalah bahagian atas lebih panjang. Manakala, bahagian tepi dan belakang dipotong berlapis pendek serta tirus.
Korang dapat lihat sendiri terdapat perbezaan panjang rambut yang ketara dari bahagian atas ke bahagian tepi dan belakang membahagikan kepada dua bahagian. Korang juga dapat lihat sendiri perbezaan ketara panjang rambut memberikan gaya natural dan elegance.
Potongan rambut ini sesuai untuk remaja sehinggalah orang dewasa kerana memberikan rambut nampak semula jadi tanpa dipotong. Ia juga senang untuk dikekalkan kerana korang hanya perlu trim bahagian tepi dan belakang sahaja.
Photo from Pinterest
Potongan ini sesuai untuk gaya kasual dan formal dan tidak memerlukan kos yang banyak untuk gayakkannya. Selain itu korang boleh gayakannya dengan pelbagai cara tau. Antara gaya korang boleh cuba:
Modern Side Part: Gaya formal dengan rambut disikat tepi, kemas dan rapi
Slicked Back: Rambut disikat ke belakang rapat memberikan gaya bad boy
Messy: gaya santai yang selalu artis Korea lakukan
Gaya Maskulin & Klasik Sesuai Potong 'Ivy League'
Photo from Pinterest
Kalau korang tak berminat untuk ubah gaya menjadi Oppa, tak salah pun untuk memilih gaya klasik potongan rambut yang dikenali sebagai 'Ivy League'. Ciri utama gaya ini adalah ia kemas dan klasik. Kombinasi yang takkan gagal dan pasti membuatkan setiap perempuan cair melihatnya.
Potongan rambut ivy league ialah rambut serba boleh yang kelihatan baik pada kebanyakan lelaki bermula dengan rambut dipotong pendek di bahagian tepi dan belakang. Cara dipotong sangat berbeza daripada rambut 'two block' tau.
Potongan rambut ini dikatakan datang daripada pelajar kolej tahap Ivy League pada awal abad ke-20 yang mempunyai gaya rambut yang sama. Selain itu, korang juga tidak perlu risau kerana ia pun senang untuk dijaga dan perlu ditrim jika korang rasa bahagian tepi dan belakang mula panjang ataupun korang boleh kekalkan sahaja untuk tampil lebih unik.
Apa yang penting adalah rambut korang dipotong menggunakan mesin dengan nombor 2 atau 3. Bahagian atas rambut pula dibiarkan sekitar 1-2 inci lebih panjang supaya dapat disikat rapi ke bahagian sisi.
Seterusnya, korang boleh gayakkan dengan sikat ke sisi, kebelakang atau ke atas untuk nampak seperti seorang lelaki maskulin yang mempunyai gaya peribadi yang sangat menarik dan memberi penampilan yang macho di mata wanita.
Photo from Pinterest
Korang boleh berbincang dengan barber kegemaran untuk hasilkan rambut dengan mudah dan sesuai dengan bentuk kepala korang untuk membuatkan muka korang lebih kacak. Gunakan wax atau pomade yang sesuai dengan rambut ini tau.
Popular Di Kalangan Atlet, Textured Crop!
Photo from Pinterest
Antara potongan rambut paling popular di kalangan atlet bola sepak atau bola keranjang, textured crop merupakan antara potong paling mudah untuk digayakan dan menjadi popular kerana mudah untuk dijaga dan memerlukan penggayaan minimum.
Gaya ini pun sesuai kalau korang inginkan sedikit kelainan dan ingin menunjuk personaliti korang lebih sedikit berbanding lelaki lain memang sesuai! Kalau korang mempunyai bentuk muka bulat, rambut ini sangat sesuai tau kerana ia memberi struktur tajam kepada bentuk muka!
Selain itu, kalau rambut korang nipis pun masih boleh gayakkan rambut ini dengan menggunakan produk 'high hold' supaya rambut korang dapat kekal rapi dan kemas sepanjang masa.
Untuk rambut ini pula mengikut kreativiti korang. Korang boleh biarkannya begitu sahaja ataupun berus untuk kelihatan rapi. Min syorkan untuk korang warna rambut seperti warna coklat, ash grey atau ash blond.
Photo from Pinterest
Jangan lupa untuk pesan dekat barber korang untuk potong tekstur di bahagian atas supaya nampak rambut lebih kasar berbanding licin! Ini akan hasilkan rambut lebih semula jadi.
Nak Nampak Macam Rockstar? Buat Gaya Pompadour Lah
Photo from Pinterest
Antara rambut paling popular dan pasti membuatkan sesiapa sahaja kelihatan macam seorang rockstar walaupun korang tak pandai nyanyi. Gaya ini dinamakan sempena Madame de Pompadour yang mula mengayakan rambut ini dengan memberus rambut ke atas!
Untuk gayakkan rambut ini korang kena pastikan rambut disikat kemas, rapi dan jangan biarkannya messy! Korang boleh rujuk rockstar seperti Elvis Presley, Alex Turner yang sering gayakkan rambut mereka seperti ini.
Majalah TIME namakan rambut ini sebagai salah satu gaya terbaik dalam abad ini. Korang boleh pesan kepada barber untuk potong bahagian tepi dan belakang boleh potong dalam variasi taper fade, crew cut atau buzz cut untuk tampil lebih moden berbanding gaya klasik.
Selain itu, pastikan korang gunakan pomade untuk kekalkan rambut dan boleh disikat sepanjang masa berbanding wax yang akan mengeraskan rambut korang. Berbeza dari gaya potong sebelum ini, korang perlukan lebih masa untuk menggayakannnya dengan penuh teliti.
Semua bentuk muka sesuai dengan rambut pompadour ini cuma korang perlu pilih variasi yang sesuai dengan diri korang. Antara variasi yang ada seperti memberus rambut ke satu bahagian sisi dan ke atas, the loose pompadour, pompadour fade dan disconected fade.
Seterusnya, pastikan rambut di bahagian atas sekitar 7.5-10 cm supaya tidak kelihatan pelik tau! Haa.. jangan biarkan barber korang pergi potong pulak rambut atas korang tu karang tak menjadi!
Bukan itu je, kalau rambut korang tidak terurus ataupun kerinting perlu menggunakan pengering rambut dan berus rambut korang ke satu bahagian untuk memastikan rambut korang mudah digayakan dan kelihatan lebih terurus.
Photo from Pinterest
Empat gaya potong ini memang akan ubah penampilan korang dan membuatkan korang lebih kacak! Perempuan pun akan lebih cair jika korang mencuba empat potongan rambut ini!
Korang mungkin suka baca ini:
❤️ Fakta Tentang Keajaiban Keindahan dan Budaya Malaysia! | Jom Explore
❤️ "Penjagaan Kulit 10 Langkah Korea | Jom Explore