download Jom Explore app
9 Fakta Unik Tentang Keindahan Malaysia!

9 Fakta Unik Tentang Keindahan Malaysia!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 03 Aug 2023
Digital Editor

Malaysia, sebuah negara yang menawarkan pemandangan indah, pantai, makanan serta budaya. Sejak tahun 1957, negara kita telah mencapai pelbagai kejayaan lalu menjadi antara destinasi utama untuk singgah kerana keindahannya. Tetapi, korang dah habis tahu belum keindahan yang ada dalam negara kita ini?

Haa.. sudah 66 tahun berlalu dengan begitu pantas sejak Perdana Menteri pertama kita, Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" menandakan kelahiran negara Malaysia. Negara kita bukan sahaja telah mencapai kemerdekaan tanpa menumpahkan darah.

Malah, negara kita juga mempunyai pelbagai keunikkan dari pelbagai aspek seperti geografi, budaya, flora dan fauna jugak tau membuatkan banyak kisah dan fakta-fakta menarik yang boleh diceritakan tentang negara kita.

Maklumlah, asyik sibuk belajar pasal negara orang apa kata kita belajar pulak pasal negara kita dan berbangga dengan pencapaian negara kita! Lepas ni boleh lah korang berlagak dengan kawan waktu melepak pasal perkara baru korang belajar!

Keunikkan Negara Kita Sendiri Dapat Lihat Dari Geografi Je TauPhoto from Pinterest

Jom tengok fakta-fakta menarik tentang negara kita dan pastikan korang baca sampai habis tau.

Malaysia Pun Ada Nama Selain Malaysia

Bandar Kuala Lumpur Menjadi Simbol Ikonik NegaraPhoto from Pinterest

Menurut seorang ahli geografi Greco-Rom, Ptolemy pernah memberikan Malaysia sebuah nama dalam bukunya 'Geographia' yang ditulisnya sekitar 150 AD tau. Nama yang diberikan oleh Ptolemy adalah 'Aurea Chersonesus' yang bermaksud "semenanjung emas"

Bendera Malaysia 'Jalur Gemilang' Dicipta Dalam Sebuah Pertandingan

Mohamad Hamzah Yang Telah Menciptakan Jalur GemilangPhoto from The Patriots

Apabila Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malayan Union, sebuah pertandingan diciptakan untuk mereka rupa bendera telah diadakan. Seorang arkitek tempatan berusia 29 tahun bernama Mohamad Hamzah telah mencipta bendera kebangsaan Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

Bendera Jalur Gemilang terdiri daripada 14 jalur berselang-seli berwarna merah dan putih yang mewakili 14 negeri dalam negara serta bulan sabit dan bintang 14 mata dikenali sebagai Bintang Persekutuan.

Bulan sabit berwarna kuning melambangkan agama Islam iaitu agama rasmi negara, manakala bintang pula melambangkan perpaduan negara. Raja George VI meluluskan reka bentuk bendera pada 19 Mei 1950, dan mula dinaikkan di Istana Selangor pada 26 Mei 1950.

Negara Kita Bukan Kecik Tau Dan Maksud Nama Mata Wang Negara!

RInggit Malaysia Pun Ada Maksud Disebalik NamaPhoto from New Straits Times

Negara kita bukan kecik tau! Kalau korang nak tahu saiz Malaysia adalah lebih kurang saiz New Mexico dari segi keluasan tanah iaitu 330,803 km². Manakala, mata wang negara kita iaitu Ringgit Malaysia bermaksud 'bergerigi' dalam bahasa Melayu.

Ia merujuk kepada bahagian tepi bergerigi duit perak Sepanyol yang digunakan pada abad ke-16 dan ke-17.

Malaysia Mempunyai 4 Lokasi Tapak Warisan Dunia UNESCO

Keunikkan Taman Negara Gunung Mulu Sungguh MenakjubkanPhoto from Pinterest

Kalau korang nak tahu negara kita juga mempunyai lokasi Tapak Warisan Dunia UNESCO tau. 4 Lokasi ini termasuk Taman Negara Gunung Mulu, Taman Kinabalu, Bandar Bersejarah Melaka dan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong.

Kesultanan Kedah Merupakan Salah Satu Kesultanan Tertua Di Dunia!

