4 Sukan Kurang Popular Yang Dimainkan Di Malaysia!
Sukan mempunyai kesan besar terhadap pembangunan dan kemajuan sebuah negara. Ia juga dapat memupuk semangat kesatuan, identiti dan patriotisme dalam hati rakyat. Kerana itulah negara kita mempunyai pelbagai atlet dalam pelbagai sukan. Namun, mungkin korang tidak pernah tahu negara kita turut mewakili beberapa sukan kurang popular!
Negara kita memang terkenal dengan beberapa atlet bertaraf dunia. Sebut sahaja nama seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David dan Dato' Azizul Hasni Awang yang telah mengharumkan nama negara dengan menunjukkan bakat mereka dalam sukan masing-masing.
Setiap kali mereka bertanding kita dapat lihat bagaimana setiap orang akan bersatu memberi sokongan sepenuhnya untuk melihat mereka berjaya di mata dunia. Min masih ingat orang berkumpul di kedai mamak untuk melihat Lee Chong Wei bertanding di Olimpik.
Tidak dapat dinafikan, sukan merupakan instrumen berkesan untuk menentukan identiti sebuah negara. Apabila atlet bersaing, mereka bukan sahaja mewakili diri mereka, mereka mewakili negara serta harapan rakyat.
Pencapaian atlet dapat mendorong orang untuk bersatu merapatkan jurang sosial, ekonomi dan budaya menggalakkan perpaduan dalam hati masyarakat. Daripada tak kenal menjadi kawan kerana dedikasi untuk melihat atlet negara kita berjaya.
Photo from Selangor Archives
Haa.. kerana itulah negara kita turut memberi fokus kepada pembangunan sukan tau. Selain daripada sukan yang popular apa kata kalini korang mengenali beberapa sukan yang kurang popular tetapi berjaya mencorak nama!
1. Dodgeball
Photo from USA Today
Sukan ini kita sering lihat dalam filem barat yang selalunya dimainkan oleh sekolah menengah di negara Amerika Syarikat. Namun, korang tahu tak negara kita turut mempunyai pasukan kebangsaan dodgeball dan meraih kejayaan yang hebat tau!
Tetapi tak ramai tahu yang sukan dodgeball ini boleh dinikmati oleh semua peringkat umur dengan memberi pengalaman yang mendebarkan. Dodgeball menggabungkan aspek strategi, ketangkasan, kerjasama dan keseronakan dengan peraturan mudah serta menyeronokkan.
Perubahan tempo kelajuan yang boleh berubah sekelip mata membuatkan sukan ini tidak membosankan dan memberi kesan kepada pemain untuk sentiasa bersemangat untuk kekal momentum perlawanan.
Selalunya, dodgeball ini dimainkan antara dua pasukan dan setiap kumpulan pemain cuba untuk menghapuskan pasukan lain dengan membaling bola ke arah mereka. Matlamatnya adalah untuk mempunyai bilangan orang yang hidup pada akhir jumlah masa yang ditetapkan.
Ataupun untuk menghapuskan seluruh ahli pasukan lawan! Haa.. nampak mudah je sukan ini namun terdapat pelbagai faktor dari segi strategi untuk memastikan pasukan tersebut dapat bermain secara efisen dan efektif.
Kalau korang nak tahu, pencapaian skuad kebangsaan negara kita bukanlah biasa-biasa sahaja. Skuad lelaki berjaya mencapai pinggat emas untuk kali ketiga selepas mengalahkan skuad Australia dalam World Dodgeball Championships tahun lepas.
Skuad kebangsaan kita juga merupakan pasukan ranking nombor satu dalam dunia turut berjaya menjadi juara pada tahun 2017 dan 2018. Selain itu, pemain bernama Carlos Goonting mencapai anugerah Most Valuable Player dalam pertandingan tersebut.
Photo from Malay Mail
Pencapaian skuad kebangsaan telah menujukkan bahawa walaupun sukan ini kurang popular dalam negara namun negara kita berjaya untuk mengasah serta menubuh pasukan yang bertaraf dunia.
2. Wushu
Photo from The Star
Wushu merupakan salah satu seni mempertahankan diri dari China. Ia adalah gabungan pelbagai strategi pertempuran, fizikal dan prinsip. Ia merupakan budaya dan sejarah dari zaman China purba yang dapat membangkitkan disiplin fizikal dan semangat rohani estetik bagi memikat penonton.
Negara kita turut mempunyai atlet Wushu yang telah menempah nama di mata dunia tau. Atlet seperti Diana Bong, Tan Cheong Min, Wong Wen Son dan Loh Jack Chang meningkatkan tahap seni Wushu dalam negara kita.
Asal Wushu bermula sejak Dinasti China apabila ia diamalkan sebagai ilmu pertahanan diri dalam latihan ketenteraan serta memupuk sifat rohani. Kini, Wushu telah berkemang menjadi sistem yang kompleks selepas evolusi selama bertahun-tahun.
Setiap pengamal Wushu mempunyai kaedah, bentuk dan ideologi tersendiri yang membuatkannya lebih unik! Apa yang korang perlu faham adalah terdapat dua kategori asas iaitu 'quan' dan 'jian'
Quan (Penumbuk) yang memberi fokus kepada pertempuran tangan ke tangan manakala Jian (Senjata) fokus kepada senjata tradisional Cina yang berbeza seperti pedang lebar, tongkat dan lembing. Setiap bentuk dapat menunjukkan kemahiran teknikal, ketepatan, fleksibiliti dan koordinasi atlet tersebut.
Walaupun asal-usul Wushu adalah seni mempertahankan diri, kini ia berkembang menjadi persembahan kebudayan dan sukan kontemporari yang disukai ramai. Sifat kreativiti, keanggunan dan kekuatan dapat dipaparkan dalam persembahan, kejohanan ataupun perayaan.
Photo from Berita Harian
Wushu juga telah diiktiraf sebagai sukan kompetitif pada skala global dengan pertandingan berlangsung seperti Kejohanan Wushu Dunia. Kini, skuad kebangsaan Wushu bertolak ke Chengdu, China untuk mewakili pertandingan 31st FISU World University Games!
3. Sukan Permotoran Motosikal
Photo from Pinterest
Sukar untuk dinafikan bahawa negara kita memang terkenal dengan masalah 'mat rempit'. Namun, terdapat beberapa individu yang berjaya mencapai kegemilangan di mata dunia dengan menjadi atlet dalam sukan permotoran motosikal yang lebih mesra dikenali sebagai MotoGP.
Nama seperti Zulfahmi Kahiruddin, Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin dan Adam Norrodin, sukan perlumbaan dua roda amatlah popular dalam negara berbanding perlumbaan kereta seperti Formula 1.
Sukan Permotoran Motosikal memang mendebarkan kerana ia bukanlah sukan yang mudah. Ia merupakan sukan yang ekstrem dan memerlukan keberanian untuk mengekstrak prestasi motosikal sepenuhnya tau.
Liga seperti MotoGP adalah tahap tertinggi atlet permotoran dapat capai kerana memang terkenal dengan kepantasan dan kemahiran tau. Kejohanan ini bermula dengan penubuhan FIM (Fédération Internationale de Motocyclisme). Kejohanan ini asalnya hanya mempunyai satu kelas tetapi telah berkembang merangkumi beberapa kelas bergantung pada kuasa engin.
Kini terdapat tiga kelas dalam liga MotoGP iaitu kelas MotoGP (kelas perdana), Moto2 untuk mempromosikan perlumbaan dan pembangunan bakat dan Moto3 yang mengutamakan kemahiran dan strategi penunggang untuk persaingan lebih sengit.
Apa yang membuatkan atllet penunggang motosikal ini berani adalah kemahiran, keberanian mereka untuk membuat keputusan dalam masa sesaat! Kelajuan sehingga 300 km/j bersaing di selekoh tajam dapat mempamerkan kemahiran mereka tau!
Photo from Pinterest
Selain itu, atlet ini dapat menujukkan pengawalan motosikal dengan hebat melalui teknik membelok secara 'bersandar' pada satu sudut untuk mengekalkan kawalan yang tepat. Haa.. bukan senang untuk menjadi atlet dalam sukan ekstrem seperti ini dan apa kata korang cuba berebut tiket untuk melihat mereka berlumba secara langsung.
4. Sukan E-Sports, Dota 2
Photo from Pinterest
Sejak berberapa tahun lalu, permainan video telah diktiraf sebagai sukan kompetitif dikenali sebagai E-Sports. Antara permainan paling popular dalam dunia E-sports adalah Dota 2 tau!
Dota merupakan permainan arena pertempuran dikenali sebagai MOBA yang dimain oleh satu dunia yang menggabungkan strategi dan kerjasama berpasukan bagi mengalahkan musuh mereka. Permainan video ini terkenal dengan mekanik yang kompleks dan strategi yang sentiasa berubah.
Asalnya merupakan sebuah mod untuk permainan video Warcraft III dikenali sebagai "Defence of the Ancients" yang popular. Syarikat Valve melihat potensinya dan menghasilkan versi sendiri sambil mengekalkan elemen permainan.
Matlamat utama permainan ini adalah dua pasukan terdiri daripada lima wira, setiap pemain mempunyai tanggungjawab dan kemahiran masing-masing untuk memusnahkan 'rumah' musuh mereka!
Apa yang membuatkan permainan ini unik adalah strategik yang sentiasa berubah. Setiap pasukan memerlukan pertimbangkan secara teliti dan fleksibiliti untuk memastikan kemenangan. Selain itu, setiap keputusan yang pemain lakukan akan memberi kesan kepada keseleruhan perlawanan.
Kerjasama dalam pasukan adalah penting. Dalam keadaan tertekan, pemain perlu berkomunikasi dan berkerjsama untuk membuat keputusan secepat mungkin jika ditimpa masalah. Ini adalah asas dalam dunia kompetitif Dota yang menyebabkan peminat mereka tidak senang duduk tau!
Haa.. kalau nak tau Malaysia pun mempunyai atlet yang telah mewakili negara kita dalam pertandingan prestij Dota dikenali sebagai 'The International' yang boleh dianggap setaraf Sukan Olimpik.
Antara pemain Dota 2 yang terkenal adalah Yap Jian Wei (xNova), Zheng Yeik Nai (MidOne) dan Cheng Jin Xiang (NothingToSay) yang korang boleh ikuti perkembangan mereka!
Photo from WTMToday.My
Haa.. Ini adalah antara sukan yang kurang popular di negara kita tetapi dapat mencipta atlet yang setanding dengan taraf dunia. Ini menunjukkan bahawa negara kita mampu menghasilkan atlet yang hebat walaupun sering kali dianggap sebagai 'underdog' oleh negara lain.
Hebatkan Negara Kita Dapat Mencipta Atlet Taraf Dunia!
Apa kata kalini korang beri sokongan kepada atlet yang mewakili negara kita dalam sukan yang kurang popular ini. Selain itu, korang boleh belajar untuk bermain sukan ini untuk mengembangkan popularitinya dalam negara sekaligus memupuk semangat perpaduan!
Min pun tak sabar nak belajar sukan seperti Dodgeball dan Wushu supaya dapat melihat perkembangnya dalam negara.
Korang mungkin suka baca artikel ini:
❤️ Langkah Untuk Menghasilkan Sandwic Subway Sedap! Mudah Je | Jom Explore
❤️ Perkara Boleh Potong Mood Waktu Tengok Bola Dekat Mamak! | Jom Explore