Sistem Raja Bergilir Adalah Sistem Unik Hanya Negara Kita Sahaja PakaiPhoto from Malaysia Tercinta

Haa.. kalau korang nak tahu, Kesultanan Kedah telah diasaskan sejak tahun 1136 di Semenanjung Tanah Melayu dan boleh dikatakan sebagai salah satu kesultanan tertua di dunia tau.

Selain itu, kita sedia maklum bahawa negara kita mempunyai sistem raja bergilir yang di mana sembilan sultan bergilir-gilir menjadi raja dalam tempoh lima tahun. Apa yang membuatkan sistem ini unik adalah hanya Malaysia sahaja menggunakan sistem raja bergilir dalam dunia.

Manakala, Tuanku Sir Abdul Rahmand Ibni ALmarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah dipilih sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama dalam negara kita tau.

Pokok Tropika Tertinggi Serta Populasi Ular Terbesar Dalam Dunia?

Pokok Tualang Tinggi Dia Takleh Buat Main Main TauPhoto from Pinterest

Negara kita diberikan keindahan flora fauna yang membuatkan terdapat pelbagai jenis spesis haiwan dan juga tumbuhan. Negara kita mempunyai salah satu populasi ular tedung raja terbesar dalam dunia tau.

Selain itu, negara kita juga adalah rumah kepada salah satu pokok tropika tertinggi di dunia. Pokok Tualang, yang mempunyai diameter pangkal lebih 10 kaki dan boleh tumbuh sehingga ketinggian 262 kaki!

Pembekal Sarung Tangan Getah Terbesar Tau

Malaysia Pengeluar Sarung Tangan Terbesar Dalam DuniaPhoto from ISEAS

Haa.. keindahan flora fauna menyebabkan terdapat banyak jenis pokok dalam negara kita. Antaranya adalah pokok getah yang menyebabkan Malaysia ialah pengeluar getah asli ketiga terbesar di dunia dan menjadikan pembekal sarung tangan getah terbesar dalam dunia.

Selain itu, pokok bingator yang hanya terdapat di Sarawak dianggap mempunyai sifat menyembuhkan penyakit AIDS. Manakala, antara bunga paling popular dalam dunia adalah bunga Rafflesia.

Inilah Rupa Pokok Rafflesia Yang Popular TuPhoto from Klook

Rafflesia arnoldii juga dikenali sebagai bunga mayat yang ditemui di Taman Negara Kinablu Malaysia. Bunga ini dikenali kerana membenamkan dirinya sepenuhnya ke dalam bunga perumah, sehingga satu-satunya bahagian yang kelihatan adalah bunga sahaja. Bunga ini mekar selebar 3 kaki dan berat 7 kilogram.

Negara Kita Mempunyai Spesis Black Panther Paling Besar!

Tak Sangka Harimau Kumbang Hitam Rumahnya Paling Banyak Kat Negara KitaPhoto from Pinterest

Black panther yang dipopularkan dalam filem Marvel bukanlah berada dalam Afrika sahaja tau. Negara kita mempunyai populasi harimau kumbang hitam terbesar di dunia. Harimau kumbang mempunyai kot bulu hitam terhasil daripada mutasi genetik yang menyebabkan pengeluaran berlebihan melanin pigmen gelap.

Harimau kumbang hitam lebih sukar dikesan di kanopi tebal hutan hujan di rantau ini daripada harimau berwarna lebih terang. Kerana itulah ia sukar untuk dikesan dalam kawasan hutan.

Harimau Malaya Merupakan Sebuah Simbol Bagi Negara Kita

Harimau Malaya Bukanlah Haiwan Semata-Mata Tetapi Iannya Merupakan Simbol NegaraPhoto from Pinterest

Negara kita turut mempunyai spesies harimau tersendiri yang dikenali sebagai Harimau Malaya. Negara kita menjadi habitat rumah kepada spesies harimau ini yang telah dikesan di kawasan Kelantan, Pahang dan Johor.

Malangnya, menurut WWF-Malaysia sejak tahun 2022 jumlah Harimau Malaya dikatakan tinggal hanya 150 ekor sahaja. Kesannya datang daripada rumah habitat mereka semakin terancam daripada pembalakan haram yang berlaku.

Harimau Malaya merupakan simbol penting bagi negara kita kerana terdapat simbol Harimau Malaya di jata negara kita dan nama pasukan bola negara juga diberikan nama yang sama.

Haa.. menarik kan belajar fakta tentang negara kita? Kita patut berbangga dengan kepelbagaian fakta yang terdapat dalam negara kita serta berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh negara kita!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok